C o m e A n d J o i n M e =)

Thursday, December 23, 2010

I Love LOAFERS!!!

Heho (tu maksudnya Selamat) Semalam adik ipar da anta set bersalin yang aku kirim. Tq dek. Buat susah je datang malam2 anta. Hehe. Nanti kalau sempat aku cite ngan korang pasal set bersalin ni sebab aku rasa sangat menarik dan lengkap. Siap semua param, pilis, bengkung n lg menarik siap bagi ubat untuk bertangas. dan siap die bagi macam mana nak pakai semua2 tu melalui program 44 hari berpantang yang telah dicadangkan dalam buku panduan dia. I likeeee nyah.. :P

Hari ni cite pasal 1 benda yang terasa sangat nak cari dan beli tapi taktaulah patut ke idak membelinya. Aku nak beli kasut baru. Aritu ada beli kasut konon nak pakai masa pregnant. Belilah kat modernmum. Kasut coklat ade reben lagi tapi hampeh sampai laaa ni dia dok je kat rak kasut sampai pudar warna dia. Aku rasa sebab dia keras sangatlah. Material tak besh.

Aku kalau jalan2 kasual ni memang suka pakai kasut aje. Tapi bukan sandal or slipper. Jalan sekejap2 bole a. Tapi kalau tujuan nak bershoping ataupun kuar bercanda, kaki aku akan melecet kalau tak pakai kasut. n pilihan aku semestinya kasut tapak nipis. yeay!!! (xtau nape nak ber'yeay'2 kat sini). Kadang2 en suami bising jugak kenapa nak pakai kasut. Macam over sangat dia kata sebab dia pakai selipar je.

Bukan apa, pada aku kalau pakai kasut ni nampak kemas je. Tapi ada orang aku rasa cantik je pakai flip flop. Dress up pakai tshirt n jeans dgn flip flop pastu carry oversize handbag pakai sunglass..vogue ok! Balik pada cite yang aku nak kasut ni, aku suka kasut tapak nipis tapi bukan flat. Kalo flat ni tapak dia nipis. Aku tak bole tapak yang terlalu nipis ni. Sama macam kes selipar ni, kaki pun lecet sana sini. Parah2..

Aku suke yang stail slip-on-shoes dan dipanggil juga LOAFERS. I Love LOAFERS! Kebanyakan kasut aku adalah loafers. Kalo pakai loafers aku bole pakai sampai lunyai a kasut tu sebab keselesaan yang dia berikan. Aku bukan taip2 yang rajin sangat kumpul kasut. Bila da ada satu yang sedap nanti itu jelah yang aku pakai. Ni aku nak beli satu loafers dalam website tapi taktaulah patut beli tak sebab aku takut saiz dia tak kena dengan aku plak.

Aku agak mesti ramai taktau bentuk loafers tu macam mana so sini aku bagi korang gambar2 loafers. Bila tengok confirm korang cakap, "oh rupanya ni nama dia loafers". Hehehe..sharing is caring kan??kan?kan?

cantik2nya loafers dia..nak semua!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails