C o m e A n d J o i n M e =)

Thursday, December 30, 2010

Hello..my name is..

source: google image


Aku masih mencari2 lagi nama untuk si kecik dalam perut ni. Adalah beberapa nama yang aku suka dan makna dia pun cantik2 belaka. Azam taknak letak nama panjang2 macam mak dia tapi taktaulah kalo berubah hati plakkan. Hehehe. Leceh bila nak isi borang. Kadang2 sampai tak cukup petak nak letak nama bapak. Aku ada beli buku nama2 yang indah dalam Islam n ada jugak aku survey dalam internet.

Aku perasan nama ni main peranan. Slalunya perwatakan akan tercermin melalui nama. Macam masa aku skola ada 3 orang budak nama dia semua sama. Perangai pun lebih kurang aje sama. Takdelah sama sebijik tapi ada persamaan a.. Macam aku nama Nur Arina Bazilah n ada kakak yang nama dia pun sebijik sama macam aku. Sekarang Kak Arina keje as lecturer Math kat UTM n aku pun ade kat UTM amik Math jugak. Tak ke kebetulan yang serupa tu.

Korang ada cadangan nama yang sedap2 tak n makna yang baik2? Laki n pompuan. Aku nak tau. Mana tau bole pinjam idea.. :)

3 comments:

Anonymous said...

senang je. kak arina kan pernah jadi tutor kat um dulu. cari student yg bijak2 n hebat2, ambik name tu. hahahaha

nurarinab said...

hehe..betul gak tu..kn cr senarai nama blk.. :P

puterihannan said...

nama2 yg sedap damia, rayyan, danial, danish, haiqal...

P/s: nama bb sy simple2 jek..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails