C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, August 17, 2010

Baru seminggu dah...

Puasa da genap seminggu. Puasa ni aku berazam nak puasa penuh tapi da 5 hari ni asik muntah2 n sengal2 badan bila petang menjelma dan selepas sahur. Ini pun ada rasa nak terkeluar tapi kutahan Jebat (cuba teka ayat sape?) Ramai sudah menasihat supaya buka aja kalo da tak tahan tapi sayang..bukan slalu dapat puasa penuh. Aku takut jugak efek baby tapi rasanya selagi takde efek yang teruk sangat, aku puasa je. Next week gi klinik nanti aku tanya doc macam mana.

Perut da bertambah buncit. Kalau jalan banyak sket mulalah tonggek2 macam itik pulang petang. Bulan puasa ni kalau jalan banyak sket je, startlah pitam n rasa nak pengsan. Badan lemah longlai je nanti. Rasanya memang pembawakan budak aku pitam2 ni.

Peepee sangat kerap. Sehari mesti lebih 10 kali sampai poopoo jadi susah sebab da banyak sangat air kuar. Berat tak naik2 dari 2 bulan lepas sampai las cek up. Aku tak tau arini dapat puasa ke tak sebab dari pagi aku tahan tekak ni dari muntah2. Badan da mula nak demam n sakit pinggang jangan cakap..rasa macam nak cabut jap pinggang ni (tak bole bayang kalau perut makin besar).

Tah macam mana lah nak angkut barang pindah tu..rumah pun tak cari lagi. Agen kata kalau puasa2 ni kena postpone smpi pas raya..yelah tu..mengantuk ni jangan cakap. Letih mengalahkan petani. Tak taulah nape lethargic sangat. Ni pun tersangap2 depan komputer. Mata siap berair2 tahan ngantuk. Oklah, kena berenti. Mother nature call..

Selamat berpuasa kawan2..lagi 3 minggu je lagi..

3 comments:

AnneRaini said...

arina dah pregnat ke??tahniah.aku baru jengah blog ko ni sbb baru masuk keje semalam.jaga diri lek lok

nurarinab said...

aahlah anne..anne ktne skrg?

AnneRaini said...

kat kl.bile due date?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails