Skip to main content

Jeruk

Muntah2 sudah berkurang banyak (Syukur...) tapi kalau tak cukup tido, badan akan rasa macam seram sejuk macam nak demam. Tapi oklah sebab mual2 da banyak da kurangnya. Baby da besar agaknya. Tapi yang aku perasan, perut memang slalu kembung n sendawa macam bom letop sebab kuat bangat bunyinya. Kadang2 da malu sebab time jalan2, ingat takde orang tapi sebenarnya ada orang nampak dan dengar aku sendawa. Pastu ingat lelaki tapi sebenarnya pompuan yang sendawa *malu*malu*


Ni tibe2 teringin nak makan jeruk. Bukan asam tau..tapi jeruk. Aku suka jeruk dan asam2 ni since dari skola rendah. Hari2 duit belanja beli asam merah (taruk dengan limau kasturi tu) n jeruk kulit mangga yang diorang jual 30 sen tu. Nape beli time skola? sebab kalo makan kat rumah nanti mak marah. Aku memang akan rasa macam nafsu digoda bile nampak jeruk dan asam. Mengalahkan ibu yang mengandung tu.

Mula slow makan asam2 ni bila da besar2 ni sebab ada skali tu, aku kena gastrik teruk giler. Muntah macam perut da nak terkeluar + semput yang datang secara tiba2. Semuanya sebab jeruk. Pregnant2 ni aku makan jugak asam tapi sket je. Nak hilangkan rasa loya tu tapi ni da datang angan2 nak makan jeruk. Terbayang2 jeruk jambu batu. Alamak aii dengan crunchy n masam2 nya. Sedapnya kalau dapat.

Tengoklah karang. Aku sure balik keje mesti aku gi kedai beli jeruk. Sedapnya kalau dapat makan. Agaknya aku da mula nak ngidam2 ni. Tapi time2 ngidam ni, aku rasa walaupun benda nak makan tu senang nak cari tapi susah nak jumpa plak tiba2. Takpe, usaha tangga kejayaan!

Comments

Reen Fredo said…
sedapnyeee jeruk!
nurarinab said…
yerp..memang sedap!
Azah Aziz said…
awk..jeruk kulit mangga tu kat mane nk dpt??mengidam sesgt ni...
nurarinab said…
Skrg taktaulah nak jumpa mana sebab makan zaman sekolah dulu pakcik yg naik moto jual jajan tu jual. Skrg taktaulah mana nak cari. Sori 😓 Kalo dlm balang mmg tak jmpa jeruk tu. Cuba try gi kedai jajan yg jual jajan dulu2 or kat kedai2 runcit kt kmpg. Maybe ada siti.

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…