C o m e A n d J o i n M e =)

Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Haji 2010

Semalam Raya haji. Aku dan en suami balik ke kampung ayah di Senggarang. Pakcik2 aku yang jauh2 sume balik. Sangat seronok. Jumpa sepupu2 yang kecik lagi ni. Aku rasa diorang macam tak penat. Dari celik mata pagi sampai nak tido memang berlari aje kejenye. Mengagumi sungguh aku dengan keaktifan diorang tu. Bila ngantuk tiba2 je tengok da tido kat tempat main dia tu. Hehe. comel sungguh.

Ni baru 2 orang anak sedara yang dapat ditangkap gambarnya..Yang lain da terlepas. Yang kecik ni adek dia baru 4 bulan tapi sangat baik.

En suami menolong diorang meracik2 daging korban. Tahun ni makwe (nenek kitorang) korban sekor lembu sambil berkongsi dengan anak2 dia semua. Banyaklah daging korban yang dapat n dibahagi2kan pada orang2 kampung n kitorang ni pun dapat bawak balik banyak daging jugak. Aku taktau lah berapa lama aku akan simpan daging tu. Bahagi2kan dengan jiran sebelah pun masih berbaki banyak. Maklum lah tinggal pun berdua je. Takkan hari2 nak makan daging plakkan..

Tengok pakcik2 n sepupu2 meracik2 daging..Meriah alam.

Arini ingat nak gi lab tapi nak basuh baju menimbun. Takut nanti kalau takde rumah karang tibe2 kena ujan plak baju (perghhhh alasan memang tak bole blah). Aku buat keje kat rumah je. Memang kena siapkan sebab next week nak present pada SV. So baiklah siapkan sebelum kena soal bertalu2kan. Kebetulan pagi tadi aku nye order untuk belly button belt sampai. Aku susah sangat nak cari suar pregnant2 yang cantik ni. So pe aku buat aku beli belly belt button kat internet untuk pakai dengan suar2 jeans aku yang lama.


Ni dia belly belt button yang aku cakap tu. Ada 2 saiz, besar n kecik. Kalo perut tambah besar, bole combine2 diorang kasi lagi panjang..

Slalunya kita tak muat kat bahagian2 perut tu kan. Kaki n tempat lain sume ok lagikan. Sama gak macam baju kurung. Belly belt button ni bole pakai kat suar n baju kurung jugak. Aku beli dari website littlewhiz sebab dia paling murah setakat ni yang aku jumpa. Lagi pun pas beranak bole simpan balik benda ni n pakai untuk next pregnancy.

1 comment:

Mr Lonely said...

nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails