C o m e A n d J o i n M e =)

Saturday, December 11, 2010

Resepi Kek Ais Krim

Semalam sebab tak masak, aku buat sesuatu yang istimewa. Buat kek hari jadi sendiri :) Bukan kek biasa tapi kek ais krim.. Mesti tak percaya kan tapi betul ni tak tipu..Sangat sedap!!! (masuk bakul angkat sinri :P) Aku terbaca macam mana Puan Nani. buat kek ni. Mesti nak resepi kan..tapi sebelum tu meh aku menggiurkan korang dengan hasil tangan sinri ;)


Sepatutnya bole buat layer2 tapi sebab takde bekas besar nak masukkan kek ais krim ni, terpaksalah buat selapis aje. Ok ni bahan2 yang korang perlukan:
1- Kek coklat tanpa krim
2- Ais krim yang dalam bekas sederhana (dalam 500ml @ 800ml)
3- Whipping krim (200ml)
4- Strawberi & coklat rice untuk hiasan

Cara membuatnya:
1- Campurkan ais krim dengan whip krim. Memang ais krim dengan whip krim akan mencair untuk sebati. Kacau sampai sebati. Kalau korang nak rasa kacang, tambahlah dengan kacang walnut hancur, kalau nak rasa biskut2 sket, tambahlah biskut oreo yang da dihancurkan k.
2- Amik kek coklat tadi, masuk dalam bekas berpenutup yang korang nak buat acuan kek ais krim tadi.
3- Amik bahan bancuhan tadi then masukkan dalam bekas yang da di isi kek tadi. Kalau ada penutup, sila tutup dan masukkan dalam peti ais.
4- Bekukan dalam 3-4 jam (aku bekukan satu malam) dan bila da beku, kuarkan dari bekas dan hiaslah dengan strawberi dan coklat rice tadi.

Selamat Mencuba!!!!

2 comments:

{ finieViolet} said...

salam ziarah.. wah..sedapnyer..

dah agak da mesti ambik resepi kak nani rostam mak si hanis zalikha tu.. hehe.. nk try gak.. btw..dah follow..:)

ain izzati said...

nak try gak lah . mcm sedap je yum yum

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails