C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, July 5, 2010

Weekend lepas

Oh mabuk2 makin teruk. Pernah satu malam muntah sampai 7 kali. Jadi fobia nak makan. Takut rejection. Selera makan terus hilang. Ramai da bising sebab makin pucat dan makin kurus juga. Harapnya tak lama. Malam2 slalu terjaga sebab bisa2 badan. Kalau en suami ada, dia aku kejut minta tolong sapukan minyak n picit2kan badan.

Vicks da tak jalan..macam takde efek, Minyak yuyee jugak yang sedap. Bau da setaraf dengan baby. cume diorang comel tapi aku macam baby terlebih extra vaganza besar. Kemalasan jangan cakaplah..tak penah aku semalas ni. Rumah malas nak tengok, pinggan malas nak basuh, baju malas nak lipat, semualah malas..mandi pun malas tapi mandi jugaklah sehari 2 kali. nanti kalau da sampai tak mandi, lain plak citer nye.

Sabtu tu amik gambar ieja bertunang. Serius, seram giler nak ke sana. Takut mabuk2 datang, memang terbaringlah jawabnya aku. Awal2 pesan dengan baby, mintak jangan banyak sangat ragam. Ibu dia nak buat keje. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.


Majlis tunang Ieja tertunda sebentar sebab jalan jem. So memang pihak lelaki tak dapat nak datang awal. Kesian diorang. Kitorang lek2 je lepak umah ieja sebab banyak giler juadah umah ieja. Memang best. Ikan patin, daging kerbau, daging lembu, daging kambing, ayam, semua adalah. Memang best. Aku balik ke KL dengan perut macam orang ngandung 5 bulan. hehe.

Amik gambar ja mana yang boleh. Bila tengok orang tunang teringat zaman aku tunang. Seronok :) Ieja sangat goges bila dimekap macam pengantin. Tak sabar nak tengok ja kawen nanti. hehe. pasti lebih cantik lagi. Cuba buat yang terbaek. Taktaulah ieja suke ke tak. Tapi hopefully hasilnya memuaskan hati ieja n azli. Sekarang dalam proses edit gambar n susun gambar untuk album tunang dia.

Kat bawah ni part of album n gambar masa ieja tunang.


B, doakan korang cepat dapat kumpul duit supaya cepat kahwin ok :) Sayang ja!!

2 comments:

iEjA said...

b..ja juge sgt saaayaaaannnggg b..thanks byk2 ;)

n take care ye..ja doakan baby dan mamanye sehat ;) xsbr nk dpt anak buah baru

fanadz said...

i tagged u..sila2. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails