Skip to main content

Da nak kawen da adekku :)

Weekend baru lepas. Aku dan en suami busy dengan majlis pertunangan adek pertama aku. Taun lepas aku, taun ni die plak. Arini genap usia pertunangan aku dengan suami setahun. Wah, baru setahun bertunang sebenarnya tapi aku da pun jadi mak buyung. Hahaha..macam tak percaya plak. Oklah bukan nak cite pasal aku ni tapi pasal adek aku. Konsep die ala2 Arab. Pakai jubah macam arab, mekap pun da ala2 arab jugak. Cantik gitu..kelassss youuuu..

betulkan aku cakap cantik :)

Semoga cepat ke jinjang pelamin..Aminnnnn

Sorokkan kebuntingan belakang ibu..hehehe

Die suro aku pakai jubah jugak tapi aku tau bile majlis macam ni macam mana kalau pakai jubah abeslah baju tu kena minyak bagai. Kena nolong orang rewang. So aku cakap aku nak pakai baju kurung je supaya bole buat keje dapur. Memang tak menang tangan. Maklumlah, kitorang tak pakai katering. Yang tolong makcik pakcik n sepupu sepapat. (takpe yang, aku saja bagi can ko pakai lawa2, nanti mak Qayyum salah sarung cincin kat aku karang naya jer..hahaha) Ni aku upload gambar adekku yang cantik. Aku sure korang mesti cakap cantik sebab memang cantik pun die aritu. Yelah ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi (betul ke penggunaan aku ni??).

Aku tak sempat nak amik gambar dengan en suami. Die orang kuat majlis. Pakcik2 aku da sibuk puji2 cakap en suami tu rajin sangat (kembang kuncup lobang idong die). Dia tak sempat makan pun masa majlis tu. Makan time sarapan je. Pastu sampai ke malam tak makan. Da penat sangat punya pasal sampai lapar pun hilang. Tapi pakcik2 aku sambil2 tu dok berciter2 jugak. Bile en suami lalu diorang gelak2, lepas tu aku lalu diorang gelak lagi. Aku pun naik heran nape diorang asik gelak2. Aku tanyalah kenapa. Die kate tengok perut aku dengan en suami berlumba2 membesar. Hahahaha..aku cakap en suami da sarat da tu tapi macam mana pun aku akan beranak dulu. Kasih sayang aku dok dalam perut die tu. hehehe.

Sekarang en suami kata jangan masak banyak2. Sume orang kata die da membesar tapi aku rasa die tak besar pun. Takpelah b, pasni saya masakkan awak lauk sayur air dengan ikan masin je eh b. Makan dengan bubur. Mesti sebulan 2 lagi kite mengecil b..hehe. Macam mana pun saya sayang awak jugak <3

Aku rasa nilah gambar paling baru aku dengan en suami..Masa bayar tiket parking..hehe

Suami dengki amik gambar bini die tido ternganga..ok b saya akan sebarkan gambar awak tido bermekap..hahaha

Comments

CINDELLYNA said…
cantikk!!!macam u gak....=)
nurarinab said…
tq dear :) u r pretty too ;)
Arina Aziz said…
abg nizam pernah amik gamba akak tido dalam keta sambil hisap lollipop. buruk gile! nasib dia tak upload.
nurarinab said…
hahaha..dpt suami pembuli kak.kalo arina tido bersendar,die nak rakam..sabar jelah..

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Projek DIY Rumah

Assalamualaikum wbt,
Ok dengan semangatnya nak cerita. Berjaya juga DIY tangga. Ingat tak aku cite aku nak buat something dengan staircase dekat rumah. Akhirnya dapat ok. Alkisahnya macam ni. Aku gi KAISON. Berkenan tengok wallpaper kat sana. Cantik dan murah. So belilah 2 corak untuk dilekatkan dinding dapor n bilik. Dinding bilik tu teringin nak buat ala2 nyonya punya decor. Style vintage n color dia adalah combination yang pop. Macam biru laut n hijau lemon, purple n hijau. So aku tahu en suami ni bukan type bunga2 ni. Dia ni typical style sket suka play safe. Kalo amik color warna coklat or hitam or kelabu. Kalau amik wallpaper amik corak papan or batu bata. Dia tak suka or tak reti or tak berani main dengan corak n color. So masa en suami takde aritu, aku beli wallpaper ni n tampal kat bilik anak. Bilik tu memang takde buat pape. Plain macam tu. So aku just tampal je wallpaper tu tapi belum cat lagi. Tengah pikir nak cat warna apa tapi rasa macam da ada idea nak cat warna apa. S…