Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Update paling baru

Alhamdulillah..akhirnya ada rezeki yang kedua selepas yang pertama keguguran. Da masuk 7 minggu. Larat tak larat jelah aku ni. Loya2 teruk, malam2 tak bole tido sebab badan da mula sengal2 n bisa2. Kalo en suami kat sini, aku kejut die tgh2 pagi mintak tolong picitkan badan. Kadang malam2 kena *legburn*. Orang kena heartburn, aku kena legburn. Tak pecaya tanya en suami. Memang kaki akan panas macam nak demam tapi masalahnya kaki je panas. Ada sape2 tau kenapa tak?

Mengantuk jangan cakap. Rasa macam nak tido lebih 12 jam sehari tapi orang kata tak elok. Nanti baby malas. Kalau bangun pagi, confirm mangkuk tandas dituju dulu. Lepas makan pun macam tu. Tapi baca 1 artikel dalam internet, die cakap muntah2 tu bagus. Means oklah kan. Aku da mula alah dengan bau wangi2 ni. Ada certain perfume aku da mula rasa mual bila terbau. En suami pun ade certain perfume die aku tak bagi pakai.

Walaupun slalu muntah, selera tetap bertambah. Sekarang tengah teringin nak makan ubi rebus dengan sambal belac…

Kan die da merapu

Pejam celik pejam celik, Jun da nak abes. Tak lama lagi da Julai. Julai..Julai..banyak betul benda nak setel. (hoi!!setel satu2lah) Aku mulakan Julai dengan keje mengambil gambar Ieja bertunang weekend ni. Wah, bukan setakat Ieja je neves nak tunang, b pun sama jugak yer. Ade lagi sebenarnya job bulan Julai ni untuk amik gambar orang bertunang tapi atas sebab2 tertentu terpaksa tolak *kesian kat diri sinri*.

Then kena mula start packing barang. (Nak pindah ke salmah oiii??) AAh..nak pindah. Tetiba je SV cakap Ogos ni die da taknak tengok muka aku. Berambus kau dari KL. (ok..ok..ni over) tapi tulah kenyataannya. Hamba diarahkan pulang dengan segera ke JB. Oklah, dapat menemui suami dan mak ayah tercinta. n aku pecaya ada lah hikmahnya kenapa tiba2 disuro kuar dr KL ni.

Rasa sayang juga nak tinggalkan life kat KL ni tapi puan NAB, sedangkan lidah lagi tergigit, (oh..peribahasa yang xde kena mengena) yang sepatutnya sedangakn pantai berubah apalagi kita manusia ni. So, dalam akhir bulan Ju…

A letter to a Dad

Arab student sends an e-mail to his Dad saying: Dear Dad, Berlin is wonderful, people are nice and I really like it here, but Dad, I am bit ashamed to arrive to my college with my Gold Mercedes, when all my Teachers travel by train.
Your Son
Nasser ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------ Sometime later Nasser gets reply to his e-mail from his Dad:
Loving son, Twenty Million Dollars transferred to your account, please stop embarrassing us, go and get yourself a train too. Your Dad
-----------------------------------------------------------------------------Gempak giler orang Arab ni..tapi macam sengal kan sebab xtau tren tu public transport..hehehe

Five fine places

5 tempat yang aku nak pergi dalam dunia ni bila aku ada duit untuk travel

Binn, Switzerland

Durnstein, Austria

Havelock, New Zealand

Shang Ri La, China

Heimaey, Iceland

Tengok je pun da rasa seronokkan?? Tah bila nak jadi kenyataan tak taulah..but dreaming is free aite? ;)

Azrinaz Mazhar Dicerai Sultan Brunei

Arini nak gosip2 artis ala2 Huzz..tapi ni bukan pasal artis tau tapi pasal kerabat2 raja. Might be ada yang da tau pun tapi baru2 ni jugaklah kuar cerita pasal Azrinaz Mazhar da diceraikan Sultan Brunei. Haa...mungkin ada yang ingat n ada yang tak ingat sape Azrinaz ni. Dulu dia pembaca berita kat TV3. Sultan Brunei terpikat pada dia n jadikan dia sebagai istri ke2. Bertuah badan dapat kawen dengan Raja..Masa dia nak kawen tu, Azrinaz ni jadi top no 1 gadis yang dicari dalam internet sebab orang nak tahulah sape gadis bertuah yang dapat jadi istri Sultan Brunei.

Benda cerai berai ni bukan gosip2 je sebenarnya tapi memang kenyataan sebab baginda buat pengumuman dekat dalam TV di Brunei pasal benda ni. Kalo tak pecay cubalah klik sini tengok video ni..Berita ni keluar dalam 16 Jun lepas.

Dengar cerita, kononnya Azrinaz ni suka mengambil barang2 dalam istana tanpa kebenaran n siap tiru tandatangan Sultan semua untuk menipu. Wallahualam betul ke tak tapi kesianlah kat dia sebab dia ada 2 an…

Tembok Penjara Pudu

Tembok penjara pudu akhirnya telah dirobohkan. Tembok tu pernah memegang rekod sebagai mural terpanjang di dunia. Sayangnya dirobohkan atas sebab nak besarkan jalan kat situ. Aku sebenarnya tak menyokong tindakan ni sebab selain penjara pudu ni da berusia 115 tahun, mural kat tembok tu dilukis oleh 2 orang bekas banduan Penjara Pudu dengan menggunankan jari2 mereka. Sepatutnya benda ni dijaga n bole dijadikan sebagai warisan negara.

Nasib en suami xde kat sini, kalau tak memang da ajak die gi tgk tembok tu di runtuhkan. Bukan senang nak dapat capture moment2 mcm ni..Kalau agaknya sekarang kerajaan da menyesal sebab runtuhkan tembok tu, bole ke diorang nak buat tembok baru yang usianye 115 tahun. Nak tunggu 115 tahun tu bukan sekejap..Penjara ni bukan setakat kurung orang jahat je, kita punye pejuang kemerdekaan pun pernah dikurung dalam ni masa zaman2 penjajahan. Tak ke benda tu menambah nilai sejarahnya..haiiishhh..sayangnye..

gambar ihsan Udey Ismail

Penat maa..

Lately ni tiada mood untuk berblog (sebenarnya bukan berblog je..sume benda pun malas *sigh*). Badan cepat letih, perut cepat sensitip. Mata pun cepat layu. Kesudahannya, kemalasan yang menjadi2. Oh, harapnya tidak lama lah begini..


Makam Rasulullah SAW & kelebihan membaca Al-Quran

This is view of Rauza e Rasool (P.B.U.H), which is not open for visitors/Zayeriens perhaps not even 0.1% Muslims had the opprtunity to see this view. May ALLAH bless all of us.( Ameen )


__________________________________________________________

Kelebihan Al-QuranSetiap Huruf Diberi 10 PahalaAbdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” Sama sahaja pahala orang yang membaca itu samada dia faham makna atau tidak, cuma orang yang faham makna akan lebih tersentuh hatinya dan lebih merasai keinsafan.Tengok Saja Pun Dapat Pahala Tengok (melihat atau memandang) ayat-ayat Quran yang mulia. Apalagi kalau dibaca dan diamalkan dalam kehidupan…

World Cup 2010

Sekarang musim bola. Tempiasnya mestilah pada manusia2 yang tidak cukup tulang rusuk. Aku pun terkena tempiasnya sebab en suami kaki bola. Banyak kali dia suro temankan dia tengok bola tapi sudahnya bola tengok aku. Hahaha. Dulu aku penah jadi kaki bola jap tapi rasanya zaman tu da berlalu. Masa tu tahun 2002. Da tak larat nak tak tido n tengok bola pagi2. Lagi plak sekarang memang cepat ngantuk. Pukul 10 da landing2 da.

ohhh si tampan, walau kau tampan tapi bau peluhmu xkan ku cium

Masa yang aku suka tengok bola tu time Ahn Jung Hwan ada. Alahai, gambar dia ni aku simpan. Setiap kali surat khabar kuar pasal dia, aku mesti baca. Lagi plak dia berjaya mendapatkan golden goal untuk Korea. Aku yang kembang kuncup hidung tahan bangga diri. Abang kantin tolong simpankan gambar dia kalau kuar paper sebab dia tau aku peminat dia.

Kalau orang tanya aku sokong sape sekarang, aku ikut en suami je. Sape dia sokong, aku pilih lawannya. lols. Aku tak taulah sape yang ada potensi kali ni, banyak je ne…

Anak2 yang comel

They're super adorable..Lagi2 bile die mengeliat macam baby. Rasa nak cubit2. Memperkenalkan anak2 Abu


Tak sabar nak tunggu kamu semua melompat

Wondergirls vs wonderkids

Wonder Girls sememangnya grup yang tgh hot skrg. Aku pn trkena gak tempias2 dia. Sebab diorang menari sangat hot ok. One of my dance idol selain beyonce. n pussycat doll hehe. Tengok tempias2 dia pada anak2 kat Korea..Oh comel sangat!





korang kena tengok budak2 yang comel ini :) semalam tnjuk en suami video ni..tergerak2 bontot dia nak menari macam budak2 ni (ingat aku x nampaklah tu..hahaha)

Rindu Amat

Hari2 dapat call ibu pagi2, siang2, malam2, ni da berhari2 tak dapat cakap dengan ibu. RINDUUUUU.............huarghhhhhhhh


cepatlah balik bu....

My new baby

At last my new baby is here. Meet her:



http://cameranurarinab.blogspot.com/

Rajin2 jenguk yer :)

Soalan tag

Arini decide untuk menjawab tag kawan2 blogger..Mule2 kena jawab tag hafiza dulu sbb die da 2 kali tag tp tak nyempat2 nak jawab. Mula2 pasal kasut. Dia suruh citer pasal kasut kegemaran. Banyak sebenarnya kasut yang saya suka pakai, tapi sementara ni, nilah kasut kegemaran saya.

1. Kasut flat. Paling banyak koleksi kasut yang jenis macam ni. Kalau pakai mesti sampai lunyai dulu baru ganti baru sebab diorang ni sangat selesa. Selain tu diorang ni juga murah. RM20 pun bole dapat yang cantik da. Sekarang ni ada 2 yang feveret, 1 warna coklat n 1 lagi warna biru.

2. Heels. Heels mcm pakaian wajib saya kalau berbaju kurung. Kalo tak pakai diorang rasa macam berbogel (ooo terlebih suda). Heels saya taklah banyak sebab saya tau saya cuma pakai time berbaju kurung. Kadang2 sampai rosak sebab lama sangat tak pakai. Sekarang ni ada 2 heels yang saya slalu pakai kalau ke majlis2 kawen, heels masa kawen hari tu n heels hantaran masa kawen.

3. Sneakers. Ni kasut wajib saya pakai kalau tau nak brjal…

Worth buying

Ada 2 benda yang aku rasa worth buying masa wedding day aku. Kasut n tudung. Mula2 aku takut beli kasut hitam akan mencacatkan penampilan masa kawen tapi silap sebab kasut tu nampak cantik dengan semua baju. As planning, aku memang nak beli kasut yang batu2 instead of kasut yg dibuat dr lace ataupun manik2. Sebab pada aku, kasut yang ada batu ni nampak mcm ada aura glamour dia yang tersendiri. Bukan kasut lain tu tak cantik tau tapi semua tu sebenarnya bergantung pada pembawakan kita sendiri n baju yang dipakai.

Aku sebenarnya cari juga kasut warna putih tapi end up takde satu pun yang sesuai (maybe sbb i'm not so into white heels). Secondly, I would pick yang depan die terbukak sket or omputih panggil 'peep a toe' heels sbb pattern tu memang yang cantik kaki aku. Semua orang ada jenis kasut yang nampak cantik kat kaki diorang. Kasut ni aku beli masa ada sale dekat Robinson. Harga tak lebih dari 150 pun. Memang worth buying n sangat2 selesa.


Benda kedua adalah tudung. Sebena…

Pintu ke neraka telah wujud di dunia?

nampak mcm kecik tp bile 2 manusia diri depan die nmpk sbnrnye kawah tu besar kan..

Tempat ni di Uzbekistan. Da 35 tahun api tak pernah padam kat sini. Kisahnya, dulu ahli geologi mengorek untuk amik gas yang ada dalam ni tapi masa korek2 terjumpa mcm terowong bawah tanah. diorang pun mengorek dan terus mengorek tapi last2 semua equipment korek mengorek masuk ke dalam terowong tu dan takde sape berani nak masuk ke dalam tu. Disebabkan takut gas yang keluar tu beracun, mereka membakar lubang yang telah dikorek itu dan selepas 35 tahun, takde langsung tanda2 yang api ni akan padam. Nauzubillah.



Doakan sahabat2 di Palestin sana..Doa itu satu senjata, kalau mungkin bala tentera manusia tidak dapat membantu di sana, maka doakan mereka semoga Allah memberi kekuatan dan bantuan lain untuk mereka.

Dear God

I hope this time everything will be alright :)

Amin...

Abu dan anak2 nya

Hari ni da pulang ke KL. So sgt excited nak tunjuk anak2 Abu pada korang sume. Perjalanan ke KL sgt mencabar. Membawa Abu dan anak2 pulang ke KL sbb di rumah tiada yang menjaga. Anak2 kecil lagi, mata pun tak celik lagi. Kamis lepas suda berjumpa mereka n hari ni amik diorg untuk dibawa ke KL, dalam 3 hari tak berjumpa, anak2 Abu suda membulat dan semakin comel. Oh sgt cute! GERAM!
Abu hanya bising dalam kereta selama sejam setengah. Lepas tu die dudok bersama anak2nya n menjaga dengan penuh dedikasi mcm taknak bagi anak dia di ambil. Slalu pun tak protective mcm tu tp kali ni memang terserlah keibuaan dia. Anak yang terjauh sket dr dia akan ditarik menghampiri ketiak2 kakinya. n Abu sbb da di train berak di pasir, die nak berak dalam kete tadi mencari2 pasir. die tahan berak sbb tak jumpe pasir tp sudahnya Abu kentut bau taik. Satu kete da nak pengsan tercium kentut Abu.



Tapi kami tak marah sbb tau Abu berusaha tahan berak (kesian die kan). Then sampai rumah buatkan kotak baru untuk Ab…

Doa dan Amal

Untuk renungan kita bersama. Setiap amalan kita akan diambil kira oleh Allah termasuklah niat yang baik dan apabila ditimpa musibah, ingatlah bahawa Allah Taala masih menyayangi kita dan masih berada di dalam jagaanNya. Mungkin ramai yang tidak menyedari, bila dilanda musibah, hati akan ingatkan Allah selalu dan kembali kepadaNya. Maka janganlah pernah berhenti berdoa dengan hati yang ikhlas dan redha menerima ujianNya kerana sekurang2nya, kita tahu yang Allah Taala masih menyayangi kita sebagai hambaNya yang lalai.

Dari Ibnu Abbas: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda mengenai riwayat yang baginda terima dari Allah SWT, "Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan beberapa kebaikan dan beberapa keburukan, kemudian menjelaskan hal itu. Maka barangsiapa berniat untuk melakukan kebaikan, namun ia belum melaksanakannya, maka Allah telah menuliskan saru kebaikan penuh di sisinya, tetapi barangsiapa berniat melakukan kebaikan lalu melaksanakannya, maka Allah akan menuliskan 10 kali ganda k…

Cuti Skola kali ni

Weekend ni akan membawa adik2 pulang ke KL..Bercutilah mereka di rumahku maksudnya. Yeepie! Ada lah yang teman aku 2ming ni. Kemudian Abu dan anak2nya yang baru juga akan dibawa pulang ke KL. Tak sanggup nak tinggalkan Abu dan anak2nya yg masih belum buka mata pun di rumah tanpa seliaan sesiapa. Tak sabar nak tunggu anak2 die membesar, melompat2 dan berlari2.

Yang klaka diorg ni walaupun masih kecik n tak buka mata lg tp da pandai bergaduh time nk isap susu. Beriya diorg ni mencakar satu sama lain sbb berebut nk isap susu padahal mak die kan ade banyak t****k. Haihhh..sebut psl diorg je da rs geram n nk cium2 je kucing2 itu.

Nak upload gmbr tp latop ibu ni xde bluetooth plak..takpelah, nanti bile da dpt nk upload, akn ku upload meow-meow yg comel itu. so sementara ni upload lu gmbr Harriz yang comel..hehe.


p/s: to sue n harriz, sori b x dpt join harriz besday party..neway, Happy Birthday Harriz..Aunty B loves u!muahxxx..

Make me into a TV

Peristiwa semalam

Semalam malam plan nk ke rmh areh sbb ieja nk melawat areh before die beranak. Rumah aku ngn Areh dekat je. Hari2 before gi keje akan lalu depan rumah die. Aku dgn Areh ni roomate ms kat UPM. sangat rapat lah kirenye. Sape2 blaja kt sana mmg tau Aku, Areh n Terk ni mcm belangkas.

Areh pn da tau yang kitorg nak gi rmh die. sama2 excited sbb nk jumpa last before Areh beranak. Tapi pg Areh msg, "Korang, areh da msk hospital.da 3cm terbuka". Ok plan trbatal. Ingat nak gi lwt die beranak je mlm td tp mslhnye hospital Serdang punye masa melawat sampai 730 mlm je. Memang tak sempatlah nak sampai sana before 730. Terpaksa batalkan.

Takpe Areh, pas ko pantang kami datang ok :) Melawat Izz Mikail ok. So, ni aku present d new baby yang sgt comel..


Areh, Selamat menjadi Ibu
Semoga anak ko menjadi anak yg soleh
Aunty bee akan melawat kamu tak lame lg
:)