C o m e A n d J o i n M e =)

Wednesday, December 15, 2010

Kenangan lama

Masa kecik2 aku macam laki. Konon2 nak jadi lasak ar tapi hampeh, bila kena buli aku nangis dulu sebelum sempat dak tu datang cari gaduh. Sekolah dulu pernah gaduh ngan sorang budak laki ni. Serius gangster habeslah dengan dia. Tapi gaduh main pakai orang tengah. Aku pun tak ingat macam mana bole gaduh ngan dia. Alik2 je da gaduh. Masa tu tak pakai henpon lagi, so gaduh pakai mulut mintak orang tengah sampaikan.

Budak laki ni badan dia besar giler. Maklum aku darjah 6 ketinggian baru 121cm saja yer dengan berat 25kilo. Budak ni Form2 ketinggian 150cm dan berat badan 60kg. Mesti korang pelik macam mana aku tau kan. Well, sebagai manusia yang bijak, aku mesti kaji musuh2 aku dulu. (ok aku tipu, aku agak je). Tapi serius die super gaban besar. Skali dia tumbuk aku confirm muka aku hilang.

lebih kurang macam nilah aku ngan dia


Tapi sebab nak berlagak berani dan kuat, aku tunjuk beranilah gaduh main kirim2 ngan orang nikan. Sampai satu hari da tak tahan, aku pi face to face jumpa dia. Aceh paling macho kan. Korang bayangkan budak kecik dengan budak besar. Aku ingat scene ni. Masa tu dia kat tepi jalan, pakai baju skola agama. Tunggu bas ramai2 dengan semua orang yang baru kuar skola pada waktu petang. Aku pi kat dia, cakap kat muka dia macam ni, "Baik awak jangan kacau saya lagi kalau tak saya cakap kat bapak awak". Alahai gaduh pakai saya awak (sumpah tak ganas langsung). Tangan siap cekak kat pinggang and satu lagi tangan tunjuk jari telunjuk kat muka dia. Masa tu tinggi lebih kurang je dengan dia sebab diri atas tembok2 yang kat tepi jalan tu.

Tau apa dak laki tu balas? mestilah taktau kan. "Bapak bapak jangan main eh. Bapak saya da takde". Ok aku terdiam. Muka suda merah malu. Rasa macam nak tutup muka n lari laju2 balik rumah. Aku pun cakap kat dia, "Mintak maaf yer" n terus blah sebab rasa malu dan bersalah. Sejak haritu tak gaduh da. Aku tak ingat pun nama budak tu sebab tak berminat nak tau nama budak tu (padahal lupa).

Tiba2 teringat kenangan masa kecik2 sebab ternampak budak kecik pakai baju skola dalam TV. Apakah...???

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails