Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Chocolate Truffle resepi

Ok..seperti dijanjikan. Aku da buat da chocolate truffle tu. Rasanya sedap. Memang sedap. Macam tak pecaya bejaya buat coklat sinri. Part paling susah adalah masa nak bulat2kan dia sebab dia akan mencair di tangan. Tapi macam pembuat2 coklat yang pro itu berkata, tak perlu perfect round sebab nak nampak keaslian homemade chocolate tu.

Ok tamo cite lebih2. Meh kita tengok resepi dia.

Bahan2:
1. 1 cawan heavy cream
2. 14oz dark chocolate
3. 8oz extra dark chocolate (ni nak buat second layer dia nanti)
4. 1 1/2 cawan serbuk koko (cari yang sedap2 k sebab nak salut coklat pakai ni)
5. 3 sudu teh butter (optional)

Kita akan buat 2 bahagian. Mula2 kita buat 'Ganache' dia dulu.
1. potong coklat yang 14oz tu kecik2. Macam korang racik2 gula melaka. Ni supaya dia senang larut. Taknak dia berketul2 nanti.
2. Susu tadi kita panaskan atas api. Bila dia da mula mendidih tu, tutup api n campur dengan coklat yang da diracik2 tu.
3. Kacau sampai susu n coklat sebati. (sebab tu kena potong coklat kecik2)

Mashed Potato Recipe

Chocolate truffle baru dibuat pagi tadi. So kalo hasilnya memuaskan, aku bagi kawan2 semua resepi nya yang sangat amatlah mudah. Semalam aku 1st time aku buat fish n chip. Aku blaja beberapa benda baru semalam, tepung fish n chip tu, mashed potato, mashed potato gravy dan jugak coleslow. Tapi aku rasa tepung fish n chip tu aku buat tebal sangat. En suami kata sedap.

Yang paling senang aku rasa buat mashed potato tu. Tak sangka sebenarnya senang je nak buat mashed potato tu.
Bahan2:
5 biji kentang
1/2 cawan susu
1 sudu butter (kalo nak rasa lemak lagi, tambah butter)
garam n lada hitam (secukup rasa)

Kaedahnya:
1. Kopek kentang n rebus sampai kentang jadi lembut. Macam mana nak tau dia da lembut, cucuk dengan garfu n rasa dia da lembut. Bila da masak, toskan dia supaya air rebusan tak berkumpul dalam kentang.
2. Kemudian lenyek kentang tadi gunakan senduk ataupun garfu ataupun masher. Tambahkan garam dan lada hitam, susu suam dan jugak butter. Lenyek sampai semua sebati. Kalau korang suka lebih…

Weekend sudah tiba :)

Weekend sudah tiba..Oh suka sebab bila weekend bole golek2 bangun lambat sket n nak mengemas rumah pun senang hati aje. n lagi best inilah masa nak try resepi2 baru yang aku tengok resepi dari blogger lain ataupun dari tv ataupun dari buku2 masakan. Hari ni aku nak try buat chocolate truffle. Macam senang je buatnya tapi aku pun taktaulah senang ke tak sebenarnya. Hehe. Nanti kalau sudah jadi, aku share resepinya dengan kawan2 sume supaya kita bole mencuba beramai2. Kalau taktau chocolate truffles tu camne, dia macam ferrero rocher..tapi ada macam2 jenis. Bagi gambar sketlah supaya korang bole tengok rupa chocolate truffles ni camne.

haa..da tergiurlah tu..aku yang tengok ni pun da ala2 tergiur jugak sebenarnya..hehe...macam sangat sedap. Nantikan yer..kalau jadi confirm aku bagi korang resepinya :)

Tips untuk bershoping secara berhemat

Kalau korang pegi shoping barang dapur, slalunya korang semak tak harga barang2 yang korang beli? Aku agak concern dengan benda2 ni. Bukan apa, kadang2 kita terlampau memilih branding dan takut untuk cuba produk2 yang baru yang kurang terkenal jenamanya.

Contohnya macam kalau aku beli sabun basuh baju. Jenama macam Dynamo memang kita kenal sebab iklan dia slalu kuar dalam TV. Dan setelah diperhati2kan, harganya antara yang termahal untuk detergen. Aku slalu lebih suka mencuba sabun2 yang kurang terkenal jenamanya. Contoh kalau aku pegi Carrefour, aku akan beli detergen yang dikeluarkan Carrefour. Brand2 ni slalunya dia murah sebab dikeluarkan sendiri oleh tempat tu. So banyak kos dikurangkan. Kalau pikir2 balik, setakat cuci baju yang kita pakai sehari2 tu bukannya kita ni keje dalam lumpur pun kan. n pecaya atau tak, aku prefer bau sabun Carrefour dari Dynamo. Bau dia macam bau sabun baju yang kedai2 dry cleaning pakai. Aku da pakai sabun Carrefour ni 3 tahun. Memanglah ada yang macam…

Breast pump

Rasa macam nak beli breast pump. Senang nanti kalau da abes pantang bole guna. Neway, nak tanya blogger2 sekalian, apa brand yang bagus? Yang elektrik ataupun manual? Baiknya beli sekarang or pas bersalin nanti? Juaimuarah ada bagi tawaran hebat untuk membeli breastpump elektrik brand Avent pada harga RM420. Patut tak beli?


Cuba teka?? *wink*wink*

Arini di Johor cuti sebab hari keputeraan Sultan Johor..Daulat Tuanku. Gumbira hati patik kerana tuanku memberi cuti kepada rakyat jelata sekalian. Ok..ok..ni nak citer pasal scanning baby hari Sabtu lepas. Sudah 7 bulan.Yeepie! Perut makin membulat n sedang makin meng'expand' dengan jayanya.

So, Sabtu selepas mengemas rumah dengan en suami, kuar untuk cari klinik yang ada scan 4D. Tak sabar nak tengok muka ini baby sebab kalau da masuk 8 bulan, tak bole da scan 4D tu sebab baby da besar sangat, susah nak cari muka dia nanti. So sebole2nya cari klinik scan 4D yang bukak on weekend. Pergi area Pelangi sebab sana banyak betul klinik2 kesuburan dan klinik gigi.

Pegilah satu klinik ni. Nama dia England W. S. Nampak macam eksklusif aje kliniknya. Nak masuk pun ala2 seram tapi en suami kata pegilah tanya dulu. Masa tu da pukul 1. Tanya2 diorang memang ada buat scan 4D tu tapi doktor ada kat klinik pukul 230. Takpe, kitorang register je dulu. Nanti kitorang datang balik. Punyalah exci…

Online Shop

Kamu suka bershoping? Aku rasa kebanyakan perempuan n lelaki juga sebenarnya suka bershoping. Tipulah kalau cakap tak suka. Trend sekarang lebih2 laginya adalah bershoping di atas talian (online). Cara yang lebih mudah dan jimat. Kenapa mudah? Sebab bila bershoping atas talian ni tak payah susah2 berjalan, tak payah penat2 nak survey dari 1 kedai ke 1 kedai n kadang2 benda2 tu belum tentu jumpa kat kedai2 yang kite pergi tu. Even kadang2 bole shoping sampai ke US sana tu haa..Sebab tu lah bole addict bila da mula shoping2 online ni tau.

Aku suka shoping2 online ni. Kadang2 en suami geleng2 je kepala tengok bini dia bershoping2 online. Bole dok berjam2 depan komputer cek barang dekat internet. (Tak bole nak buat apa nak jalan shoping kadang2 da tak larat sebab da membuyung..cepat je penat..so ni cara selamat) part tengok barang, pilih2 barang tu memang best tapi paling best bila barang sampai depan pintu terus.. Haa kan ke best tu. Tiba2 je orang pos da sampai depan rumah anta barang.

Ad…

Inspired

I've got an inspiration but can it be achieved?



Hari Raya Haji 2010

Semalam Raya haji. Aku dan en suami balik ke kampung ayah di Senggarang. Pakcik2 aku yang jauh2 sume balik. Sangat seronok. Jumpa sepupu2 yang kecik lagi ni. Aku rasa diorang macam tak penat. Dari celik mata pagi sampai nak tido memang berlari aje kejenye. Mengagumi sungguh aku dengan keaktifan diorang tu. Bila ngantuk tiba2 je tengok da tido kat tempat main dia tu. Hehe. comel sungguh.

Ni baru 2 orang anak sedara yang dapat ditangkap gambarnya..Yang lain da terlepas. Yang kecik ni adek dia baru 4 bulan tapi sangat baik.

En suami menolong diorang meracik2 daging korban. Tahun ni makwe (nenek kitorang) korban sekor lembu sambil berkongsi dengan anak2 dia semua. Banyaklah daging korban yang dapat n dibahagi2kan pada orang2 kampung n kitorang ni pun dapat bawak balik banyak daging jugak. Aku taktau lah berapa lama aku akan simpan daging tu. Bahagi2kan dengan jiran sebelah pun masih berbaki banyak. Maklum lah tinggal pun berdua je. Takkan hari2 nak makan daging plakkan..

Tengok pakcik2 n sep…

Surprise itu kejutan bahagian 2

Tak sabar nak update citer pasal semalam. Nak dijadikan citer, henpon yang aku nak bagi en suami tu sepatutnya sampai kul 6ptg tapi dia sampai pukul 640petang.(banyak kedai takde hitam, ni kedai aku jumpa kena order dulu). Sambil menunggu semua settle, en suami da call. ADUH!!! LAKI AKU DA SAMPAI RUMAH. Gabra ok. Dia da tanya aku gi mana. Kata nak beli keledek goreng je. Tapi awatnya da dekat kul 7 tak sampai2 rumah lagi. Dia da mula tanya macam2. Aku cakap aku gi kedai depan. Jap lagi aku balik aku citer. Cehh konon2 macam cover baiklah padahal da peluh sejuk da.

Aku suro orang kedai melajukan pergerakan diorang tu sebab suami aku da sampai rumah. Dengan jem lagi nak sampai rumah. Memang masa tu aku berharap ada orang tolong cipta kereta bole terbang atau tiba2 kete aku ada power untuk terbang. Sampai depan rumah...jeng..jeng..jeng..en suami da buat muncung panjang sedepa. Mak da gelabah ok. Wajiblah dia marah. Aku kunci pintu rumah ok. Dia kena tunggu kat luar rumah agak lama. Kesian…

Surprise itu kejutan

Kamu suka SURPRISE? Saya suka SURPRISE tapi yang baik dan menyeronokkan sahaja. hehe. Hari ni ada surprise untuk en suami. Saya tak tahu dia suka tak tapi saya harap dia suka. Takde event apa2 tapi saya memang da lama plan nak buat surprise untuk dia dan hari ni baru termakbul, Alhamdulillah.

p/s: skali skala buat surprise selepas berkahwin rasa seronok :)

P Ramlee ~ Idola sepanjang zaman

Kalau korang perasan, few weeks ago (aceh omputih gitu) n rasanya sepanjang bulan lepas, diorang da 'launch'kan bulan mengenang P Ramlee. Seniman agung Malaysia. Cerita2 P Ramlee semua orang tahu. Even dekat Astro siap ada dokumentari pasal Allahyarham. Kalau tanya sape2 pun, semua akan cakap cerita dia tak pernah jemu ditonton. Even budak2 kecik yang umur 5 6 tahun pun pandai tengok cerita P Ramlee. Bayangkan hebat tak hebat nya dia ni.Genius yang pandai buat filem dan lagu. Bahasa cukup halus dan indah n kalau dengar lagu dia, sampai sekarang bole tertusuk2 dalam hati ni.

Rasanya belum ada lagi orang yang mampu tandingi kehebatan dan bakat seni persembahan Allahyarham. Padahal beliau bukanlah orang senang pun masa hidupnya. Dihina dicaci lagi. Buat filem tanpa fikir keuntungan pun. Minat semata2. Kalau dia hidup sekarang mungkin da kaya raya da dia. Kita sibuk2 dok pikr macam mana nak masukkan elemen 1 Malaysia dalam cerita tapi P Ramlee takde masalah pun nak include pelakon…

Diari oh diari

kool betul ade diari macam ni

Dari aku skolah rendah *aku rasa dari darjah 4 kot* aku suka tulis diari. Masa tu aku takde duit sangat nak beli diari yang ada mangga ni. So ape aku buat adalah aku beli notepad n tebuk lobang pastu beli mangga kecik letak kat lobang yang aku tebuk tu. Konon tulah tempat aku luah perasaan. Lepas tulis sume kat situ, hati jadi ringan macam hilang beban2 dalam hati aku ni. Bila hilang diari tu da gabra giler cari kat mana letak sebab slalunya letak kat tempat rahsia yang orang tak jumpa. Slalunye cite pasal tak puas hati dengan kawan atapun bile admire dengan budak laki lah kan. Ayat dalam diari ala2 macam nilah:

7 Januari 1994
Hari ni A tengok aku sambil senyum..Alamak!!!die senyumlah. Agaknya dia suke aku tak? (ayat2 perasan sinri sebab tau takde orang nak baca kan)

Selalu nye pendek2 macam tu jelah sebab notepad je pun kan..besar manalah notepad tu. Tambah plak masa kecik2 tulisan memang besar. Maklumlah baru abes blaja pakai buku garis 3.Update diari buka…

More baby stuff

Semalam Ahad sudah berada di rumah. Baju menimbun perlu dicuci. Nasib ada manusia yang meng'invented' washing machine. Ringanlah beban hidup sikit. Tiba2 En suami ajak pi shoping barang baby petang tu. Wee..seronok. Tinggal barang2 toiletries dia dengan feeding dia macam botol susu etc sume tu je yang belum dibeli. Yang lain rasanya da ok.


muke serius tak bole blah..ingat orang takutlah tu :P

Baby cot suda dibeli. Belum pasang lagi. En suami kata tunggulah bulan 1 nanti baru pasang. Bilik baby pun tak tau nak buat kat mana. Aku rasa aku akan guna bilik belakang je sebab bilik tu tak dipakai lagi dan paling dekat dengan dapur cuma nanti masa tido sorong jelah katil dia gi bilik kitorang. Baby cot ni brand baby cherry. Paling murah yang kitorang jumpa setakat ni. Dalam RM200 saja. Tapi bole pakai sampai umur dia 2 tahun kot..(agaknyalah). Sangat ceria baby cot dia ni. Colourful n penuh gambar2 kartun kat keliling die (lupe nak amik gambar).

Then kitorang beli jugak dia punya lampin…

Deepavali 2010

Deepavali taun ni beraya di KL. Bersempena dengan weding kazen di Seremban kitorang berjalan2 di KL. Jumpa kawan2 yang sempat. Dari pagi sampai ke malam berjalan lepas tu da penat giler da. Tak payah citer banyak. Jom layan gambar!

kami on d way ke KL..muke segar bugar lagi masa ni

sampai KL terus jumpa ieja..rindu kat ieja!

pastu sesi makan tengahari dengan Ammar n didi..Mereka berdua ni makan sangat banyak..isk3

Then jumpa So yang da bertahun2 tak jumpa..terubat rindu di hati ini..acehhh..pemanis mulut yang wowweee..

malam jumpa kawan2 en suami..makan western yang dahsat..ni atas ni name die special grill(sume muka tak sabar tunggu makanan)

Esoknya kami ke Seremban

Ok b, da lulus untuk jadi seorang ayah..hehe

p/s: Jalan2 kat Sg wang jumpa jam idaman..wah, terus sambar menyambar..hehehe
p/s 2: lepas ni gi weding da tak bole pakai baju kurung or kebarung dan yang sewaktu dengannya..pinggang da tak muat..hehe

Rindu masa zaman2 ini

Bukak hard disk yang da lame tak bukak. Jumpa gambar2 lama. Rindu nak balik ke zaman2 itu.


Oh yesss..saya dulu memang chubby sedikit..ada lagi yang lebih chubby tapi tak jumpa plak gambar2 tu (tipu!)

p/s: rindunya pada geng2 upm dulu :(


KL aku datang!!!!

Ya rabbi..lembapnya internet kat lab ni tuhan aje yang tau. Serius menguji keimanan. Sekejap ada, sekejap hilang lagi. Da macam biskut lah plak. Esok akan pergi berjalan2 ke KL. Sabtu ada weding di Seremban. Wahhh..sungguh tak sabar. Rindu betul nak jejak kaki ke sana.

Macam biasa da mula roger kawan2 kat sana walaupun ada yang tengah berkursus n ada yang tengah bercuti. tapi takpelah jumpa sape2 yang sempat. Agenda utama nak gi jalan2 soping (walaupun sebenarnya 'green'nye tak brape nak ada..hehe) Window soping pun jadilah kan..KL sila nantikan kehadiranku :D

Pada malam itu

Semalam malam pergi makan di restoran Thai bersama FIL..sebabnya arini besday ayah mertuaku *wink*wink*. Aku tak ingat plak nama restoran ni tapi makanan Thai dia memang sedap. Jom layan gambar2 n jangan terkejut mak buyung ni da membesar..hehehe

Tetiba perut ni membesar. Dari tak nampak sekarang sudah jelas kehadirannya..hehe.

Untuk ayah mertuaku, Happy Birthday ayah. Semoga panjang umur dan murah rezki selalu. Diberkati n dirahmati Allah selalu. Aminnn..