C o m e A n d J o i n M e =)

Thursday, November 25, 2010

Tips untuk bershoping secara berhemat

Kalau korang pegi shoping barang dapur, slalunya korang semak tak harga barang2 yang korang beli? Aku agak concern dengan benda2 ni. Bukan apa, kadang2 kita terlampau memilih branding dan takut untuk cuba produk2 yang baru yang kurang terkenal jenamanya.

Contohnya macam kalau aku beli sabun basuh baju. Jenama macam Dynamo memang kita kenal sebab iklan dia slalu kuar dalam TV. Dan setelah diperhati2kan, harganya antara yang termahal untuk detergen. Aku slalu lebih suka mencuba sabun2 yang kurang terkenal jenamanya. Contoh kalau aku pegi Carrefour, aku akan beli detergen yang dikeluarkan Carrefour. Brand2 ni slalunya dia murah sebab dikeluarkan sendiri oleh tempat tu. So banyak kos dikurangkan. Kalau pikir2 balik, setakat cuci baju yang kita pakai sehari2 tu bukannya kita ni keje dalam lumpur pun kan. n pecaya atau tak, aku prefer bau sabun Carrefour dari Dynamo. Bau dia macam bau sabun baju yang kedai2 dry cleaning pakai. Aku da pakai sabun Carrefour ni 3 tahun. Memanglah ada yang macam terkejut masa aku beli sabun ni sebab macam tak caye keberkesanannya. Tapi try lah. Kalau tak puas hati bole tukar balik ke brand yang korang suka. n start beli pek kecik. Lagi pun bole jimat sampai RM5. So apa salahnya mencuba.

Sama jugak macam benda2 lain, kalau aku nampak ada yang menawarkan harga2 yang hebat, aku akan cuba. Kalau rasa tak serasi, aku akan tukar balik ke brand yang biasa aku pakai. Lagi macam barang2 yang bole refil macam sos, mayonis, sabun basuh pinggan, aku akan go for option untuk refil instead of beli yang baru. Bole save dalam RM2, kadang2 lebih. Macam sabun basuh pinggan. slalu kalo beli brand2 macam sunlight, harga sebotol dalam 6 7 ringgitkan. Sebotol pun dalam seliter aje. Biasa aku beli brand macam Glo yang 5 liter. Sebotol tu dalam 10 ringgit. Nanti aku refil je balik dalam botol sabun yang seliter tu. So nampak bezanya kan. Kalo yang sunlight 5L da RM35. Bole save RM25. Banyak tu. n aku pun jenis alah dengan sabun2 basuh pinggan. Kalau tak kena memang abes terkupas2 tangan tapi aku tengok Glo ni ok je. Sental minyak pun memang efektif.

Macam mayonis, beli botol yang 500ml brand lady's choice dalam RM8. beli refil dia 1L pun RM8. So botol2 mayonis korang tu jangan buang, bole pakai semula or even better, beli bekas untuk isi benda2 yang bole refilnya. Cari yang kedap udara so terpelihara keselamatan barang tu. Then untuk barang2 elektrik, aku takut sket nak beli brand2 yang tak dikenali ni sebab penah skali tu kettle yang aku beli bakar suis rumah sampai kuar api. Nasib takde benda2 yang pelik2 jadi. So apa aku buat, aku cari brand2 tempatan yang murah tapi known well brandnya macam Pensonic, Khind. Kalau cek harga2 dia pun bole beza sampai RM20 - RM30. Kena support brand2 Malaysia ni. Brand2 macam ni, diorang export ke luar negara. So oklah kan.

Aku dan en suami pun suka kalau dapat flyers2 pasal jualan2 murah barang2 dapur ni. So dari situ bole tengok barang2 murah yang kita nak cari. Biasa diorang (pasaraya2 besar) ni every month ada promotion barang2 yang diorang turunkan harga. Survey2 lah supaya bole tau harga pasaran benda2 ni. Might be ada yang cakap aku macam berkira or kedekut sume tapi pecaya tak bila beli barang dapur ni skali harung, dapat save sampai RM100 tak rasa berbaloi ke? Kalau beli setakat 1 2 barang mungkin tak nampak sangat perbezaan dia. Tapi kalo macam aku dengan en suami ni, skali beli memang pukal. Lagi pun diorang kan letak semua item yang sejenis sebelah menyebelah, lagi senang nak buat comparison ye tak? Beli yang worth for your money and have a good quality.

3 comments:

i3na said...

waaaa bestnya Info..
nak try ler sabun carefour tuh..

nurarinab said...

cuba..cuba..jgn x cuba.. :)

Anonymous said...

Saya bangga kerana pendekatan kamu dengan saya lebih kurang sama. Selama ni saya memang dahulukan produk buatan tempatan. Sedar tak sedar kita memang banyak produk jenama tempatan tapi kita leka sebab sedari kecil kita dibiasakan dengan jenama2 luar negara, contoh paling senang, masyarakat kita bila merek merujuk kepada ubat gigi, mereka akan kata:ko ada colgate? Bila merujuk kepada mee segera akan dirujuk sebagai "maggi" sedangkan kita ada jenama sendiri. Bersempena dengan kempen boikot produk2 keluarn syarikat luar negara yg menyokong kezaliman Israel ke atas Palestine, ayuh semua... marilah kita memilih untuk menggunakan produk2 buatan Malaysia. #StandWithGaza #BoycottIsrael #SavePalestine

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails