C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, December 13, 2010

Menabung tanpa rasa macam menabung

Bab2 menabung ni memang bukan kepakaran aku. Kalau kecik2 simpan duit baru 2 ringgit lima posen da sebok nak pecahkan tabung. Masa tu zaman pakai tabung buluh. Buat sinri ok. Ayah pi cari pokok buluh, tebang pastu dapatlah buat 2 3 tabung. Tapi skali da pecah memang tak bole pakai lagi *sedih*.

Sekarang bila da besar, korang jangan ingat aku da berubah eh..hehehe. Masih tabiat lama omputih cakap. Simpan dalam bank. Buat satu akaun yang takde kad bank. Kalau nak kuar kena pakai buku. Bulan2 masukkanlah Rm50. Dapat 400 tiba2 da pi kuarkan jugak. Parah budak ni. So jalan selamat aku buat investment kat bank yang kena simpan 15 tahun baru matang, 25 tahun baru matang. Paling selamat belilah insurans sebab zaman sekarang punya insurans semua leh buat simpanan. Tapi nak tunggu dapat kuar tu makan masa kan.

So en suami ajar aku menabung. Jangan amik amaun besar. Sebulan tak payah simpan 100 ke 50. Sebab bila macam tu rasa banyak sangat kuarnya (walaupun sebenarnya sket aja). En suami ajar simpan duit seringgit dari baki yang kita belanja. Katakan kita ada RM10, beli suratkaba n chekedies RM7.40. Bayarlah kan pakai duit RM10. So ada baki RM2.60. Mestilah cashier bagi duit seringgit2 kan ngan syiling. Korang simpan duit tu jauh2. Jangan pakai lagi da duit seringgit tu. Kalau pasni nak beli gula2 50 sen pun pecahkan duit lain sebab yang baki seringgit mesti simpan. Maksudnya asal ada duit seringgit simpan k. Setakat seringgit kan. Pe lah sangat.

Pastu letaklah duit seringgit tu dalam tabung korang. Macam aku dan en suami simpan dalam kotak kasut aje. Mesti tak caye cara ni berkesan kan. En suami tahun lepas dia da mula aktiviti ni. Belanja memang terasa macam besar je tapi pecaya tak dalam masa setahun, dia dapat kumpul EMPAT RIBU. EMPAT RIBU kawan2. duit tu yang kitorang guna untuk huneymoon. Oh macam tak caye kan. So sekarang ni aku dan en suami bergabung tenaga.

Katalah sorang dapat simpan RM5 sehari. Gabungan suami istri da RM10. Sebulan 30 x RM10 = RM300. 10 bulan da RM3000. Agak2 kalau tak sibuk nak menabung ikut hari ni, RM300 tu banyak tak untuk korang kuarkan selebuk dan simpan? Banyakkan? Tapi kalo RM10 sehari kongsi 2 orang lagi macam takde mendakan. Itu kalau dapat 5 keping duit singgit. Kalau dapat lebih camne? Mestilah lebihkan simpanannya.

ni tabung syiling en suami :)

Yang penting displinkan diri k. Janganlah gatai sibuk nak pakai duit tu. Kalau macam tu memang sampai bila tak dapat kumpul ape. Duit syiling pun sama. En suami asingkan 10sen, 20sen n 50sen ikut tabung. Aritu bila tabung 50 sen da penuh, aku bawak gi bank dapat RM400++. Sapelah nak bagi 400 macam tu kan. So bolelah korang blaja2 menabung k ;)

4 comments:

PuteryCinta said...

good tips~!..

iEjA said...

b.. ja ngn azli b4 tunang aritu da stat smpn duit rm5 smpi skrg.kalo dpt baki rm5 mmg xgune lgsg la.smpn.mmg bergune b..dlm sbln plg kurg rm15o ja leh smpn

anyway same2 la kite menabung ye b.byk btul nk gune duit skrg.haih

nurarinab said...

b bangga dgn ja..mmg byk pkai duit ja..b phm sgt2 keadaannya..truskan usaha ja k..Insyallah hasilnya akan kelihatan nanti ;)

ELLY said...

bagusnya idea tu ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails