Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Hello..my name is..

source: google image

Aku masih mencari2 lagi nama untuk si kecik dalam perut ni. Adalah beberapa nama yang aku suka dan makna dia pun cantik2 belaka. Azam taknak letak nama panjang2 macam mak dia tapi taktaulah kalo berubah hati plakkan. Hehehe. Leceh bila nak isi borang. Kadang2 sampai tak cukup petak nak letak nama bapak. Aku ada beli buku nama2 yang indah dalam Islam n ada jugak aku survey dalam internet.
Aku perasan nama ni main peranan. Slalunya perwatakan akan tercermin melalui nama. Macam masa aku skola ada 3 orang budak nama dia semua sama. Perangai pun lebih kurang aje sama. Takdelah sama sebijik tapi ada persamaan a.. Macam aku nama Nur Arina Bazilah n ada kakak yang nama dia pun sebijik sama macam aku. Sekarang Kak Arina keje as lecturer Math kat UTM n aku pun ade kat UTM amik Math jugak. Tak ke kebetulan yang serupa tu.
Korang ada cadangan nama yang sedap2 tak n makna yang baik2? Laki n pompuan. Aku nak tau. Mana tau bole pinjam idea.. :)

Tahniah Harimau Malaya!

Akhirnya Harimau Malaya menang Piala AFF Suzuki. Julung2 kalinya yer. Atas sebab itu, PM memberi cuti pada hari Jumaat. Walaupun aku dan en suami geram tengok cara permainan Malaysia malam tadi, tapi aku rasa ada sebab nape diorang main macam tu. Malaysia lebih banyak defence dari attack. Tapi nasib baiklah masa game kat Malaysia aritu diorang da pulun habis2an.

masing2 excited..yang tak main pun sorak2, inikan plak tuan punye badan :)

Tapi aku rasa team Malaysia da mula menampakkan perubahan. Player2 yang baru ni nampak lebih bersemangat waja dan permainan pun lebih teratur. Especially si Safee Sali. Gua memang tabik spring toing2 kat lu. Adik pompuan gua single lg, nak masuk minang tak? (tak bole nak promote diri sinri kan..hahaha) Tahniah aku ucapkan pada Raja Gobal and tentera2nya. Korang memang rock!!! Dapat bonus nanti blanje eh *wink*wink*

Safee Sali tunjuk piala selaku penjaring terbanyak..dapat kasut emas eh ko??eh silap anugerah kasut emas..tahniahlah yob!

Gambar dari bharian

Sabar yer baby

Sudah mula berdebar2. Si kecik dalam perut semakin aktif meregangkan badan. Kalau masa nak tido, skali die keraskan badan dia..memang tak bole tido dibuatnya. Sabar yer baby, lagi 7 minggu je lagi. Nanti pasni tak bole manja2 lagi dalam perut tau.

muka mommy yang excited tak hengat (^u^)

2010 Wrapped Up!

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik (10juta kali) da nak abes da taun 2010 ni. Teringat 10 tahun dulu masa masuk zaman Millenium (macam aluminium) siap tanya pada diri sinri, agaknya 10 tahun akan datang macam mana lah aku ni. Buat apalah masa tu..Haa da terjawab da. Da berkahwin, tengah membuyung pun. Hehe.

Tahun 2010 aku rasa macam tahun perubahan untuk aku. Status bujang ke status berkahwin. Isi borang da tak bole da nak berangan letak bujang kan..Jalan2 pun da tak bole pandang laki lain dengan harapan nak ngorat mamat tu. Haha. Kalau jalan sorang2 takpa nak buat perangai lagu tu (haippp..tak baik..dosa!) Iskkk..takde..takde..Aku stail jalan tak pandang kiri kanan pun, dahlah rabun, kadang2 kawan sinri pun tak prasan sebab muka diorang kabur2. Da dekat nanti diorang tegur barulah prasan rupanya tu kawan sinri. Da orang ingat aku sumbung kan.

b, jom main kawen2 lagi :)

Tahun ni jugak aku dapat pergi ke Phuket dan Krabi selama 8 hari. Lepas tu malam ke 7 sibok dok bangun kul …

Resepi puding kastard

Hari ni nak bagi resepi puding kastard. Puding ni kalau puasa memang melambak orang jual. Yang warna kuning, ada kuar berisi buah2an di dalamnya. Bayangkan aje pun da tergiur2 gitukan. Aku blaja buat benda ni dari makngah aku. Masa tu aku praktikal. Dok rumah dia. Aku nak buat untuk cikgu2 kat skola yang aku praktikal tu. So makngah ajar aku buat. Senang kacang goreng yer kawan. Bila tengok kat bazar Ramadhan jual Rm2 semangkuk pastu rasa nye mengecewakan..haihhh geram sungguh (nak emosi plak). Ok mari mulakan blaja memasak ini.

Bahan2:
Bahan A:
1. Tepung custard 2 cawan (kalo nak lebih, tambah lagi ok)
2. Air 8 cawan

(Ini untuk buat pudingnya. Nisbah untuk puding ni 1 bahagian tepung custard campur dengan 4 bahagian air. Maksudnya kalau letak secawan tepung custard tambahlah dengan 4 cawan air.)

Bahan B:
1. 3 tin susu sejat
2. 3 biji telur (ambil kuningnya sahaja)
3. Gula secukup rasa
4. Air
5. Satu tin buah2an campur

Cara membuatnya:
Bahan A
1. Kita buat puding dulu, campurkan bahan2 A. Letak dal…

Set Bersalin Amway

Da janji ngan korang nak citer pasal set bersalin yang aku amik tu..Akhirnya atas recommendation beberapa orang kawan2, aku amik Amway Post Natal Set. Harga dalam RM240. Pada aku sangat berpatutanlah dengan apa yang disediakan dalam pakej tu. Ada pakej yang lebih murah tapi aku tengok tak lengkap. Bila ditambah2 akhirnya harga nya jadi lebih kurang (lebih mahal lagi).

Set Amway ni ada untuk dimakan dan minum n satu lagi untuk luaran. Yang untuk makan minum tu ada teh herba, herba pas bersalin 1 dan 2. Yang untuk luaran ada herba pembersih wanita, herba mandian, herba peramping perut (tapel), param, pilis, minyak urut dan minyak untuk baby. Lepas tu dia siap bagi bengkung skali.



Dia siap bagi buku panduan menggunakan barang2 dia macam contohnya herba pembersih wanita digunakan sejak hari pertama selama 20 hari. Benda ni kena pakai macam bertangas. Rendam dalam air suam n then letak dalam besen n silalah dok di atas larutan tu (kena rendam vagina kita dalam tu yer). Ala2 ngeri kan tapi ra…

I Love LOAFERS!!!

Heho (tu maksudnya Selamat) Semalam adik ipar da anta set bersalin yang aku kirim. Tq dek. Buat susah je datang malam2 anta. Hehe. Nanti kalau sempat aku cite ngan korang pasal set bersalin ni sebab aku rasa sangat menarik dan lengkap. Siap semua param, pilis, bengkung n lg menarik siap bagi ubat untuk bertangas. dan siap die bagi macam mana nak pakai semua2 tu melalui program 44 hari berpantang yang telah dicadangkan dalam buku panduan dia. I likeeee nyah.. :P

Hari ni cite pasal 1 benda yang terasa sangat nak cari dan beli tapi taktaulah patut ke idak membelinya. Aku nak beli kasut baru. Aritu ada beli kasut konon nak pakai masa pregnant. Belilah kat modernmum. Kasut coklat ade reben lagi tapi hampeh sampai laaa ni dia dok je kat rak kasut sampai pudar warna dia. Aku rasa sebab dia keras sangatlah. Material tak besh.

Aku kalau jalan2 kasual ni memang suka pakai kasut aje. Tapi bukan sandal or slipper. Jalan sekejap2 bole a. Tapi kalau tujuan nak bershoping ataupun kuar bercanda, kaki a…

da 26 ke??erkkk

Hari ini suda berumur 26 tahun.. Tua kah?? Rasa macam muda je lagi. Dulu masa kecik2, kalau 26 tu macam da besar sangat tapi sekarang bila da 26 rasa macam muda lagi..hehehe.. Apakah wish aku untuk umur 26 ni?? Sama macam orang lain, nak umur panjang, rezki makin dimurahkan, dilimpahi rahmat Allah n yang baik2 belaka.

Semalam malam da celebrate dengan en suami. Nak masak spesial2 memang leceh sket weekdays ni. So kena tunggulah weekend tapi taktaulah larat tak sebab sekarang ni nak diri lame2 memang confirm pastu tak rasa kaki dah. Bila macam ni rasa tak sabar plak nak tengok si tecik sorang ni. Hari2 dok usap dia dalamperut, pesan macam2, borak macam2.

Cakap dengan en suami semalam, tahun lepas celebrate jadi tunang2an, tahun ni da kawen siap tengah sarat. Huh, masa sangat mencemburui ku (cemburu ke diorang ngan aku??) Ok2 cite pasal malam tadi, beli 4 slices kek kat secret recipe. Aku punya 1 je, lain sume en suami punya (eh..eh..sapenye besday ni??) Makan dekat el migos..makanan dia …

Sungai dalam Lautan (underwater river)

Nampak status update Halaqah dalam FB pasal 'underwater river'. Apa 'underwater river' ni? Oklah, kalau cakap river mesti korang tau apekan. Maksudnya sungai. Kalau underwater tu ape plak? Slalu kalau cakap underwater world apa yang korang bayangkan? Mestilah dunia dalam lautan betul tak? So underwater river ni adalah sungai dalam lautan.

Mesti tertanya2 macam mana bole ada sungai dalam laut. Macam tak logik. Air dengan air mestilah bercampur kan. Seorang penyelam bernama Jacques Yves Costeau (dia adalah pencipta goggles) ni telah terjumpa underwater river masa dia menyelam di Mexico. Bayangkan dlam lautan ni, ada sungai yang mengalir and ada daratan tanah yang siap ada dahan2 dan daun2 yang berguguran antara sungai yang mengalir tu. Dan bertambah pelik bila dalam laut daun2 ni tak terapung pun.

Yelah, kalau kita masuk dalam air, even rambut kita pun akan terapung2 betul tak. Tapi daun ni macam kat darat, stay je atas tanah tu. Masya Allah. Kuasa Tuhan. So kisah ni nak d…

(Asal weekend je macam ni) x 2

Bila weekend je rasa cepat je masa berlalu. Tup..tup..tup.. da isnin..tup..tup..tup.. da isnin. Menyam betul lah.. Kalau Isnin tu nak tunggu petang kemain lambat lagi nak berlalu. Weekend lepas adalah weekend untuk en suami bersuka2. Maklum kawan baik dia pulang ke kampung, kawan baik satu lagi buat majlis kahwin abang dia. So bolelah mereka ber'gather'2 di majlis. Aku tukang support je. Hehe.

Sabtu tu pegilah wedding abang kawan dia. Majlisnya taklah besar2an. Seronok juga pegi majlis yang simple2 ni. Tak rasa sesak dan sangat sempoi je. Macam gi open haus en suami kata. Kemain lama dok dekat majlis ni..aku rasa dari start majlis sampai pengacara majlis cakap majlis da tamat da. Hehehe..perli ke ape. Meh layan gambar kejap.

ni batch pertama yang sampai

batch kedua yang juga kumpulan pelawak

En suami dan aku cuba berentap mengatasi high score

Acehhh..konon tak pandang kamera..menyampah..

Malam Sabtu bagi en suami bersuka suki dengan kawan2 dia. Aku dudok rumah ibu, tido awal. Mata n…

Set bersalin apa yang bagus?

Mau mencari set bersalin next month. Aku tak tau set ape yang bagus tapi aku macam nak cuba set bersalin Amway. Sudah diketahui yer kawan2, vitamin2 dari Amway sememangnya berkualiti. Kalau korang pregnant, slalunya doc akan nasihatkan supaya jangan makan vitamin sebarangan yang dibeli dari farmasi tapi kalau kamu cakap kamu makan vitamin Amway, doc akan approved. So maksudnya vitamin Amway ni memang boleh dipercayai.

Amway post natal set

Ada jugak aku tanya kawan2 set bersalin yang diorang pakai masa berpantang. Ada yang cadangkan Leesa, Ammy 60 days, Nona Roguy n macam2 lagilah. Tapi slalunya mesti ada je yang diorang cakap kurang dalam set bersalin tu. Kalau kawan2 yang da pernah bersalin or tau pape product yang bagus, tu silalah suggest set apa yang bagus.

Kenangan lama

Masa kecik2 aku macam laki. Konon2 nak jadi lasak ar tapi hampeh, bila kena buli aku nangis dulu sebelum sempat dak tu datang cari gaduh. Sekolah dulu pernah gaduh ngan sorang budak laki ni. Serius gangster habeslah dengan dia. Tapi gaduh main pakai orang tengah. Aku pun tak ingat macam mana bole gaduh ngan dia. Alik2 je da gaduh. Masa tu tak pakai henpon lagi, so gaduh pakai mulut mintak orang tengah sampaikan.

Budak laki ni badan dia besar giler. Maklum aku darjah 6 ketinggian baru 121cm saja yer dengan berat 25kilo. Budak ni Form2 ketinggian 150cm dan berat badan 60kg. Mesti korang pelik macam mana aku tau kan. Well, sebagai manusia yang bijak, aku mesti kaji musuh2 aku dulu. (ok aku tipu, aku agak je). Tapi serius die super gaban besar. Skali dia tumbuk aku confirm muka aku hilang.

lebih kurang macam nilah aku ngan dia


Tapi sebab nak berlagak berani dan kuat, aku tunjuk beranilah gaduh main kirim2 ngan orang nikan. Sampai satu hari da tak tahan, aku pi face to face jumpa dia. Aceh pa…

Cek up oh cek up

Hari ni pegi cek up yang monthly kat KK. Kena jab kancing gigi untuk kali keduanye. Ok kali ni injek lengan bengkak. Da macam ada muscle. Sumpah2 tak tipu (memanglah sumpah2 tak reti menipukan). Tadi suda pegi cek up. Selepas ni harus pergi 2 minggu skali. Huargghhhh..tatut! (ok over!) Esok nurse suro cek gigi plak. Alamak bab2 cek gigi aku seram. Ada memori daun pisang dengan doc gigi. Isk3 kesiannya budak ni.

Ok enuf pasal tu. Pasal baby plak. Berat naik 2 kilo. Tepuk untuk diri sinri :) Bejaya tidak meminum air gula sehingga sekarang. Urine bersih. Tekanan darah ok. Sume pun ok. Bila nurse pegang2 perut untuk cek baby, dia pun cakap "Baby u besarlah". Erkkkk..aku terdiam jap. "Besar ke nurse?". Nurse angguk kepala sambil amik pita ukur dan ukut perut. Memang betul bertambah 4cm.

Wah pasti penangan coklat yang aku gilakan sejak awal mengandung. Memang lately ni aku rasa perut besar semacam. Selama ni aku slalu cakap perut aku kecikkan tapi bila masuk 7 bulan je, ak…

Menabung tanpa rasa macam menabung

Bab2 menabung ni memang bukan kepakaran aku. Kalau kecik2 simpan duit baru 2 ringgit lima posen da sebok nak pecahkan tabung. Masa tu zaman pakai tabung buluh. Buat sinri ok. Ayah pi cari pokok buluh, tebang pastu dapatlah buat 2 3 tabung. Tapi skali da pecah memang tak bole pakai lagi *sedih*.

Sekarang bila da besar, korang jangan ingat aku da berubah eh..hehehe. Masih tabiat lama omputih cakap. Simpan dalam bank. Buat satu akaun yang takde kad bank. Kalau nak kuar kena pakai buku. Bulan2 masukkanlah Rm50. Dapat 400 tiba2 da pi kuarkan jugak. Parah budak ni. So jalan selamat aku buat investment kat bank yang kena simpan 15 tahun baru matang, 25 tahun baru matang. Paling selamat belilah insurans sebab zaman sekarang punya insurans semua leh buat simpanan. Tapi nak tunggu dapat kuar tu makan masa kan.

So en suami ajar aku menabung. Jangan amik amaun besar. Sebulan tak payah simpan 100 ke 50. Sebab bila macam tu rasa banyak sangat kuarnya (walaupun sebenarnya sket aja). En suami ajar simp…

Resepi Kek Ais Krim

Semalam sebab tak masak, aku buat sesuatu yang istimewa. Buat kek hari jadi sendiri :) Bukan kek biasa tapi kek ais krim.. Mesti tak percaya kan tapi betul ni tak tipu..Sangat sedap!!! (masuk bakul angkat sinri :P) Aku terbaca macam mana Puan Nani. buat kek ni. Mesti nak resepi kan..tapi sebelum tu meh aku menggiurkan korang dengan hasil tangan sinri ;)


Sepatutnya bole buat layer2 tapi sebab takde bekas besar nak masukkan kek ais krim ni, terpaksalah buat selapis aje. Ok ni bahan2 yang korang perlukan:
1- Kek coklat tanpa krim
2- Ais krim yang dalam bekas sederhana (dalam 500ml @ 800ml)
3- Whipping krim (200ml)
4- Strawberi & coklat rice untuk hiasan

Cara membuatnya:
1- Campurkan ais krim dengan whip krim. Memang ais krim dengan whip krim akan mencair untuk sebati. Kacau sampai sebati. Kalau korang nak rasa kacang, tambahlah dengan kacang walnut hancur, kalau nak rasa biskut2 sket, tambahlah biskut oreo yang da dihancurkan k.
2- Amik kek coklat tadi, masuk dalam bekas berpenutup yang kora…

Ngiau yang mengiau

Bila bangun pagi2 nak buat sarapan en suami, mesti ada satu kucing ni datang ngiau2 mintak makan. Dulu ada ngiau lain datang mintak makan. Ngiau dulu ni gemok sangat. Rasanya kalo lari mesti lambat (walaupun sebenarnya tak). Dan sangat comel. Tapi taktau mana hilangnya ngiau ni. Tiba2 je da tak datang mintak makan cuma sekarang ada ngiau baru macam Garfield mintak makan tiap2 pagi. Yang kesian tengok mata dia. Skali dia tenung memang macam Pussy dalam cite Shrek tu. Kadang2 ikan lauk semalam da takde, aku sanggup rebuskan ikan baru nak kasi dia makan. Tak sampai hati punya pasai. Tak bole buat apelah, aku memang jenis tak sampai hati tengok kucing2 yang mintak makan ni. Kalau pegi makan kat bomba, siap ada ngiau yang kalau nak mintak makan pastu kita buat tak endah. Nanti dia naik atas kerusi pastu cuit bahu kita pakai kaki dia. Serius tak tipu. Rasa macam orang plak mintak makan main cuit2 kat bahu. lols.

macam manalah bole tak kesian tengok dia kan?

Update! Update!

Blog yang satu lagi suda di update..Nanti rajin2 visit ok :)


'For God Sake It's my Passion'

Hadiah Birthday in advance :)

Hohoho..Merry Xmas!! Tibe2 mood Xmas sebab en suami bagi adiah in advance untuk becomin besday. Besday lagi 2 minggu tapi sudah mendapat hadiah besday. Ahad lepas, mintak tolong en suami masak sebab en suami kata dia nak masakkan lauk ayam masak lemak cili api. Aku yang kepenatan tertido (excuse paling lame kononnya ter....hahaha) sebelum tengahari. Bangun2 da pukul 2. Perut meronta lapar. En suami kata dia da siap masak. Wahhhh..manyak syiok ooo. OOOOO skali skala suami masak memang sedap. Rasa macam nak suro die berenti keje jadi surirumah saja :P

En suami selepas makan kata ada surprise. Adiah besday katanya. Aku da beberapa bulan ni bising nak cari wardrobe. Tapi memang tak jumpa yang berkenan di hati. So postpone lah niat nak mencari tu. Dia tanya aku nak apa. Nak wardrobe ke, nak camera ke, nak mesin jahit ke. Aku diam berfikir2. Tu sume barang2 wishlist tu. Tengah pikir jawapan, loceng rumah bunyi. Haaa tu dia pakcik lori wardrobe sampai. En suami kata tu adiah besday aku. Wardr…