C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, December 7, 2010

Hadiah Birthday in advance :)

Hohoho..Merry Xmas!! Tibe2 mood Xmas sebab en suami bagi adiah in advance untuk becomin besday. Besday lagi 2 minggu tapi sudah mendapat hadiah besday. Ahad lepas, mintak tolong en suami masak sebab en suami kata dia nak masakkan lauk ayam masak lemak cili api. Aku yang kepenatan tertido (excuse paling lame kononnya ter....hahaha) sebelum tengahari. Bangun2 da pukul 2. Perut meronta lapar. En suami kata dia da siap masak. Wahhhh..manyak syiok ooo. OOOOO skali skala suami masak memang sedap. Rasa macam nak suro die berenti keje jadi surirumah saja :P

En suami selepas makan kata ada surprise. Adiah besday katanya. Aku da beberapa bulan ni bising nak cari wardrobe. Tapi memang tak jumpa yang berkenan di hati. So postpone lah niat nak mencari tu. Dia tanya aku nak apa. Nak wardrobe ke, nak camera ke, nak mesin jahit ke. Aku diam berfikir2. Tu sume barang2 wishlist tu. Tengah pikir jawapan, loceng rumah bunyi. Haaa tu dia pakcik lori wardrobe sampai. En suami kata tu adiah besday aku. Wardrobe cantik sangat. Aku suka sangat sampai tak sabar nak kemas baju tapi petang tu nak ikut ayah balik BP. En suami tak ikut balik sebab dia keje Isnin tu.

Petang Isnin en suami sampai BP. Puaslah aku dan en suami dok kat kampung lepak2 buang masa. Tapi sepanjang2 kat kampung tu dia asiklah sebut 'SURPRISE'. Naik pening aku dengar perkataan tu. Tanya ape dia tamo jawab pun. Tapi aku bole agak mesti en suami belikan aku adiah besday lagi. Sampai rumah dia tanya, nak sekarang ke kendian adiah besday tu. Aku mestilah nak cepatkan.

Dia pergi bilik belakang dan masukkan adiah dalam baju. Memang berdebar giler. Bila dia kuarkan aku nampak beg kamera. Hehehe. Aku da lama nak beli compact cam. Al maklum dengan perut yang makin memboyot, tak larat da nak bawak cam besau2 ni. Semput aku. Ada gak aku aim nak beli Panasonic Lumix. Tapi taktaulah bila nak belinya sebab nak beranak ni banyak gak nak pakai fulus kan. Simpanlah duit sket takut emergency kendian ari nanti. Tapi an suami da buat present. Trima kasih B!!! Sayang awak banyak2 :) <3 onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="http://2.bp.blogspot.com/_1rErCcpUW3I/TP9XkJQ4LzI/AAAAAAAABsY/Q--vTNKWnwY/s1600/panasonicfh1.gif">
nilah kamera baru saya :)


ni nama dia pos duyung.. :P


testing cam baru ;) *baby dalam perut berumur 7 setengah bulan*

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails