C o m e A n d J o i n M e =)

Friday, October 8, 2010

Itu Ini

Da 2 3 hari ni perut tak sedap. Asik rasa loya n semalam siap muntah. Taktaulah kenapa. Mengantuk jangan cakap. Kalo tak cukup 9 jam memang da macam orang 'high'. Makcik2 da bising sebab tido banyak masa preggy ni tak bagus. Sekarang ni bertarung jugaklah dengan kengantukan yang menggila ini. Simptom 'sleepyness' aku cakap.

My hips is getting larger. Ngeri tengok. Jarang aku ni melebar kat situ. Ramai jugak yang tegur aku da berisi. Itu ok jugak sebab da lama tak naik berat badan ni. Makan still aku control sebab taknak naik mendadak. Nanti nurse marah time cek up. Tak sanggup dengar. Membebel macam mak nenek diorang tu.

Belakang badan da mula sakit. Rasa macam nak tekan je pinggang tu bila die mula melenguh. Perut juga membulat dengan jayanya. Kalo dulu orang kata macam tak ngandung tapi sekarang skali tengok da tau da mak buyung. Cuma kalo tengok memang tak macam 5 bulan setengah. Perut comei diorang cakap.

I got a sweet tooth. Sangat suka coklat n benda2 manis. Sangat merbahaya sebenarnya. Untuk tu terpaksa lawankan dengan minum banyak air kosong. Love 100 plus n red bull. Tapi limitkan juga seminggu skali je minum. Paling banyak pun 2 3 kali je. Ingat nak beli penimbang badan supaya bole monitor berat sinri.

tengok gambar da tergiur..sabar jelah..

Baby menendang2 tapi da tak kerap macam dulu. Tapi sekarang skali die tendang kemain kuat lagi. Aku jadi malas nak kuar sekarang sebab cepat sangat penat. Kuar tak sampai sejam tapi malam tido berdengkur2 mengalahkan makcik yang keje bertani dari pagi sampai malam. Tapi en suami kata kena banyak berjalan supaya baby aktif. Kalau naik tangga setingkat bangunan mengah nye, cungap nye macam berlari 100 meter.

Perut da terasa penuh sangat walaupun baru 5 bulan setengah tapi takpe sebab aku rasa hepi baby membesar dengan sehat. Tak sabar sangat nak tengok dia nanti. Aku dapat rasa masa berjalan dengan pantas sebab tiba2 da bulan 10. Nanti da bulan 11. Huh..sekejap je masa. Sementara ni aku tak bole nak shoping2 sangat sebab rasa susah sangat nak dress up masa preggy ni. Taktau nak pakai apa especially seluar. Da biasa sangat pakai jeans. So bila tiba2 takde jeans rasa taktau nak pakai ape. Nasib ada jugak beli suar legging n jeans legging 3 pasang untuk pakai bila kuar rumah cuma taktaulah baper lame bole bertahan. Da lama ek aku tak amik gambar jalan2 ni. Nantilah aku cakap dengan en suami tolong amik gambar bini die yang membuyung ni.

nak pakai heels macam ni bole???

p/s: Arini nak cari Jewelry box. Nak letak sume aksesori dalam tu..Kalau cari kat kedai 2nd hand pun ok kan..bole dapat harga yang murah2 sket :)

Nak yang macam ini..cantiknyer!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails