C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, August 9, 2010

Makan lagi..haishhh

Sudah memulakan penyelidikan di UTM. Baru dapat bilik untuk buat research. Komputer yg skrinnya lebih besar dari skrin tv rumah diberi (ok tipu! tp serius besar) Trimakaseh Dr H. Telefon diletakkan di dalam bilik supaya Dr H bole pantau xtvt 'cabut awal datang keje lambat' aku macam di UM dulu (ok kecewa..). YM disekat (kecewa lagi). FB tak try pun bukak sebab takut kecewa lagi. Tapi Dr H da tolong install banyak program2 yang akan diguna untuk research nanti :) Tahun depan Dr H kata pindah ke makmal yang lebih baru (seronok!) Lab ni bole masuk 4 orang sahaja. Tapi cuma ada 2 orang je yang baru sampai. Takpe, yang penting hepi :)

Cukup2lah pasal tempat baru. Mode pun serius je bile taip pasal kerja. Ni tengah lunch break so aku sempat bukak blog kalau tak jangan harap ler. Perut da buncit lagi sket. Kadang2 jalan tonggek2. Pinggang slalu sakit jugak. Kalau dudok ter
tindih baby dengan lapisan spare tyre, bole rasa baby macam tendang2 minta dilepaskan n bole rasa juga heartbeat dia (comel!) Rasanye puasa ni bole puasa sebab try2 puasa (sebenarnya puasa ganti..haha) n baby macam ok je. Hari ni puasa juga n da cakap dengan ibu nak makan nasi ayam penyet arini. Nak try dekat benafee (memang family betty benafee punye kedai ni) sebab orang cakap nasi ayam penyet dia lagi sedap dari LC.

ini contoh pecal lele (atas) & ayam penyet (bawah)

Aku suka nasi ayam penyet LC sebab sambal belacan dengan tempe goreng die sangat garing dan sedap. Kalau makan dengan sape2 mesti mengecek orang lain punya tempe skali. Lagi plak dia hidang atas pinggan kayu dia tu, sumpah sedap! Rasa nak makan pecal lele dia jugak (tamak!). Maybe patut bungkus je sebab sekarang da pandai lapar pukul 4 pagi. Kalau sape2 tak penah try, jom datang JB makan.

Aku pun da mula sakit perut n pinggang malam2. Kalau en suami ada, aku lagi suka kacau dia tido. Kadang2 takdelah sakit sangat tapi saja nak kacau. Kalau terjaga tu aku memang kejut dia tapi susah sangat nak bangun tapi kalau aku cakap camni, "B, perut sakitlah". Nanti dia tibe2 terus bukak mata n duduk kat sebelah. Suro amik minyak n sapu kat pinggang. Aku rasa kagum dengan ke'alert'an dia. Kalo tak jangan harap die nak bangun. hehe (sayang awak b).

Oklah, nak taip banyak lagi ni tapi terpaksa berenti plak..huarghhhh..sedih :'( Tak lama lagi da pose. Johor cuti!!! Yeeepie!!!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails