C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, November 22, 2010

Cuba teka?? *wink*wink*

Arini di Johor cuti sebab hari keputeraan Sultan Johor..Daulat Tuanku. Gumbira hati patik kerana tuanku memberi cuti kepada rakyat jelata sekalian. Ok..ok..ni nak citer pasal scanning baby hari Sabtu lepas. Sudah 7 bulan.Yeepie! Perut makin membulat n sedang makin meng'expand' dengan jayanya.

So, Sabtu selepas mengemas rumah dengan en suami, kuar untuk cari klinik yang ada scan 4D. Tak sabar nak tengok muka ini baby sebab kalau da masuk 8 bulan, tak bole da scan 4D tu sebab baby da besar sangat, susah nak cari muka dia nanti. So sebole2nya cari klinik scan 4D yang bukak on weekend. Pergi area Pelangi sebab sana banyak betul klinik2 kesuburan dan klinik gigi.

Pegilah satu klinik ni. Nama dia England W. S. Nampak macam eksklusif aje kliniknya. Nak masuk pun ala2 seram tapi en suami kata pegilah tanya dulu. Masa tu da pukul 1. Tanya2 diorang memang ada buat scan 4D tu tapi doktor ada kat klinik pukul 230. Takpe, kitorang register je dulu. Nanti kitorang datang balik. Punyalah excited. Datang klinik pukul 230, orang penuh dalam klinik tu. Tapi nasib baik selesa je dalam tu. Tapi tunggu punya tunggu, nama tak kena panggil lagi. Da dekat pukul 4, aku pun tanya nurse kat kaunter tu, doktor tengah berehat ke. Dia kata doktor bukan berehat. Dia gi Kempas sebab ada orang bersalin. Lorrr..

So aku dan en suami decide untuk kuar kejap. Nanti dalam 415 kitorang datang balik. Pegi jalan2 jap kat shoping kompleks depan tu. Kul 430 baru sampai klinik balik. Kebetulan masa tu nombor aku sedang dipanggil. Hehehe..seronok ok. Dapat jumpa doktor.

Mula doktor scan 3D dulu. Nak tengok organ2 dia berkembang dengan baik tak. Semua ok. Gender dia pun da dikenalpasti. Dengan tak malunya dia tunjuk pada doktor gender dia. Aku siap cakap kat doktor "Doktor, dia sudah besar!". Doktor pun gelak2 cakap, "memanglah sudah besar. Dia sudah 7 bulan" dalam pelat2 cina dia. Nampak anak aku bulat2. Comel sungguh. Lepas scan 3D baru scan 4D. Disebabkan dia da besar, tak dapat nak scan penuh satu badan, amik muka dia aje. Nak scan muka tu pun, nurse kena tolak dia naik ke atas. Muka dia pun berkerut2 sebab kena tolak rapat ke atas. Haaa..first time tengok expression dia.

Bila doktor scan je muka dia. Aku terus tahu dia muka sape. Hidung dia, mulut dia sebijik macam ayah dia. Nurse kat situ pun cakap muka ayah dia. Dia tengah tido masa tu. Mata terpejam dengan tangan tutup sebelah muka. Saya mintak doktor printkan gambar tu. Ada 4 gambar dia bagi tapi semua macam lebih kurang aje. (Jangan taktau aku nak frame kan gambar2 tu..hehehe) Ni nak bagi blogger2 sume tengok gambar dia. Silalah teka ini baby boy ke girl?? *wink*wink*

Hello everybody..See u in next three months :)

8 comments:

MyNameIsdD said...

OMG! mesti eksaited dpt tgk muke baby kan! kiutness! lagik a few months aje nih, take care arina!

nurarinab said...

tau xpe dd..dup dap dup dap jantung ni..da dpt tgk muke die rs sronok je :) mintak pasni dd nye turn plak k..

anne said...

mesti lelaki..betul tak???

CINDELLYNA said...

cepatnya masa berlalu ye....xsangka u dah 7 months!!!hehee..take care mommy-to-be!saya pun nk g scan 4d jugak 16 disember nanti @ 28 weeks!weee....!~=D

nurarinab said...

anne..pompuan lah.arina pn ingtkn laki jgk..hehe

ms.hai said...

bestnya dh wat scan 3D/4D! kita pun ngah carik klinik yg leh scan 3D/4D nie. nk tanye lah bape charge ye? sbb kita survey2 yg terdekat Pakar Puteri tp rm200 mcmtue lah.

nurarinab said...

caj yg kt cni dlm 130 je.tu pn sbb mntk print skali rs nye..kalo x rsnye x smpi 100 pun.carilah klinik england kat depan plaza pelangi tu.

ms.hai said...

oh ok...thanks for sharing ya b...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails