Skip to main content

Ni bukan wrestling tau


Hari tu pergi jalan2 di Tesco. Ada sorang pompuan India tahan aku ngan en suami. Nak mintak menyumbang untuk WWF Malaysia. Dia berucap panjang lebar. Diorang mintak donation untuk foundation diorang ni lah. Kalau sape tak tau ape tu WWF (World Wide Fund for Nature), ia macam satu pertubuhan untuk memelihara alam sekitar.

Kecik2 sangat suka beli magazine WWF dan belajar tentang alam sekitar. Dulu masa darjah2 selalu bercita2 nak kerja sebagai penjaga alam sekitar. Tapi bila da besar2 ni da kurang da semangat tu. Ok sambung pada cite kat Tesco tu. Dia cuma mintak dalam RM39 macam tu. Kena bayar pakai kredit kad and bayar 39 every month pada diorang. Tapi kalau tiba2 korang nak stop bayar pada diorang bole je. So maksudnya bila2 kita nak stop, bole stop. Bukanlah ada apa2 kelebihan yang kitorang dapat macam percutian ke Redang ke, makan free selama sebulan ke sebab benda tu memang untuk WWF tu.

Aku dan en suami tak jadi menderma bila dengar dia cakap tu bukan one time contribution. So masa kitorang balik aku cakap dengan en suami, "Sayang dia tak buat one time contribution. Macam beban lah plak nak bayar every month". Then en suami cakap, "Takde masalah kalau nak bayar every month pun. 39 ringgit tu bukan banyak mana pun. Lagi pun dia tolong jaga alam sekitar kita untuk anak2 kita jugak".

Aku terdiam. Memang betul apa en suami aku cakap. Sudahlah nak pelihara alam sekitar, nak tengok2kan orang utan, harimau n penyu memang tak reti. Nak sumbang duit pun berkira jugak. Sepatutnya kita support benda2 macam ni sebab benda ni untuk masa depan anak2 kita jugak. Tak ramai nak bagi support kerahan tenaga, so apa salahnya kita sumbang wang ringgit kita untuk anak2 kita rasai alam sekitar kita ni jugak.

So aku bukak website WWF arini n yang aku nampak dari website ni kita bole menyumbang one time. Kalau nak sumbang bole klik 'sini'. Bagilah brape2 pun diorang terima. Kalau rajin jenguk2lah website diorang wwf.org.my. Kot2 korang berminat nak join aktiviti diorang, bolelah join beramai2.

Diorang ada buat foundation untuk pak belang..comel die pose depan kamera..

Orang utan pun ade jugak..diorang ni memang pandai posing lah

dan penyu jugak..jangan makan telur penyu tau..sian mak dia penat kuarkan telur..

P/s: Nanti kalau baby da kuar nak ajar baby berjinak2 dengan dunia haiwan ni..

Comments

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…