Skip to main content

My twins have gone :'(

Anak dalam kandungan saya da tiada :'( Semalam saya berjumpa doktor setelah empat hari saya bleeding. Bleeding itu tidaklah berwarna merah tapi berwarna coklat dan bukan lah dalam kuantiti yang banyak tapi saya risau. Kalau kawan2 ikuti blog saya pasti kalian tahu suda beberapa hari saya bleeding dan sakit perut. saya sudah bertanya 2 orang doktor dan kedua2nya memberitahu hal yang sama "this is not a good sign". Oh saya amat risau!
So saya decide untuk berjumpa doc skali lagi weekend ini dan kali ini bersama suami tercinta. Saya minta suami kerja separuh hari kerana saya risau dengan bleeding yang saya alami dan skt perut yang kerap amat datang. Saya pergi ke 3 hospital pakar. 2 hospital terawal tidak dapat saya kunjungi kerana doktor on call. Akhirnya saya pergi ke hospital pakar yang ke3.

Saya memberitahu doktor sume yang saya rasa. Dia juga memberitahu hal yang sama, "this is not a good sign". Sbnrnya doktor2 bimbang sbb itulah tanda2 baby nak gugur tp saya tahu anak saya masih ada di dalam kerana sekali skala saya terasa degup jantung nya dan mual2 saya masih ada mcm biasa. Might ada yang kata terlalu awal tapi saya rasa kerana kandungan itu adalah kembar, maka saya boleh rasa jantungnya berdegup dan saya sebenarnya pernah bermimpi yang saya akan mengandungkan anak kembar. (masa ini saya tidak tahu lagi kandungan saya kembar).

Doktor buat ultra sound pada saya. Tidak nampak embrio nya lagi. Dia minta saya lakukan sonogram. Mcm biasa saya agk tkt untuk lakukan sonogram. Kalau ada yang tidak tahu apa itu sonogram, sonogram itu adalah sperti ultra sound utk tgk bby di dlm prut ttp msk dr vagina kita. Tapi encik suami bimbang jika ada sesuatu pd bayi, so kitorang decide untuk buat sonogram. Semasa sonogram, kami nmpk tompok kecil yang doktor kata kemungkinan itu adalah bayi.

Saya sbnrnya skali skala terdengar bunyi degupan jantung dari alat itu. Tapi doktor kata terlalu awal untuk melihat bayi masa itu. Sewaktu doktor mengeluarkan alat itu dari bawah, saya lihat darah telah penuh di alatan itu. Saya panik sbb waktu datang ke hospital itu, tiada darah yang keluar lagi dan tiba2 saya dapat rasakan darah mula mengalir dari bawah. Saya memberitahu doktor hal itu dan doktor terkejut. Tilam sudah mula dipenuhi darah.

Doktor membuat pemeriksaan lagi dan saya pasti waktu itu doktor sudah tahu sbnrnya anak saya telah gugur tetapi tidak memberitahu saya. Saya diarahkan untuk membuat ujian darah untuk lihat adakah saya sedang mengandung atau tidak (padahal saya da beritahu doktor saya suda ke hospital dan mnjlnkn 3ujian dan kesemuanya positif). Tetapi result ujian darah hanya akn keluar keesokan hari nya. Semasa melakukan ujian darah, saya dapat rasakan perut saya seperti suda kosong. Saya tidak lagi rasa degupan jntg kndungan saya.

Saya tidak sdp hati. Saya rasa seperti ank saya telah tiada. rasa loya2 juga hilang. Pulang dari hospital, saya ajak en suami pergi ke farmasi untuk membeli kit ujian kehamilan. Saya tidak tunggu pulang ke rumah, saya pergi ke public toilet dan buat ujian itu dan sah, ia sudah negatif. Anak saya da tiada. Saya menangis sepanjang malam. Suami tak keruan melihat saya. Oh, anak saya da tiada lagi. Saya belai2 perut saya dan melihat result kit itu spnjg masa dgn airmata tak henti meleleh.

Saya minta suami bawa saya pulang ke rumah ibu saya. Saya menangis pada ibu tapi kata ibu, "Biarlah dia pergi..Ada hikmah Allah ambil semula janin kamu. Kemungkinan dia tidak sempurna". Saya diam dan terus secara tiba2 dapat menerima hakikat yang anak saya telah tiada. Saya lupa skjp bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Pastilah dia telah memberikan saya jalan yang terbaik untuk saya lalui.





Pagi ini sewaktu menyidai baju, saya dapat rasakan ada sesuatu keluar. (lupe nk bgtau, slps ujian brsama doktor, drh saya mula keluar dgn byk seperti sdg period). Saya cek di tandas dan saya dapat lihat dua ketul daging seolah seperti kantung di atas pad. Saya dapat lihat mereka seperti ketulan daging dan mempunyai mata hitam di atasnya. Saya tenung lama.. Oh, anak saya kembar rupanya. Dan sewaktu saya ambil ujian darh pagi ni, HCG saya 26 (wanita yang tidak mengandung HCG nya kurang dari 5) yang bermaksud saya mmg mengandung dan kandungan saya berusia dalam 3-4minggu. Tapi doktor hanya menulis catatan bhw saya tidak mengandung atau kandungan tidak menjadi yang mn saya pasti dia tahu dia telah menyebabkan saya keguguran.

Jadi kawan2, saya nak nasihatkan, pada awal2 mengandung ini tolonglah jangan angkat barang2 berat (bleeding saya berpunca dari ini) dan tak perlulah lakukan sonogram di awal pregnancy. Benda itu menyebabkan kandungan saya yang tidak kukuh gugur dan tiada lagi. Tidak apalah, rezki itu di tangan Allah. Mungkin inilah ujian Allah untuk saya dan saya redha..

Comments

Arina Aziz said…
arina, akak feels so sorry for you.. actually both pregnancy akak dulu memang akak ada bleeding. and quite banyak jugak. for a few days. tapi tak continuous la. dia keluar setompok, setompok at one time. bezanya akak tak dak sakit. tapi bleeding tu jadi bila akak buat kerja berat atau terlampau penat.

sabar ye. insya Allah kalau kita redha dgn ketentuanNya, Allah akan bagi yang lebih baik kat kita. next pregnancy, try cakap dgn doc kalau dia boleh bagi suntikan untuk kuatkan rahim sebab dah ada history keguguran.
CINDELLYNA said…
Sabar ye dear....Moga Allah memberikan segala yang terbaik buatmu...semua yg berlaku juga ada himahnya.moga kamu bersabar & saya doakan agar kamu agar cepat sembuh.

take care dear

hugs.
nurarinab said…
thanx akak n cindellyna :) arina da ok. adlh rezki lain kn..insyallah :)
MyNameIsdD said…
so sorry to hear about this, tapi Allah lebih mengetahui and glad that you could take this with a brave heart.

Semoga ada rezeki lagi utk Arina & Cheng dengan izin Tuhan.
YangYang said…
Sorry to hear that Arina... be strong ok! Insya-Allah ada rezeki for you and husband...
nurarinab said…
thanx untuk doanya kawan2 :)
portdy said…
take care moga cepat sembuh


yang penting ibunya cepat sihat
banyak2 bersabar ye..rezeki ada diman2...and u still muda lg..btw u g check up kat hospital mana tu?
JuliEt said…
adikknyer,
jaga diri elok2..insyaAllah ada rezeki lagi lepas ni, muda lagi :)
aCik GeE cHoMeY said…
ermmmm....sedih nyer...nangis da nie baca entry awak...
kembar plak 2....allah lebih sayang kan twin 2 kan...sabar tau..pas nie jaga diri k..jgn buat kj berat2 tau...
take care k..:-)
Mummy Chubby said…
takziah yer... byk bersabar. redha jela..kwn mummy 5months miscarriage.dh ckup sifat...juz fikir, de org lain yg lbh sedey dr kita... cuba lagi tau...jgn sedey2
nurarinab said…
thank you guys..yup2..arina ok..muah..syg korg sume :*
~ SueHarriz ~ said…
b...kdg2 sue rasa bkn sbb doc tu la, b..sbb b myb dh gugur b4 dat, cuma bile dia insert dat thingy tu, worsened the situation. takpe la , b, cm sue ckpla...ada hikmahnye kan..? better now drpd 6 mnths..? 5 months..? lg sedey,b..jom kita jumpeeeeee...!! =))
nurarinab said…
b sure ade sbb b ade morning sickness n ade sorg doc ni mmg da ckp kalo ade morning sickness means bby still inside..cume b rs bby tu mmg da terturn sket.tp b rs kalo b inject utk make sure die kuat sket,b tkt die cacat sbb selain dr skt n bleeding blh sbbkn kgugurn,bnda tu juga tnda bby cacat..

jom!!!!
Ms_Clasarina said…
Arina, nk nangis adrin baca entry arina ni..tapi arina yg i know mmg sorang yg kuat, tabah and penyabar orgnye. So, jgn putus asa, dearest.
SoFiA.opY said…
oh arina futsal mate ku suatu ketika dulu,im sorry to hear this, but sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu tu bersebab.

coz He knows you are really really STRONG.

takpe, nextime boleh cuba lagi ;)

-opY-
Reen said…
awak.. saya baru tau ni.. sabar ye awak.. insyaallah rezeki tuhan tu ade bile2 je.. amin:)

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…