C o m e A n d J o i n M e =)

Sunday, August 22, 2010

Baby Stroller

Hari ni pagi2 suda menulis entri. Lepas solat subuh, mata macam taknak tido dah. Rasa macam da nak start hunting barang2 baby. Bukan ape. Aku dan en suami ni pendapatan tak mewah mana. Biasa je. Sederhana diorang cakap. Kalo nak tunggu 2-3 bulan baru mula shoping bagai, memang beli lampin n baju die jelah jawabnya. Lain sume tangguh. Kitorang plan macam nak beli dalam sebulan 1 item at least. Oklah tu kan?

Aku nak start beli barang yang besar2 lu macam stroller, carseat, carrier..baju2 kendian sket sebab gender dia belum diketahui. Karang kalau da terbeli baju warna pink bunga2 tak ke haru anak aku nak pakai baju tu. Dah orang ingat budak tu pompuan padahal dia laki. Kita mulakan dengan stroller.

Semalam pegi Toy r' us. Yer, saya baru tau kat situ ade jual barangan bayi. Aku dan en suami rambang mata tengok barang bayi ni. Masa tu kitorang sama macam budak2 yang masuk situ tengok mainan. Cuma kitorang ni version orang tua. Aku pecaya, lahir je junior kami ke dunia, duit akan dilaburkan pada dia saja. isk3..dahsat..Harga stroller sekarang mengalahkan harga pasaran motor en suami. Da bole belikan junior kitorang ni motor second hand bile die lahir. Terus suro die blaja bawak motor je. Bole gitu??

Ok balik kepada pengalaman di toy r'us. Macam2 brand survey. Dari Mclaren sampai ke Esprit. Tapi aku dan en suami nak cari yang paling praktikal. Yang bole guna sampai dia da besar sket. Yang bole angkut barang dia banyak sket. n kawan aku Sue pun penah pesan, belilah yang reversible handlenye. Senang nanti. Ok aku ingat pesan Sue.



Ok aku mula dengan Esprit punya stroller. Aku rasa quite ok. Baby bole dok sampai besar. Seat bole laras (penting untuk kitorang ni) Bakul bawah stroller tu pun quite besar untuk disumbat barang2 nanti. Tapi handle tak bole nak reversible. Harga dalam RM250 - RM350. Quite oklah tu kan??



Yang ni stroller Mclaren. Brand ni artis Hollywood macam Brangelina pakai untuk baby diorang. Tempat letak barang dia as u can see memang super duper besar. Dengan tempat baby die macam tempat timbang baby dekat klinik. Sesuai untuk ibu2 nak bawak baby diorang ke pasar tapi pasti sesuai sampai baby 6 bulan je. Lepas tu kaki die mulalah terjuluq kuar n badan pun tak muat nak squeeze dalam tu. Harga dalam RM2000 - RM3000. Tak praktikal kan?


Yang atas ni plak adalah Graco stroller. A well-known stroller. Memang femes. Tempat barang luas and seat bole laras. Cuma my fren Sue kata tak bestnye handle tak bole reverse and handle baby yang bole letak stuff tu tak bole cabut. So bile baby besar, diorang akan rimas dengan benda tu. Well thank to her advice, akan berpikir dulu untuk beli yang ni. Harga dalam RM500 - RM600.


And last skali yang kitorang tengok Capella stroller. Seat bole laras n tempat barang besar. Yang paling suka adalah bumbung yang bole fully cover. Handle die juga reversible. Harga dalam RM600 - RM800. Possibly akan fikirkan yang ini tapi harga memang wauwee..

Takpe, raya ni nanti aku buat derma kilat. haha. Pelaburan anak namanya ni. Actually aku tak sure sangat apa yang nak dibeli untuk baby kitorang ni. Nanti kena buat check list sebab slalunya barang2 kecik yang slalu lupa macam barut dia, napkin dia. Maklumlah, takde pengalaman ye tak. Kalau kawan2 ada benda2 penting untuk newborn yang slalu orang lupa nak beli, silalah bagitau yer. Sangat2 dihargai jasa korang ni. Lagi pun ilmu yang dikongsi sama2 dapat pahala ;)

Ok, nanti kita citer pasal carseat baby plak eh.

5 comments:

ELLY said...

wahh...mahal nyer stroller...tp xper beli mahal2, nnti adik dia pon bleh guna...hehe

hafiza said...

wah dah start membeli belah...pza pun tak tahu nak start dari mana ni nak beli barang kan...pening jugak...bila tgk barang baby semua nak beli =)

AnneRaini said...

aku rase baik ko beli yg murah jek mcm kat jusco tu..harga xlebih 300. bukannye ape sbb takut anak ko nnti xsuke dok dlm tu..mcm anak aku.lagipun bukannye boleh guna lame sbb once die dah dpt kaki, soryla nak dok dlm stroller lagi..hehe ni pendapat aku la...

nurarinab said...

tulah mahal..pening tengok hrga diorg.Takkannye berhabis sampai mcm tu.mcm x berbaloi..

Arina Aziz said...

akak dulu suka survey online punya jugak. meleleh air liur tengok macam2 gadgets baby. botol susu pun ada bermacam2 jenis. breastpump lagik. ahakss.. memang layan laa tengok benda2 shopping nih. stroller mahal pun tak semestinya bagus. baik beli yang mana sesuai dgn keperluan kita cthnya senang lipat, tak besar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails