C o m e A n d J o i n M e =)

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

sama tak muke kitorang??

Entri kali ni khas untuk Ibu saya. Namanya Nor Khajah Yunos. Ini kisah ibu saya yg mengandungkan saya selama 9bulan dan menjaga sy dr sy kecil smpi dewasa. Memori yg plg awal sy ingt masa dgn ibu saya adalah masa berumur 5tahun. Ibu saya bekerja di kedai Electrolux. Hantar saya dan adik2 ke rumah makcik Anne setiap pagi dan setiap pagi jugalah saya melalak dan perlu diheret ke rumah dia. Bukan ape, saya takut pd suami nya. Die berbadan bsr dan suke mengusik. tp sbnrnya die sgt baik. Nasib ada yayang adikku yg ke2. Die peneman aku, kwn karib aku.

Then tak lama lepas tu ibu berhenti kerja sbb tak sggp tgk saya yang melalak hari2. Dudok di rumah dan buat jualan brg2 cosway dan mnjht langsir dan cadar katil untuk dijual pd kawan2nya. Masa kecil kami tak sesenang mana. Ayah bekerja dgn gaji 1200 sebulan. Dgn kami 3 beradik nk membesar, maka ibu perlu membantu ayah sedikit sebanyak. Masa ni aku, yayang (adik ke2), ayah n ibu tidur bersama. Katil single kitorg dismbgkan dan kami berempat tidur sama2. Aku slalu tidur di tepi di sebelah ibu n setiap hari jugak ibu bising sbb aku akn jatuh katil masa tidur. hahaha. Walaupun ibu suro tidur tgh, aku tetap nk tidur tepi walaupun jatuh katil tiap2 hari.

Rutin ibu saya adalah menidurkan kami setiap mlm dgn mnceritakan kisah2 dongeng. Ini adalah saat yg paling ditunggu setiap malam. Kisah dongeng mcm Bawang merah bawang putih, Si tanggang, Batu belah batu betangkup n mcm2 kisah dongeng klasik. Kadang2 da berulang kali pn dgr tp x penah jemu pn. Kalau ibu tak cerita memang takkan bole tidur.

Kemudian masa sudah besar sedikit, ayah smbg blaja. Untuk naik pangkat dan naik gaji. Masa tu gaji dipotong separuh. Anak suda bertambah mnjadi 4. Gaji 600 mmg tak ckup. Ibu kena bekerja. Saya pn da besar. Saya bantu ibu jual kerepek di skola. Bukan banyak pun dapatnya tp sekadar membantu ibu shj. Duit belanja setiap hari 50sen shj untuk skola pg dan skola ptg. Ibu bekalkan kami mknn sbb x mampu nak mkn mewah2 di skola. Lg pun ibu msk sedap!

Keje2 rmh pn saya bantu. Penah duit ibu tggl RM50 n masa tu ibu perlu kan duit utk bantu ayah di universiti, ibu tebalkan muka pinjam pd kawannya. Oh, sedihnya. Masa tu rs mcm nk keje tolong ibu. Tapi ibu ckp blaja sungguh2. Setiap kali exam, ibu dgn rotan di tgn akan menyoal buku yang telah dibaca, slalunye yang disoal tu mmg kuar exam. Agaknya ibu tukang buat soalan di skola dulu.

sekarang da tau kan nape ibu penasihat fesyen rasmi??hehe..ibu yang sentiasa menawan

Bila suda msk ke skola menengah, saya menjadi peneman ibu yg setia, tukang urut yang setia n tmpt sy mengadu mslh. masa skola saya x penah kuar bejalan dgn kawan2 sbb setiap mlm sy kuar brjalan dgn ibu. menjadi tukang urut rasmi sbb nk tgk TV. masa tu TV dlm blk tidur dia. So utk tgk TV pergi urut kaki die tiap2 mlm (taktik tu).

Bila da abes skola, masuk uni, ibu jadi penasihat cinta. Kaunselor tanpa bayaran. Bile takde duit, mintak ibu. Ibu jadi banker tak berbayar. Kadang2 bile da malu ckp mcm ni, "Bu, pinjam duit eh..nanti bile da ade duit In bayar". n mana lah plak masa blaja tu ade duit nk bayar blk. n ibu pn tak penah mintak bayar. Sbb die seorg ibu. Ibu pn penasihat fesyen dan kadang2 tukang sponsor baju. Almaklum saiz badan saya n ibu sama. Cume skrg saya makin mengecut..hehehe

Bila da kawen, mcm biasa jugak. Ibu harus di telefon setiap hari. lebih dari skali. Tempat meluahkan perasaan dan bergosip. Kalau die nak buat status baru or ganti profile pic baru kat FB pun die akn tanye dulu. Elok x? cantik x? bole x tulis mcm ni? Bile dipikir2 balik, xtau mcm mn nak hidup tnpa ibu. Tak bole dan tak sanggup. Rasa mcm hidup tak lengkap tanpa dia. Oh, banyak kisah yang tak mampu nak diceritakan. Nanti karang korg sume nak jadi anak ibu..hehehe..

Sekarang sejak berkahwin, saya lebih menyayangi ibu. Cube menghargai setiap waktu yang ada. Bila sudah menjadi ibu, saya pasti saya akan lebih memahami perasaannya menjadi ibu. Maka kawan2, sayangi ibu anda selagi punya waktu. Jasanya mengandung dan melahirkan itu tak mungkin terbayar oleh kita. Syurga isteri di telapak kaki suami tetapi syurga suami di telapak kaki ibu. Maka sentiasalah ingat bahawa Allah sebenarnya mengangkat darjat wanita apabila ia bergelar seorang ibu dan wajiblah kita sebagai seorang anak menghormati dan menyayangi ibu kita dan tahukah anda sebenarnya anak yang tidak mendoakan kedua ibu bapanya selepas solat adalah anak derhaka.


Selamat Hari Ibu
In sayangkan Ibu
Doa In sentiasa ada untuk Ibu
Dan semoga Allah menjaga Ibu di dunia & akhirat
Muahxxxxxxxxxxxxxxxx...

2 comments:

RoZiA aHmAd said...

Bestnye sy baca kisah ibu awk. Semua org syg akn ibu msg2 tpi susah nk diluah melalui tulisan. Sbliknye awk boleh...mesti ibu awk bangga punye ank mcm awk.

nurarinab said...

thanx kak rozia.sy bangga ade ibu mcm die :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails