C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, March 6, 2012

2nd Anniversary

Lama sangat tak update blog. Malas menjadi2. Dulu ade laptop bolelah sambil dok depan tv, sambil melayan Rania main depan tv, sambil surf internet tapi sekarang nak kena gi bilik belakang yang da rupa tongkang pecah or worst. Macam malas nak masuk. Tunggulah weekend ni nak gi pc fair nak beli laptop baru. Harap2 adalah deal yang cantik menarik tertarik yang bole buat terbukak hati nak beli.

Banyak sebenarnya nak update. Pasal Rania, pasal kami, pasal jual menjual, pasal incident tapi cite bila da diperam2 jadi malaslah plak nak dikabokan. Penyakit malas ni kalau ada ubat aku nak makan biar hilang. Tapi ubatnya aku taktau mana nak cari. Kalau sape2 tau ubat malas, tolonglah habaq kat aku biar hilang sket penyakit 'm' ni. Kadang2 dok berusaha nak buang dia pon payah.

26hb lepas anniversary kedua aku dan en suami. Oh please baru 2 tahun. Rasa macam da 20 tahun n I could not imagine kalau betol2 20 tahun nanti macam mana. Anak2 da besar panjang, aku pon da tua, en suami pon da tua. Haishhh better jangan dipikir masa tu dulu sebab belom masanya. Well, kitorang tak celebrate kat luar. Plan nak buat kek tapi en suami kata tak payahlah. Walaupon aku ni suka sangat buat kek, tapi en suami bukanlah penggemar kek. Tapi kalau cheese cake yang moist macam kat secret recipe tu confirm dia suka amat. Nantilah aku blaja nak membuatnya. Orang kata tak susah pon sebab tak payah nak bakar ke kukus. Masuk peti ais, siap. Senangkan.

So sambung citernya anni kitorang ni. En suami buat surprise belikan bini dia ni bunga. Mata bergenang2 sebab rasa terharu dapat bunga. Almaklum da lebih 2 tahun aku tak dapat bunga. Dapat plak bunga lily. Aku da feeling ala2 gemersik kalbu gitu. Hahaha. Kena hari anni kitorang en suami masakkan lauk tengahari, ayam masak lemak cili api dengan sayur air. Apalah yang lebih menyeronokkan dari seorang suami membantu istrinya di dapur. Tak bahgia hidop kau jah..haaa gitukan (baca nada chef wan ok). Lebih bermakna rasanya celebrate macam ni dari celebrate kat luar..aceeehhhh gitu.

Lately ni, en suami memang rajin sangat bantu aku buat house chores. Malam2 dia basuhkan baju, sidai baju, basuh pinggan segala sementara istri dok kroh-kroh (tido) dalam bilik. Bila bangun nak buat sarapan tu rasa seronok je. Might be dia tak sedar pon how big it was for me bila dia membantu aku buat house chores tu. Benda2 tu macam mudah but believe me, i could not thanks Allah more for granted me with a kind n caring husband like him. n aku percaya ramai para istri dan ibu terutamanya yang bersetuju dengan statement aku ni. Aku secara jujurnya tak mungkin dapat membalas semua jasa2 dan kasih sayang suami aku ni tapi aku doa agar Allah membalas dengan cara yang lebih baik. Kalau bukan dari aku biarlah dari orang lain. Dan secara jujurnya aku ni bukanlah istri yang baik kalau nak banding en suami tapi Allah Maha Mengetahui dan setiap hari aku berniat nak jadi istri dan hamba yang lebih baik, Insyallah. Amin. B, semoga rumahtangga kita kekal abadi sampai syurga. Saya sayang awak sangat2. Thanx for everything b :) Muahhhh.

To my dear husband,
I love the way you make me so happy,
And the ways you show you care.
I love the way you say, "I Love You,"
And the way you're always there.

