C o m e A n d J o i n M e =)

Sunday, December 26, 2010

Resepi puding kastard

Hari ni nak bagi resepi puding kastard. Puding ni kalau puasa memang melambak orang jual. Yang warna kuning, ada kuar berisi buah2an di dalamnya. Bayangkan aje pun da tergiur2 gitukan. Aku blaja buat benda ni dari makngah aku. Masa tu aku praktikal. Dok rumah dia. Aku nak buat untuk cikgu2 kat skola yang aku praktikal tu. So makngah ajar aku buat. Senang kacang goreng yer kawan. Bila tengok kat bazar Ramadhan jual Rm2 semangkuk pastu rasa nye mengecewakan..haihhh geram sungguh (nak emosi plak). Ok mari mulakan blaja memasak ini.

Bahan2:
Bahan A:
1. Tepung custard 2 cawan (kalo nak lebih, tambah lagi ok)
2. Air 8 cawan

(Ini untuk buat pudingnya. Nisbah untuk puding ni 1 bahagian tepung custard campur dengan 4 bahagian air. Maksudnya kalau letak secawan tepung custard tambahlah dengan 4 cawan air.)

Bahan B:
1. 3 tin susu sejat
2. 3 biji telur (ambil kuningnya sahaja)
3. Gula secukup rasa
4. Air
5. Satu tin buah2an campur

Cara membuatnya:
Bahan A
1. Kita buat puding dulu, campurkan bahan2 A. Letak dalam periuk dan masak atas api sampai dia jadi pekat dan likat. Sila kacau sentiasa supaya tak berketul2.
2. Bila da pekat, tutup api dan letakkan dalam bekas yang korang nak puding tu mengeras. Kalau macam aku, aku letak dalam bekas kecik sebab senang nak serve.
3. Bila da masuk bekas tu, letaklah dalam peti ais. Bia dia sejuk sket.

Agak2 da keras macam ni bole letak dalam bekas dan masukkan dalam peti ais

Bahan B
1. Masukkan susu sejat 2 tin, air 2 tin, kuning telur dan jugak gula dalam periuk.
2. Panaskan atas api. Kacau sampai rata. Kalau nak manis tambah gula. Ikut tekak koranglah k.
3. Bila da sebati, masukkan dalam peti ais jugak supaya menjadi sejuk dan sangat sedap bila dimakan.
4. Buah2an campur tu tambah bila da sejuk. Kalau korang letak masa tengah panas atau masa dia atas api, kuah korang akan menjadi pecah2 macam pecah santan. Tak bole nak makan nanti.

Da sejuk bole masuk buah campur dalam tin

Da siap bole makan..Jom makan!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails