Skip to main content

Baru 8 bulan ke???

Pecaya tak pecaya, aku dan en suami da 8 bulan same2. Sumpah rasa da bertahun kawen. Rupanya setahun pun tak lagi..hehe. 8 bulan yang mencabar. Orang tua2 kata, 5 tahun pertama adalah yang paling mancabar. Proses nak mengenal2. Masa kapel indah belaka. Kentut pun segan nak kuat2. Kalau kuar rumah sembur perfume kat bontot suar supaya kentut wangi (haaa nanti adalah yang tiru tu).

Kahwin lebih mencabar dari bercinta sebab time cinta2 ni sume sangat indah. Sebab tu ada orang sanggup kawen lari sebab masa bercinta ni dunia fantasi. Yelah, yang realiti nya tak rasa lagi. Setakat bayangkan memang sume bole. Cuba bagi dia rasa betol2, haaa masa tu menggagau2 cari mak ayah balik.

Relationship tak mudah macam disangka. Adik beradik yang kuar dari rahim mak yang sama pun bercakar2, inikan pulak nak dok dengan orang yang totally stranger. Pagi petang jumpa, tido sama2 lagi. Mana bole tak gaduh yer tak? Pada aku masa bercinta2 adalah masa untuk kita kenal dia sedikit. Belajar membaca perangai dia sikit2. Nak kenal dengan dia sikit kena jugak kenal dengan kawan2 dan kaum keluarga dia. Orang kata kalau nak kenal pompuan tu macam mana, tengok mak dia. Kalau nak kenal laki tu macam mana, tengok bapak dia. Bila tengok suami aku sekarang, rasanya memanglah ada betulnya. Tak 100% sama tapi kebanyakannya memang sama (walaupun dia taknak ngaku..hehehe).

Nak dok ngan stranger memang tak senang. Aku dan suami kadang2 berkecik hati jugak. Tapi kalau nak bandingkan masa jadi weekend hubby n wifey, sekarang lebih baik. Masa berjauhan majuknya banyak sangat. Rasanya sebab rindu lebih2 jadi majuk2 sayang plak (acehh gitu). Sekarang da nak ada anak. Aku pasti lepas ni lebih mencabar lagi.

Setiap malam bila terjaga dari tido, aku tenung muka suami dan akan ada satu perasaan sayu dok dalam hati. Kesian suami aku dok cari rezki untuk support aku dan bakal anak. Rezki tak mewah mana. Maklum aku masih blaja lagi. Aku tau dia tahan diri dia dari berbelanja lebih2 sangat untuk diri dia sebab nak control monthly nye belanja. So aku doa mintak tuhan murahkan rezki kitorang. Tapi aku tau Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Kaya. Aku tak takut sebab aku tau Dia bagi rezki untuk kitorang n bahagian untuk anak dalam perut ni pun akan ada.

So b, saya sayang awak sangat2. Lets do the best for our family! hugs-big hugs :)

Comments

MyNameIsdD said…
baru bace entry arina yang nih, dah 8 bulan ek kawen hehe congrats! semoga Allah murahkan rezeki arina & family, keluarga sihat & bahagia selalu yeh. Hope the pregnancy is going on well and both baby and mom is in a good condition, sekarang dan lepas bersalin inshaAllah.

Take care!

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…