I love the way you touch me,
Always sending chills down my spine.
I love that you are with me,
And glad that you are mine.
I love you so much n its forever :)


Tuesday, February 28, 2012

Anak bila di bawah jagaan orang lain

Aku tengok video yang kawan aku share dekat facebook. Aku rasa ramai yang da tengok video ni. Aku rasa most people akan rasa macam zalim sangat perbuatan orang kat nurseery tu sebab sampai nak kena 'kapan'kan budak2 tu untuk tidokan diorang. Mulut diplaster dengan puting. n surprisingly ada yang komen jangan bersangka buruk cos bole dapat dosa kering je. Im not sure apa maksud statement orang tu. Might be dia rasa benda ni biasa, or dia pon buat benda yang sama pada anak2 dia or dia ade pengalaman kena macam tu n normal to him. But untuk aku itu adalah abnormal. Aku tak sanggup anak aku kena layan macam tu.

Pada pendapat aku, bila kita hantar anak kita oada orang lain especially nursery pegi observe diorang untuk whole day especially if anak yang kita nak hantar tu tak reti cakap. Sebab diorang ni yang slalunya jadi mangsa keadaan. Kalau kena dera or anything happened to them diorang takkan bole mengadu. So masa nak daftar tu cakap je saya nak tengok anak saya kat nursery ni n nak observe macam mana diorang jaga kanak2 tu. Don't be afraid sebab it's your right. My cousin masa nak masukkan anak die skola tadika, dia observe for two days. Just to see how the teacher ajar n layan kanak2 tu. And after 2 days, dia bagi surat pada tadika tu for improvement.

Macam masa tu dia nampak teacher kadang suka suro kanak2 dudok berkumpul ramai2 dekat lantai sebab diorang nak tunjuk flash card or something. students ramaikan so slalunya student yang dudok belakang2 ni terjenguk2 kepala nak tengok sebab tak nampak n usually teacher tak prasan kan hal ni. betol tak? So she wrote a letter for the teachers to make improvement on that n benda2 yang dia rasa perlu. So aku rasa dengan cara ni, cikgu pon akan anggap macam teguran yang professional. So kalo kita nak hantar anak kita pegi nursery especially yang masa baru 3 bulan, kita patut pergi observe dudok kat nursery tu sehari or 2 hari untuk tengok macam mana diorang jaga.

Kalau misal kata kita nak hantar pada babysitter takkanlah kita nak dudok rumah dia seharian plak untuk observe dia. Mesti dia pon taknak jaga anak kitakan. So what you can do is datang time dia sedang menjaga anak2 orang lain. Oh lagi satu, aku prefer babysitter yang ada jaga anak2 orang lain jugak sebab dari situ kita bole dengar pendapat parents orang lain on how she treats their kids. Janganlah cari yang jaga sampai 7 8 orang budak. Tu da standard nursery. Nisbah yang patut adalah seorang penjaga menjaga 3 atau 4 kanak2 sahaja. Ok sambung citer, datang masa dia sedang menjaga anak orang lain. Maksudnya on weekdays. Ni kalo first time visit lah.

Lepas kita puas hati, kita pon akan hantar anak kita kan. So after that amik anak secara mengejut. Contoh kalau slalu kita amik kul 5 petang. Try amik kul 3 petang atau 4 petang tanpa memberitahu dia. Cakap jelah ada emergency n bateri habes untuk inform dia or apa2 yang korang bole fikirkan. Penting datang mengejut sebab babysitter tak ready. Untuk nursery pon bole jugak try cara ni. So bole tengok real situation masa tu. If nampak ok Alhamdulillah, if not cepat2lah tukar babysitter. buat je 2 3 bulan skali untuk monitor. Tak salah sebab untuk keselamatan anak2 kita. Memang kita mintak tolong orang lain jaga anak kita sekejap but kita pon kena jaga anak kita jugak.

Korang plak buat macam mana untuk make sure orang yang jaga anak korang tu jaga dengan baik. Jomlah share. Sharing is caring :)

Monday, February 20, 2012

Setahun n seterusnya

Rania sejak akhir2 ni suda pandai main sendiri. Kalau aku masak kat dapur, kejap2 die datang dapur n kejap2 die pegi depan TV tengok iklan n kadang2 main sorang2 dengan anak patung dia. Maklumlah orang da ada kaki. Bangun pagi2 dia da pandai naik atas badan n cium pipi aku. Sangat sweet bila tengok die buat macam tu. Kalau tengok aku bergurau dengan en suami dia tukang gelak lebih. Ada sekali en suami geletek aku sampai aku da jerit2 suro stop sebab da tak tahan geli. Rania tolak ayah dia suro stop might be die ingat aku sakit. Then bila die dengar aku da jerit2 n ayah dia tak berhenti2 geletek aku even after dia tolak muka en suami, dia nangis sebab dia ingat aku sakit. Sungguh sweet itu anak dara.

Dengar muzik dia da pandai joget2 goyang2 tangan n badan dia. Jalan memang da laju. Cepat je dia berjalan sekarang. Tapi itu pon kadang2 tumbang jugak. Brape kali terhantuk sebab tersadong kaki sendiri or terlanggar barang atas lantai. Kes jalan takde pandang2 bawah ni. Maju aje dia ke depan. Carseat Rania aku da pindahkan ke belakang. Da lama nak buat camni tapi slalu tak konfiden. Walhalnnya tu cara paling selamat. So aku cakap genap setahun aku nak pindahkan ke belakang. Weekend lepas masa keluar aku dan en suami letak kerusi dia kat belakang. Dia macam ok je masa aku dok sebelah dengan dia. Tapi bila aku pindah depan dia nangis. Tapi aku buat dek je. Lama2 dia diam n until today nampak dia lagi suka dok kat belakang dari kat depan. Kalau kat depan ade je benda dia nak buat keluar dari kerusi. Bila dok belakang dia senyap je tengok pemandangan kat tepi. Kalau ngantuk dia tido. Kalau aku pandang dia kat belakang siap dia sengih2. Might be dia rasa macam da besar dapat dudok kat belakang tu.

Aritu kena jab MMR, dia nangislah kejap masa kena injek. Lepas jarum keluar dia ok balik cam biasa. Such a strong girl. Birthday dia aku takde bagi dia pape pon, just belikan sandle baru sebab kasut sumenye da kecik n ade satu kasut die yang slalu pakai tu actually one size bigger so dia macam tak selesa je nak lari dalam kasut tu. En suami suro beli one size bigger tapi aku kesian tengok dia jalan nanti asik jatuh je sebab besar. Memang dapat pakai kejap je tapi takpelah asal die selesa. Makin besar ni aku nampak Rania makin faham apa aku cakap walaupon kadang2 geram jugak dengan telatah dia tapi adatlah mak2 ni kejap aje geramnya, lepas tu memang di gomol2. Hahaha. Nak letak pictures Rania tapi kamera tertinggal plak. Lain kali k :)

Thursday, February 16, 2012

Kulitku

Kenapakah aku slalu rasa selepas bersalin kulit jadi lembik2, tak tegang macam before bersalin dulu n kusam semacam je..Adakah kalian juga mengalami perkara yang sama? Ada apa2 produk yang korang pakai untuk problem ni tak?

Nak yang begini bole?

Monday, February 13, 2012

Rania's recap

0 days

5 days

1 month
2 months
3 months
4 months
5 months
6 months
6 months
7 months
7 months
8 months
9 months
10 months

 
11 months







Rasa macam baru je amik gambar2 ni semalam. Loves you baby Rania Azzahra :-)

Menghalang bengkak susu?

Ni entri untuk kengkawan pompuan je. Lelaki jangan baca. Tapi aku sure lah kalo ditulis gini lagi berminat nak baca kan. Oklah as a knowledge untuk kongsi dengan istri2 atau bakal2 istri nanti. Kazen aku, adik aku n kawan2 ramai jugak yang tengah preggy sekarang ni. So aritu bila jumpa kazen yang sorang ni dok lah berborak dengan dia. Susah kot nak jumpa. Kebetulan aritu balik kampung dia ada. Tak sangka tengah pregnant 6 bulan rupanya. Perutnya memang tak nampak langsung. Semua kaum kerabat ala2 terkejut bila tahu die pregnant 6 bulan. Dia pon dengan lawaknya cakap lemak banyak terkumpul di perut. Doktor pon time scan perut dia cakap "Susahlah nak tengok baby u..perut u banyak lemak". Sepupu aku ni memang klaka sket. Dari mak bapak, adik2 die sume memang kaki lawak.

Dok borak2 die bagitaulah 2 anak die before ni kena bengkak susu sebab susu tamo keluar. Pastu dia tanyalah aku kena tak bengkak susu masa bersalinkan Rania dulu. Aku cakap aku tak kena. Adalah masa membengkak gak b***y tu tapi taklah sampai kena berurut. Just bagi Rania hisap n ok balik. So aku share tips dengan dia. Aku cakap cube try picit puting b***y dari sekarang. Kalau time dudok sesaja tu bole lah picit2. Nanti korang akan nampak ada benda putih keluar macam jerawat nasi. I guess itu adalah susu yang da mula terhasil n sebab dia tak keluar dia akan beku. So kalau kita da bersihkan dia hari2, masa baby keluar Insyallah susu akan keluar jugak.

Aku amalkan benda ni since aku pregnant 6 bulan. Hari aku keluarkan yang beku2 tu sebab taknak tersumbat. Alhamdulillah takde mengalami bengkak susu masa lepas bersalin. Siap seminggu before bersalin, susu aku da keluar. So aku rasa korang bole try tengok berhasil tak kaedah ni untuk prevent bengkak susu. Aku pon taktahulah betul ke sebab ni aku tak kena bengkak susu. Sebab anak aku pon baru 1. Hehehe. But sharing is caring. Tak rugi ape pon kalau try kan :-)

Sunday, February 12, 2012

Citer rumah baru

Lamanya tak bercerita pasal rumah aku kan. Well rumah sudah siap tapi kunci belum dapat. Aku sebenarnya da tak sabar nak masuk rumah baru sebab rumah sekarang da ala2 tongkang pecah dah. Hahaha. Bukannya apa, aku da start masuk barang dalam kotak. Taklah semua tapi sket2 mana yang macam aku tak guna aku masukkan dalam kotak n letak kat bilik belakang. Memang super penuh n bersepah sket. Sebenarnya da ada few things dalam kepala ni yang aku nak start buat. Aku nak mula cari kain langsir. Ada few warna yang aku da letak dalam kepala aku ni. Cuma nak dapat kain langsir tu tengah cari2 jugak mana kedai kain yang bole dapat kain cantik n murah. Kalau kat Jb ni memang susah sket nak jumpa tapi kalau dekat Kl adelah few tempat yang aku tahu murah n banyak gila2 choice die n murah. So nanti ingat nak plan2 jugak turun dengan en suami tapi kalau jumpa kat Jb ni lagi bagus. Tak payah susah2 cari sampai ke Kl nun sana.

Ade jugak few DIY projek yang aku nak buat. Frankly speaking aku suke sangat DIY. Dulu kalau masa sekolah aku jahit sarung bantal sendiri pakai tangan ok guna lebihan kain baju. Paint sendiri atas sarung bantal. Aku rasa memang ade dalam blood aku suke buat keje2 yang menghias2, menjahit2, memasak..semua sebab aku tengok mak aku buat. Masa aku darjah2 dulu, mak aku pernah jadi suri rumah sekejap. Dia jahit cadar katil sendiri, jahit langsir sendiri even headband aku die buatkan. Dengan ribbon besar atas kepala. Hahaha. macam minnie mouse. Die buat kek every weekend or kalo tak pon buat kuih2 tradisional melayu. Kuih raya memang wajib buat every year. So aku rasa akulah si bertuah yang mewarisi darah benda2 tu sume. Macam otomatik suka. Macam bila tengok satu benda terus rasa "I can do this".

Certain orang suke je beli da siap n aku pon kadang2 beli jugak tapi kalau dapat buat sendiri macam lagi puas. So of course nak masuk rumah baru ni aku jadi sangat tak sabar. Macam everything in my head untuk design itu ini n en suami pon sama. Banyak benda nak buat sebenarnya tapi memang aku kena buat sikit2 sebab budget limited..hehehe :-) So doa2kanlah supaya kami dapat kunci tak lama lagi yer.

p/s: btw, tahu tak mana ada kedai amik barang perabot 2nd hand kat Jb ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails