Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Im still here :)

Selepas entri menggemparkan pagi tadi, aku pun pi hospital sebab kawan2 semua suro pegi. Maklum anak 1st. Takut jugak kalau ada yang tak kena. Pegi hospital tengahari. Perut tak sakit pun. Macam cek saja2 plakkan.

So sampai hospital, dia suro buka seluar salin kain sarung. Menunggu lah kejap sementara tunggu doktor cek. Kiri kanan semua ada orang tengah tunggu untuk dicek gak. Aku gi kat wad kecemasan untuk bersalin. So sume dalam tu yang nak bersalin. Suami tak bole teman pun. Kena tunggu luar sampai betul2 da nak masuk bilik operation tu.

Doktor pun tanyelah pape yang patut. Lepas dia tanya, mulalah operasi seluk menyeluk untuk tengok bukaan. Dari cerita ramai orang, seluk menyeluk adalah proses menyakitkan. Dari 10 orang yang bercerita, 1 je yang cakap biasa. Rela tak rela, aku biar je. Memang sakit yer kawan2. Dari tak sakit terus rasa sakit. Rasa macam nak terjun katil n balik rumah.

Sekarang seluk2 takde pakai jari da. Dia ada alat dia. Lepas da seluk dia amik bacaan jantung baby. …

Did my water just break?

Malam tadi tido awal. Bangun pukul 430pagi sebab belum solat Isya'. Lepas solat aku rasa basah kat bawah. Dalam hati tertanya2, air aku da pecah ke? Aku lap n tunggu tengok kalau kuar lagi. Agak banyak jugak kuantiti yang keluar tu. Dia takdelah macam dalam tv korang tengok kuar meleh kat kaki dan ke lantai. Itu sangat karut. tapi banyak sampai basah peha aku ni.

Tunggu2 sampai sekarang takde keluar lagi. Air yang keluar tu warna jernih, tak melekit dan tak berbau. So maksudnya bukan air kencing. Aku tak gi hospital lagi sebab aku nak tengok dulu kalau ada tanda lain yang bole confirmkan masa da sampai.

Aku da telefon ibu pagi tadi. Tanya dia betul ke tu air ketuban. Dia cakap tunggu sampai tengahari. Kalau sakit perut ataupun keluar tanda, then pegilah hospital. Ni aku tengok takde pun sakit yang aku rasa. Tanda pun tak keluar lagi. Tapi kalau aku rasa was2, aku akan pergi jugaklah hospital untuk confirmkan benda tu.

Aku search juga dalam internet. Dia ada bagi beberapa tanda yang …

Getaway plan..wehoo

Bila habis pantang nanti, ada suatu benda yang aku nak buat dengan en suami. Sejak pregnant ni da lama tak pegi urut2an. Maklum tak beranilah nak bagi orang urut sebarang. Sakit2 badan ni kena tahan jugaklah. Paling2 en suami tolong urutkan. So mak aku ada bagitau satu tempat ni. Dekat area JB je. Dia macam resort n konsep dia dalam hutan. Kat situ memang untuk korang melarikan diri dari kesibukan kota. Tak silap aku, henpon pon tak bole on dalam tu.

Dalam tu ada macam2 aktiviti, ada melawat fruit farm, swimming pool ada, karoke ada, semua bole buat dalam ni. dan yang paling best ada pakej spa dan ururt2an. Aku nak amik pakej untuk lovebirds. Pakej lovebirds dia dalam Rm400. Siap tido semalam dan kat bawah ni aku bagi aktiviti yang dia sediakan.

* Welcoming with Pandan Garland & Welcome Drinks.* FOC tour of RBR fruit orchard, vegetable & herbal garden.* 2D1N stay in Executive Suites.* Signature Herbal Body Scrub for 2 at VIP Elevated Hut.* 1 Hour Karaoke Sing-along Session.* Com…

Mommy on the way

I can't wait to deliver my baby and become a mother! I think 'mother' is a new sexy word..auwwww..

They look hotter aite??

Kekal cantik dengan makanan antioksidan

Taktaulah korang pernah try ke tak. Produk Innershine. Dulu masa aku muda2, aku hari2 minum innershine yang prune tu. Terpengaruh dengan iklan dia kat tv aku try. 2 minggu pakai rasa macam takde perubahan tapi bila balik kampung jumpa makcik2 semua tegur kenapa muka nampak glowing semacam je.


Masa tu tak teringat yang aku minum innershine. Lepas tu baru teringat aku ada amik innershine. Prune n buah2 berry sangat kaya dengan antioksidan. Mesti ade certain blogger2 yang dok tanya apa penting sangat antioksidan ni. Meh aku share sket ape tu antioksidan.

"An antioxidant is a molecule capable of inhibiting the oxidation of other molecules. Oxidation is a chemical reaction that transfers electrons from a substance to an oxidizing agent. Oxidation reactions can produce free radicals. In turn, these radicals can start chain reactions that damage cells. Antioxidants terminate these chain reactions by removing free radical intermediates, and inhibit other oxidation reactions. They do this…

False contraction

Arini pegi buat cek up yang aku bagitau kena buat selang sehari tu. Kejap je. Tak macam yang slalu tu. Baby gerak aktif. Balik cek up aku pi makan nasi lemak dulu pastu ingat nak gi TNB. Semangat nak amik data ni. Tapi tiba2 perut sakit semacam. Tak bole nak gerakkan perut. Wahhh..takkan da sampai masa kot.

Aku singgah rumah ibu. Tak bole drive ni. Takut karang betul2 nak beranak. Nasib adik bongsu ade kat rumah. Dia pun dok lah layan kakak dia yang menahan sakit ni. Siap pesan kat aku jangan beranak dulu. Tapi aku rasa tu bukan contraction tapi false contraction. Lama gak sakitnya. Dari kul 10 sampai kul 230 tengahari.

Las2 tertido n bile bangun da hilang da sakitnye. Hehe. Rupenye ubat die tido je. So bila da bangun tido terus solat n nak balik rumah. Takut datang balik sakit tu. Balik rumah sampai laa ni takde sakit lagi dah. Lega..lega..sabar dulu eh baby. Bagi mummy urus semua benda dulu baru keluar k.

Lihatlah pipi yang semakin men'chubby'..hehehe

Update panjang

Hai kawan2..Sudah lama tak berblog. Maklum laptop suda rosak. Bukan laptop rosak tapi charger nya yang rosak. Macam aku citer kat korang dulu tu. So ni baru beli charger baru. Da bole pakai lappy balik. Yeepie! Aku tak gi da kedai yang aku cite. Ni gi kedai lain dekat Landmark. Selain penjual yang hensem (uuuu..*nada gatai2 sket*), servis bagus dan murah. I loikkkeee..

Pagi tadi aku buat regular cek up yang every 2 weeks tu. Da 2 kali cek berat naik lebih sekilo. Sepatutnya dalam 2 minggu naik sekilo je. Tapi aku naik 1.8kilo. Tak dinafikan selera makan sangat besar. Nasi sehari makan 3 kali. Lepas makan nasi bole pekena roti lagi. Kadang2 makan coklat or benda manis (kalau nak diet, jangan makan or minum benda manis pas makan nasi). Taktaulah apsal berselera sangat. Slalu aku makan biasa 2 je. Tapi da masuk 9 bulan ni aku tiba2 macam suka sangat makan.

En suami pun kadang2 pelik tengok aku jadi kuat makan. Malam2 nak tido makan cereal dengan susu. Kadang2 mintak die gi kedai beli eskri…

Gambar Majlis Nikah Ayu Raudhah

Tengok gambar nikah si Ayu Raudah ni rasa macam nak kawen lagi (kawen lagi?penggunaan ayat yang tidak betul..isk3). Jom layan gambar..ni amik dari BeautifulNara.

Semoga berbahgia yer korang :)

Receptionist hampeh

Aku kadang2 tengok pekerja2 yang keje dekat reception ni kurang kesantunan. Dah slalu dah dapat pekerja yang kurang di ajar ni. Kita ni bertanya penuh hemah tapi dia punya menjawab macam lah dia bos kat situ. Kadang2 aku rasa nak panggil bos dia komplen depan2 tu jugak suro tengok pekerja dia melayan tetamu macam mana. Kalo da namanya dudok kat kaunter tu, tolonglah maniskan muka walaupun hari ko tak brape nak baik aritu dan tolonglah jangan nak membabi buta je marah.Kalau kena angin aku masa tu tak baik jugak, aku memang akan fire balik. Aku paling tak suka bila orang aku tanya baik2, dia nak marah2 plak. Semalam aku pergi satu kedai komputer dekat Taman U. Nama dia E-cytech. Orang kata kedai tu bagus. Aku tengok pelanggan pun macam ramai. Agaknya oklah. So aku anta laptop untuk diformat. Alang2 nak start blaja balik ni, bek aku format skali laptop aku tu.Bila aku amik laptop dari kedai dia, aku bawak balik lab untuk cek. Aku tengok macam ada problem dengan kabel power die. Tapi aku …

Pengalamn ditipu di internet

Naklah mak cite pengalaman mak kat sini. Pengalaman di scam oleh pengguna di internet. Nasib en suami dan ct membantu mengenalpasti si scammer(sukahati hee pakai ayat sinri) ni. Kalau korang perasan aku ada letak gambar kucing bengal 2 ekoq kat post before ni. Jangan taktau ada orang nak jual kucing ni kat internet dengan harga yang murah RM180 sekoq. Taklah murah mana tapi kalau nak ikut harga kedai kucing ni orang jual ribu riban.
Ceh dengan super konfiden, aku pun mengemel semula mamat ni tanya pasai meow ni. Maklumlah Super comel pastu murah, memang mak tamo lepaskan peluang noq. Emel dengan mamat ni memang macam mengkofidenkan. Dia dok tanya macam2 konon macam sayang sangat meow ni. Pastu last2 dia cakap dia nak bagi free aje kucing ni. WOW! Seronok..orang nak bagi kucing comel tu for free.
Dia cakap dia dok Thailand. Dia nak pindah Spain. So nak bagi kucing tu dekat orang yang bole menjaga meow tu. So dia akan courier meow tu. Aku just bayar fee untuk transportion dia saja. Brape …

Jumaat

"Bila slalu memandang ke atas kadang2 kita lupa untuk melihat ke bawah"


Kucing bengal

Comel rasa macam nak cubit2..

9 bulan dah..

Semalam Johor cuti sebab hari hol. Hari hol tu hari mengingati kemangkatan Sultan Johor. Hari ni aku dan en suami cuti lagi. Nak setelkan banyak benda. Pegi buat cek up dekak KK. Arini cek up jumpa doktor. Doktor buat scan arini. Tengok baby sehat ke tak. Budak comel makin membesar. Gerak pun da tak banyak. Kepala da ke bawah, bulat aje kepala dia.

Aku siap tanya doktor normal ke kalau baby gerak jarang2. Doktor kata normal sebab dia da besar, da penuh, susah nak gerak banyak2. Tapi dalam 12 jam mesti cukup 10 kali. Oklah kalau gitukan. Lepas tu aku tanya doktor lagi berat baby aku da berapa. Doktor kata dalam 2.7kg. Doktor cakap baby nampak ok. Alhamdulillah.

Aku da tak sabar nak tunggu hari2 melahirkan. Lebih kurang sebulan lagi. Huh, cuak memang cuak tapi excited jugak nak tengok si kecik ni. Berat aku sekarang da 63.5kg. Suda besar n serius selera makan memang bertambah. Ngidam2 ni takde pun. Tapi aku suka kalau dapat makan buah tembikai pas makan nasi. Kalau tak tekak ni macam sema…

AJL 25

Ana Rafali

Black - aku suke lagu Sofea Jane :)


Yuna - memang da bomb!

congrats Hafiz..Rezki pas xciden

Bukak FB pagi ni tengok semua buat status pasai AJL malam tadi. Ramai tak puas hati dengan result yang juri buat. Ana Rafali menang best song. Personally, aku pun macam terkejut jugak. Bila tengok lirik tolong ingatkan aku tu, aku memang tak brape nak faham makna2 tersirat lirik lagu tu. And aku rasa bila ketua jurinya adalah M Nasir, dia memang suka dengan lirik2 tersirat ni. Macam lagu dia jugak. Maybe Melodi next week diorang interview M Nasir dengan Ana Rafali pasal AJL ni.

Pastu aku rasa last year macam lagi best. Tahun ni macam hambar sket. Aku rasa macam persembahan macam lebih kurang sama je semua orang. Bila start FT nye persembahan yang 1st Selamat Malam tu baru aku rasa macam best sket. Aku da penah dengar FT nyanyi live and seriously suara dia memang sedap. Aku dulu so-so je dengan FT ni tapi bila dengar dia nyanyi live, terus cintan2 dengan sore dia. Tapi taktaulah kalo Hafiz…

Sabtu punya cerita

Semalam keluar dengan en suami lepas dia balik kerja. Nak makan double cheese burger McD. Lama rasanya tak makan McD. Mana tau pasni lambat lagi baru dapat makan lagikan. So pegilah McD, then singgah Carrefour untuk tengok barang2 yang murah untuk dibeli. Perasan sabun Carrefour yang slalu kitorang pakai tu tinggal RM10.88 untuk 5 liter (kalo korang rasa nak try bole beli sekarang, kalo rasa tak suka pun takdelah nyesal sebab murah jekan).

da penat jalan, dudok jap hilangkan penat..slamber badak je sebab takde kerusi dalam c4

En suami termenung pikir nak pi mana pasni

Lepas pegi Carrefour, kitorang gi satu kedai baby dekat Taman Pelangi. Otaki baby. Dia ada website. Dalam website dia nampak macam barang2 baby dia murah. So kitorang pun pergilah sana untuk beli beberapa lagi barang baby yang belum dibeli. Habis membeli, kitorang ingat nak pi 1 mall baru bukak ni tapi en suami ajak makan dengan my fam sebab besday ayah. Kebetulan ayah turun Jb. So kitorang pegilah makan dekat Seoul Garden …

Amazing Lyre Bird

Benda ni aku tahu sebab tengok dokumentari kat Channel 5 Singapore. Masa tu diorang buat dokumentari pasal banyak haiwan yang ada dekat sebuah hutan dekat Russia ni. Hutan ni sangat2 dipelihara dekat sana. Takde orang pun yang dibenarkan masuk dalam hutan ni untuk buat penyelidikan ke apa sebab dia betul2 nak pelihara hutan ni. Hutan ni ada banyak sangat spesis binatang. Aku tak sure nama hutan ni tapi serius besar amat kawasan dia. So bila NatGeo dapat peluang explore hutan ni, diorang buat banyak dokumentari pasal banyak haiwan.

Yang paling menarik perhatian aku adalah satu burung ni. Burung ni dia bole tiru segala macam bunyi. Kalo setakat bunyi2 burung n monyet dalam hutan ni memang macam kacang goreng jelah. Nama burung ni Lyre bird. Yang buat aku kagum, dia tiru bunyi tu sama sebijik. Aku amik 3 video Lyre bird ni buat bunyi. Yang 1st ni dia liar. So dia copy semua bunyi yang dia penah dengar dalam hutan tu. Bunyi kamera clicking, bunyi alarm, bunyi chainsaw n memacam lagilah. Ya…

Just For You

Kesian kat SIL aku. Terkejut aku bila die telefon pagi2 nangis sebab bf nak tinggalkan dia. Alahai, kesian dia. Nak menitik airmata bila dengar dia nangis. Ni adek..akak buat blog ni untuk adek. Apa yang akak rasa patut akak share dengan adek pasal lelaki.
Adek, cari laki yang sayangkan adek, yang bole terima adek seadanya, yang tak mempermainkan perasaan kita, yang tau apa yang bole buat kita kecil hati, yang menjaga hati, yang tau memujuk, yang kalau gaduh tak mintak putus dengan kita, yang menceritakan masalah dia pada kita dan mendengar masalah kita. Macam mana nak kenal ciri2 lelaki ni? pecaya tak pecaya, sume orang bole recognise ciri2 ni cuma kadang2 kita amik enteng aje (aduh bahasa bombastik uols).
Kadang2 sebab sayang sangat kita pandang sebelah mata aje benda2 ni sebab kita rasa dia akan berubah satu hari nanti. Berkali2 mengingatkan benda ni pada diri sinri dengan harapan dia akan berubah. Akak pun penah macam kamu. Dapat laki yang kita sayang sangat. Kita salah, kita mintak…

Minggu2 Akhir

Sakit kepala denyut2..Mulut rasa panas2. rasa Macam nak demam aje ni. Mulalah ngada2kan bila datang tengah minggu. Sekarang ni kalau bole nak dok rumah je. Tamo kuar da. Tapi kalo dok rumah memang membuta ajelah keje nya. Tak bole jadi ni. Slalu bangun awal, siapkan bfast en suami. Pastu kalau kul 8 tu aku tido balik, memang bangun tu baby macam majuk. Tamo gerak2 da. Dia senyap je dok dendiam dalam perut. Kadang2 bikin hati ana gundah gulana lah (sila baca dalam nada P Ramlee citer 3 Abdul).

Pinggang ni jangan cakap sakitnya. kalau bole beli pinggang baru kat kedai Ah Seng tu, memang aku da beli ganti pinggang baru. kadang2 bangun tengah malam sebab sakit pinggang aje. Kalau kejut en suami nanti dia bukak mata pastu tepuk2 bontot suro tido balik macam budak kecik :D (ok b..terimakaseh tepuk bum2 saye..hehe) Nak tau solution nye ape, aku amik bantal kecik letak bawah pinggang masa baring. Memang sedap je tido pastu. bangun pagi sakit pinggang pon hilang :) :) (senyum 2 kali) Tapi masal…

New Year Resolution

Hari ni bangun awal macam biasa. Siapkan sarapan en suami then surf internet sekejap before aku plak bersiap. Tahun baru kali ni aku takde azam baru. Sebab slalu je lupa pebenda yang da aku azamkan. Slalunya bila tibe2 ada azam baru, terus je teringat2 benda tu. Tak kisahlah masa tu tahun baru ke tak.

Tapi aku ada few benda yang aku harap tahun ni aku dapat achieve. Since last year lagi aku berharap dapat buat benda2 ni tapi memandangkan condition perut ni tak mengizinkan, aku tunggu si tecik ni kuar dulu. Bole achieve sama2 ngan baby :)

1. Aku harap tahun ni aku dapat pegi 'huneymoon' lagi dengan en suami. Ada few places yang aku da list kan untuk pegi n tengah kira budget n bulan baper yang sesuai untuk pegi bawak si tecik ni skali nanti :)
2. Aku nak struggle giler2 untuk projek aku pas aku beranak ni. Sekarang banyak sangat obstacle nya tapi takpe ni ujian Allah untuk aku. Kalau dapat come out dengan 1 paper pun jadilah. Bole pegi travel jauh2 sket ngan team research Dr H..ng…

Tahun Baruku :)

Suda masuk 2011..Weehoo!!! Entri tahun baru yang pertama. Cuti dari Jumaat sampai Ahad. Seronoklah bila dapat weekend extra sehari. TQ Pak Ajib (PM kita..hehe). Jumaat tu en suami ajak pi homefair kat Persada. Adalah beberapa benda yang nak disurvey kat situ tapi malangnya apa yang nak dicari tak jumpa pun. Tapi dapatlah beli water filter kat situ. Diorang buat promo so kitorang pun amiklah pakej promo tu. Dahlah filter dia comel bentuk Piguin (penguin sebenarnya). Kat sana siap menang cabutan bertuah. Dapatlah termos elektrik tu sebijik. Rezki baby :) n ada satu lagi cabutan bertuah yang die kena buat n kitorang kena isi borang. Yang ni kalau menang leh dapat TV lcd n pelbagai adiah2 menarik :) Penat woo jalan2 seharian kat situ (sebenarnya 2 jam je).


Ingatkan besar tapi tak pun..hampa betul :(



pingu comel bekerja sebagai filter

tengah kira borang cabutan bertuah yang banyak n perlu diisi mana tau menang lcd tv :)

Lepas pegi homefair, pegi tgk wayang plak. Tengok Kak Limah. Mula ingat na…