Skip to main content

Diari oh diari

kool betul ade diari macam ni

Dari aku skolah rendah *aku rasa dari darjah 4 kot* aku suka tulis diari. Masa tu aku takde duit sangat nak beli diari yang ada mangga ni. So ape aku buat adalah aku beli notepad n tebuk lobang pastu beli mangga kecik letak kat lobang yang aku tebuk tu. Konon tulah tempat aku luah perasaan. Lepas tulis sume kat situ, hati jadi ringan macam hilang beban2 dalam hati aku ni. Bila hilang diari tu da gabra giler cari kat mana letak sebab slalunya letak kat tempat rahsia yang orang tak jumpa. Slalunye cite pasal tak puas hati dengan kawan atapun bile admire dengan budak laki lah kan. Ayat dalam diari ala2 macam nilah:

7 Januari 1994
Hari ni A tengok aku sambil senyum..Alamak!!!die senyumlah. Agaknya dia suke aku tak? (ayat2 perasan sinri sebab tau takde orang nak baca kan)


Selalu nye pendek2 macam tu jelah sebab notepad je pun kan..besar manalah notepad tu. Tambah plak masa kecik2 tulisan memang besar. Maklumlah baru abes blaja pakai buku garis 3. Update diari bukan hari2 pun. Kadang2 seminggu skali je. Tah mana pegi diari2 aku tu. Kalo aku marah nanti aku tulis pakai pen merah. Kemain lagi nak tunjuk marah siap huruf capital.

12 januari 1994
AKU GERAM DENGAN SI B NI. KO INGAT KO LAWA SANGAT KE. SUKA HATI JE NAK MAKAN DENGAN SI A. SI A TAK PERASAN KE AKU SUKA KAT DIA. BIARLAH ALLAH AJE YANG TAHU PERASAAN AKU NI..(perghhh..macam tak caye karang ayat macam ni..hahaha)


Sekarang takde lagi tulis2 diari ni. Sume orang lagi suke diari elektronik. Contohnya macam blog2 yang ada sekarang nilah. Agaknya kalau aku buat blog ni macam diari aku dulu2 tah macam mana lah gamaknya kan. Agaknya aku tulis macam ni ek..

14 Mei 2010
Hari ni suami aku makan sikit je. Agaknya aku masak tak sedap or agaknya dia da lunch dengan orang lain tak kat ofis? Kalau dengan pompuan lain macam mana? Pompuan tu anak dara ke mak dara ke janda?

haha..tak bole blah syak wasangkanya tu kan. Aku slalu kalau tertanya2 macam tu aku straight je tanya dia. Kalau en suami gagap nak jawab tu, cakap pun tak pandang mata pastu cuba nak elak2 jawab soalan tu haa maknanya positif lah tu. hehe. Tapi setakat ni Alhamdulillah. takde lagi aku rasa dia macam tu. Pastu nanti esok tulis lagi diari.

15 Mei 2010
Patutlah laki aku tak selera makan semalam. Man U kalah rupanya. Penat je aku syak bukan2..

Pada aku habit aku suka tulis diari tu bagus jugak sebab kurang2nya aku rasa macam aku da luahkan perasaan aku pada seseorang n tu adalah privasi aku untuk tulis sume benda yang aku tak puas hati. So takdelah terpikir nak buat benda bukan2 macam lari dari rumah ke, lari dengan laki lombok ke kan..Sume orang ada cara dia sinri nak luahkan ape die rasa. cuma betul ke tak kaedahnya tu, tu kena lah kite pikir2kan.

Comments

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…