C o m e A n d J o i n M e =)

Sunday, November 28, 2010

Mashed Potato Recipe

Chocolate truffle baru dibuat pagi tadi. So kalo hasilnya memuaskan, aku bagi kawan2 semua resepi nya yang sangat amatlah mudah. Semalam aku 1st time aku buat fish n chip. Aku blaja beberapa benda baru semalam, tepung fish n chip tu, mashed potato, mashed potato gravy dan jugak coleslow. Tapi aku rasa tepung fish n chip tu aku buat tebal sangat. En suami kata sedap.

Yang paling senang aku rasa buat mashed potato tu. Tak sangka sebenarnya senang je nak buat mashed potato tu.
Bahan2:
5 biji kentang
1/2 cawan susu
1 sudu butter (kalo nak rasa lemak lagi, tambah butter)
garam n lada hitam (secukup rasa)

Kaedahnya:
1. Kopek kentang n rebus sampai kentang jadi lembut. Macam mana nak tau dia da lembut, cucuk dengan garfu n rasa dia da lembut. Bila da masak, toskan dia supaya air rebusan tak berkumpul dalam kentang.
2. Kemudian lenyek kentang tadi gunakan senduk ataupun garfu ataupun masher. Tambahkan garam dan lada hitam, susu suam dan jugak butter. Lenyek sampai semua sebati. Kalau korang suka lebih pedas n masin sedikit bole tambahkan lagi garam dan lada hitamnya. Wallah!! Siap!!


Macam ni pun da sedap sebenarnya tapi mesti korang suka makan dengan gravy mashed potato tu. So pe aku buat, aku beli kiub pati ayam dan jugak perencah berlada hitam Maggi. (1 paket) Didihkan air dalam periuk. Dalam secawan (kalau nak pedas), 2 cawan kalau nak cair sedikit. Masukkan 1 kiub pati ayam. Reneh sampai larut then masukkan perencah lada hitam tadi. Biarkan dia didih sampai pekat. Siap!


Korang kena try resepi ni sebab sedap sangat n mudah. Bole bagi anak2 kecil makan.


3 comments:

ELLY said...

Susu tu guna susu apa erk? nak try la, mcm senang jerk...hehe

nurarinab said...

pakai susu fresh milk dutch lady tu je..mmg sng..try ek..

Nurafiqah Hani Kamarudin said...

waaa. nampak best dan senang. ingin mencuba :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails