C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, December 20, 2010

(Asal weekend je macam ni) x 2

Bila weekend je rasa cepat je masa berlalu. Tup..tup..tup.. da isnin..tup..tup..tup.. da isnin. Menyam betul lah.. Kalau Isnin tu nak tunggu petang kemain lambat lagi nak berlalu. Weekend lepas adalah weekend untuk en suami bersuka2. Maklum kawan baik dia pulang ke kampung, kawan baik satu lagi buat majlis kahwin abang dia. So bolelah mereka ber'gather'2 di majlis. Aku tukang support je. Hehe.

Sabtu tu pegilah wedding abang kawan dia. Majlisnya taklah besar2an. Seronok juga pegi majlis yang simple2 ni. Tak rasa sesak dan sangat sempoi je. Macam gi open haus en suami kata. Kemain lama dok dekat majlis ni..aku rasa dari start majlis sampai pengacara majlis cakap majlis da tamat da. Hehehe..perli ke ape. Meh layan gambar kejap.

ni batch pertama yang sampai

batch kedua yang juga kumpulan pelawak

En suami dan aku cuba berentap mengatasi high score

Acehhh..konon tak pandang kamera..menyampah..

Malam Sabtu bagi en suami bersuka suki dengan kawan2 dia. Aku dudok rumah ibu, tido awal. Mata ni memang macam da kena gam da. Pukul 1030 da nguap2 macam 10 hari tak tido. Sebelum kuar en suami tidokan dulu (konon2 macam baby lah tido nak bertepuk bo***t kan..haha). En suami balik pukul 3, sempat aku berborak dengan dia dulu. Lepas tu bila turn aku bercerita, dia da kroh-kroh kat sebelah. Sabar jelah. Aku bercerita sorang je rupanya.

Ahad aku pulang ke rumah. Balik rumah aku dan en suami memulakan modus operandi membasuh baju. Hehehe. Tak lama lepas tu FIL aku datang. Kitorang borak2 sambil makan kentang goreng dan aym goreng. Pastu malam aku dan en suami da lapar sebab arini makan skali je. Nak masak da tak sempat, so aku mintak en suami tolong beli makanan kat kedai dekat rumah tu. Memang kitorang makan macam orang lapar. Hehehe.

Tiba2 bangun hari ni da ari Isnin..huuuu..mencik!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails