C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, June 22, 2010

Tembok Penjara Pudu

Tembok penjara pudu akhirnya telah dirobohkan. Tembok tu pernah memegang rekod sebagai mural terpanjang di dunia. Sayangnya dirobohkan atas sebab nak besarkan jalan kat situ. Aku sebenarnya tak menyokong tindakan ni sebab selain penjara pudu ni da berusia 115 tahun, mural kat tembok tu dilukis oleh 2 orang bekas banduan Penjara Pudu dengan menggunankan jari2 mereka. Sepatutnya benda ni dijaga n bole dijadikan sebagai warisan negara.

Nasib en suami xde kat sini, kalau tak memang da ajak die gi tgk tembok tu di runtuhkan. Bukan senang nak dapat capture moment2 mcm ni..Kalau agaknya sekarang kerajaan da menyesal sebab runtuhkan tembok tu, bole ke diorang nak buat tembok baru yang usianye 115 tahun. Nak tunggu 115 tahun tu bukan sekejap..Penjara ni bukan setakat kurung orang jahat je, kita punye pejuang kemerdekaan pun pernah dikurung dalam ni masa zaman2 penjajahan. Tak ke benda tu menambah nilai sejarahnya..haiiishhh..sayangnye..

gambar ihsan Udey Ismail

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails