C o m e A n d J o i n M e =)

Wednesday, October 27, 2010

Sekarang ni sape yang kurang ajar?

Apa yang buat seseorang tu jadi kurang ajar (KA)? Ada ke orang yang lahir dengan perangai KA? Pada pandangan dan hemat beta, KA terjadi bila orang lain KA dengan kita. Betul tak? Kalau kes student KA or anak KA, itu belakang citer. Sekarang kita cite pasal stranger dengan stranger. Kadang2 taklah stranger sangat. macam kawan dengan kawan atau kawan dengan lawan.

Aku seorang yang paling malas nak tunjuk sifat KA aku. Bukan takde..memang ada. n tamo tunjuk sebab aku kalau boleh taknak orang ingat kita dengan sikap2 yang bukan2 ni. Macam tu jugak adik2 aku. Kami dilatih ibu dan ayah supaya hormatkan orang especially orang tua. Tapi bila da meningkat dewasa, da bole berpikir sinri, kami pandai jugak skali skala mengeluarkan pendapat kalau tak puas hati.

Tapi dengan cara yang paling 'sopan' yang boleh. Tapi kalau rasa da melampau sangat, maka aku pun akan jadi melampau jugak. Maklumlah kita ni cuma manusia biasa aja. Maka citer ni kat sini aku nak cite pasal sorang makcik ni. Kenapa makcik? sebab umurnya da 50 tahun pun tapi perangai memang menyakitkan hati. Selama ni kami adik beradik senyap bila dengar perkara yang di'reka2' pasal kami. Malas nak amik port. Kalau jumpa pun masih bercium tangan, masih bermanis muka, taknak tunjuk KA kami. Nak jaga muka parents kitorang.

Makcik ni keje bukan keje biasa. Doktor pakar ok. Keje best tapi perangai dia rasa macam tak layak dengan taraf education yang dia ada. First time aku jumpa dia, aku da tak suke dia. Sebagai seorang makcik yang nak join dengan family kami, maka kamu seharusnya tahu mengambil hati kaum keluarga terlebih dahulu tapi instead of macam tu, dia rasa tercabar bila dengar aku sambung blaja pada usia muda. Dahlah dia yang tanya aku ni buat apa sekarang, bila aku cakap sambung blaja dia macam bengang n ceritalah dia pun ada master dalam kepakaran medic yang dia ade tu n blaja die lebih susah dari aku sebab masa tu dia ada anak etc. oppppsssss makcik, kenapa kah kamu perlu mewar2kan kepandaian kamu sebab kalau kamu pandai, tak perlu risau..aku akan tau juga.

Manusia ni, tuhan berikan deria rasa yang ke 6. Kalau orang bercerita kepada kamu dengan niat nak menyumbung diri atau riak, maka Allah berikan sense kepada manusia itu yang niatnya adalah untuk riak. Maka selepas dari itu, aku hilang respect pada dia kerana kamu berusia 50 tahun tapi perangai kamu sangat annoying. Ingatlah sentiasa bahawa ada yang lebih pandai dari kamu.

Maka dijadikan citer, tersampailah satu citer yang tak benar pada adik lelaki aku. Adikku berusia 20 tahun, usia muda yang orang kata kalau marah pun tak reti nak control. Darah mudalah katakan. Maka adik aku pun sms dia, cakap dengan dia jangan cakap benda yang tak benar. Dia tepon adik aku, cakap buat cite tu sebab nak ajar orang yang die citekan tulah (katakan pada si A). Adik tak cakap pape. Senyap aje sebab malas nak gaduh guna mulut. Nanti karang termaki2 lagi susah.

Bila die letak tepon, adik sms dia balik. Masa dia call tu dia siap cakap si A tu gila sebenarnya maka dia terpaksa buat2 cite untuk buat si A pegi jauh. Adik tanya macam mana dia bole cakap si A tu gila, dia cakap dari diagnosis. (untuk pengetahuan korang, kitorang kenal rapat denga si A ni jugak..orang tu tak gila pun tapi die jeles dengan si A cakap si A ni mental segala) Ko ingat ko doktor, ko bole diagnosis orang dari perangai dia je ke. Dah sah2 ko tak suke dia, mestilah ko cakap dia gila. Dan dia bukan pakar otak ke apa2 yang bole diagnos orang nak cakap orang gila etc. Adik aku pun cakaplah, kurang2 si A ni tak penah pun buruk2kan dia pada kami satu famili ni. Tapi dia ni asiklah cakap orang tu mental n buat cite. Dia ni masalahnya taknak mengalah. Menambahkan lagi kemarahan adik laki aku bila dia cakap kalau kami sekeluarga tak suka dia, dia akan kawen lari.

Eh makcik, ko ingat ko nak kawen dengan famili aku pastu bila cakap macam tu kitorang akan kesian n terima ko ke. Pandainya ko ni makcik. Kalau korang tengok dari cara adik aku sms, sumpah takde satu pun ayat dia yang memaki makcik tu. Ayat dia semua berbentuk pertanyaan yang berhemah. Tapi makcik ni lebih2, dia buat status kat fb *sayang dia da delete aku dari fren list dia, kalo tak aku da bagi korang baca status dia* cakap nak lempang adik aku kalau adik aku ni anak dia sebab KA dengan dia. GTH lah makcik! Kamu tu lebih dulu KA dengan kami.

ni status adik aku

Lepas tu nak babitkan mak aku plak dalam tu. Mak aku yang taktau pape ni terus lah marah dengan dia tapi takdelah sampai menyerang marah dia ke apa. So adik laki aku yang marah ni pun buat status jugak. Wah..dia pegi ngadu plak pada pakcik2 n makcik2 aku. Nampak sangat da desperate lah tu. Makcik..makcik..dia asiklah bawak mulut dan memburuk2kan orang yang dia tak suka. Kalau kamu ade 2 manusia si A dan si B. Si A asik buruk2kan si B tapi si B tak penah pun burukkan si A, kamu rasa sape yang lebih baik? Si A atau si B?

Dahlah makcik, aku taknak komen lebih2. Lambat laun kebenaran akan terbongkar jugak.

p/s: ngandung2 marah orang..sungguh tak patut perangai ini..Ampunilah aku ya Allah

3 comments:

RoZiA aHmAd said...

utk makcik umur 50 tu bawa2 bertaubat sb dlm usia mcm tu rumah kata pegi, kubur kata mari2. hidup x perlu nk susahkn byk org. Utk U arina, jgn marah sgt sian kt baby tu ye....

Anonymous said...

Engkau tu yang kurang ajar..jangan nak cakap orang lain la...ingat ko tu pandai sangat ke...bodoh

~ SueHarriz ~ said...

kalau dh 5o tahun tp perangai mcm bdk 5 tahun, insaf2 laaa..patutnya pd umur dia skrg ni dia mnasihatkan org, tp ini tak, dia yg makin naik mnjadi2....kesian singguh. takpe la B, biar jela B jd bodoh di mata dia, asalkan x bodoh sombong...chill b, im with u!!!! =))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails