C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, October 12, 2010

My first attempt

Today I decided to make something special for my hubby. oh..oh..tolong jangan pikir banyak. Ni cite bab makan. Ari2 masak untuk en suami. Kadang2 sampai kering idea nak masak ape. Bila tanya dia nak makan ape, nanti die cakap, "masaklah apa2 pun saya akan makan jugak". Huh, terima kaseh b. Jawapan yang membantu.

Arini tiba2 terasa nak buat lasagna. This is my first trial. I love lasagna so much!!! Makanan wajib order kalo ke Secret Recipe. tapi lately ni SR punye lasagna da tak sesedap dulu. Jadi bagitau en suami, arini aku nak buat lasagna. Die balas sms macam ni, "Alah..saya pun nak jugak". Pelik..macam aku nak masak untuk diri sinri aje.

Google dalam internet recipe untuk buat lasagna. Taklah susah mana. 15minit da siap da cuma nak bakarnye yang lama. Oh bakar kena pakai oven. Aku takde oven. Yang ade cuma toaster oven. Jiwa memberontak nak buat (agak pembawakan budak ni). Baik cari kat tesco. Kot2 ada oven murah bawah 100. Maklum tengah2 bulan duit da kering. mintak permission en suami dulu. Dia on aje. Sambil shoping barang nak buat lasagna, sambil cari oven murah. Sambil nyelam minum air orang cakap.

nampak tak ada lasagna dalam tu

Oh, jumpa..jangan taktau. Jumpa oven cap Pensonic berharga RM99. Ok still bawah budget. Tinggal last plak tu. Memang aku sambar ajelah. Cara2 aku buat lasagna ni, aku ikut dari video kat youtube. (Aku rasa dalam youtube tu sume ada).



Serius senang giler. Kalo ada bahan2 yang kita tak jumpa pandailah2 buat bahan sinri yang lebih kurang sama. Bahan2 yang aku beli cuma daging cincang, sos spageti, lasagna noodle, mozarela cheese (shredded), cheddar cheese (shredded) dan telur sebiji.

Bahan A:
Mula masak daging cincang ngan kuah lasagna tu macam buat kuah spageti.

Bahan B:
Then amik hampir sume cheese dan telur tu campurkan sebati. (tinggalkan sket shredded cheese untuk ditabur bila selesai)

Da ada 2 bahan ni da bole mula proses membuat layer by layer. Loyang korang tu letaklah minyak masak sket supaya tak lekat. Tuang sket bahan A korang tadi and lapik dengan lasagna noodle korang. Then letak plak bahan B atas lasagna noodle tadi. Lapik lagi dengan lasagna noodle. Ulang proses sampai abes da bahan2 A dan B korang tadi. Atas sekali tabur dengan shredded cheese.

Tutup loyang dengan aluminium foil n bakar pada suhu 250c selama 45minit..Walahh..da bole makan..senangkan :)

ni lepas kuar oven n aluminium foil dibuka. aku bakar lagi skali tp kali ni 5 minit je sbb nak kasi cheese tu jadi crispy sket

p/s: rasanya sedap jugak :) nak silalah ke rumah ye kawan2

3 comments:

Norimah bt Md Noh said...

nnti adik dtg akak buat kan ea...heheh...cam sodap je tgk gmbr tu...:D

nurarinab said...

bole dek..nnt nk dtg bgtaulah awl2..akk msk spesel utk adek nnt..

iEjA said...

mcm best je b ;)
ieja pon nk bljr msk le cmni..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails