C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, November 29, 2010

Chocolate Truffle resepi


Ok..seperti dijanjikan. Aku da buat da chocolate truffle tu. Rasanya sedap. Memang sedap. Macam tak pecaya bejaya buat coklat sinri. Part paling susah adalah masa nak bulat2kan dia sebab dia akan mencair di tangan. Tapi macam pembuat2 coklat yang pro itu berkata, tak perlu perfect round sebab nak nampak keaslian homemade chocolate tu.

Ok tamo cite lebih2. Meh kita tengok resepi dia.

Bahan2:
1. 1 cawan heavy cream
2. 14oz dark chocolate
3. 8oz extra dark chocolate (ni nak buat second layer dia nanti)
4. 1 1/2 cawan serbuk koko (cari yang sedap2 k sebab nak salut coklat pakai ni)
5. 3 sudu teh butter (optional)

Kita akan buat 2 bahagian. Mula2 kita buat 'Ganache' dia dulu.
1. potong coklat yang 14oz tu kecik2. Macam korang racik2 gula melaka. Ni supaya dia senang larut. Taknak dia berketul2 nanti.
2. Susu tadi kita panaskan atas api. Bila dia da mula mendidih tu, tutup api n campur dengan coklat yang da diracik2 tu.
3. Kacau sampai susu n coklat sebati. (sebab tu kena potong coklat kecik2)
4. Kalau nak masukkan butter, masukkan sekarang supaya dia sebati.

Biakan 'Ganache' ni sejuk sket lepas tu kena 'keras'kan 'Ganache dengan masukkan dia dalam peti ais. Masuklah dalam 2 3 jam da ok. Coklat ni takkan mengeras sangat. Lagi pun kita nak buat bola2 api guna 'ganache' ni. hehehe.

Sekarang da bole buat truffle!!!Yeay!!
1. Amik 'ganache' tadi guna sudu n buatlah bola2 kecil. Guna tangan je gelek2 dia kasi die membulat. Letak atas kertas minyak. Bila da abes buat bola2 coklat, amik 8oz dark choclate tadi, Masak dia guna kaedah double-boiler sampai coklat cair.
2. Bila da sejuk sikit, celup bola2 tu dalam coklat cair tu pastu terus letak dalam serbuk koko supaya serbuk tu menyelaputi bola2 coklat tadi n siap!!!!

Senang amatkan?? Korang kena try. Nanti kalau da pandai sket bole pakai kacang hancur supaya jadi macam ferrero rocher. Or bole hias dia pakai coklat putih or kelapa. Gunakan kreativiti korang k.

3 comments:

~ SueHarriz ~ said...

B mmg POWER!!! wohooo!!

nurarinab said...

trimakaseh sue..sila cuba yer..

Anonymous said...

Kalau ganti heavy cream dgn cream cheese boleh x?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails