Skip to main content

9 bulan dah..

Semalam Johor cuti sebab hari hol. Hari hol tu hari mengingati kemangkatan Sultan Johor. Hari ni aku dan en suami cuti lagi. Nak setelkan banyak benda. Pegi buat cek up dekak KK. Arini cek up jumpa doktor. Doktor buat scan arini. Tengok baby sehat ke tak. Budak comel makin membesar. Gerak pun da tak banyak. Kepala da ke bawah, bulat aje kepala dia.

Aku siap tanya doktor normal ke kalau baby gerak jarang2. Doktor kata normal sebab dia da besar, da penuh, susah nak gerak banyak2. Tapi dalam 12 jam mesti cukup 10 kali. Oklah kalau gitukan. Lepas tu aku tanya doktor lagi berat baby aku da berapa. Doktor kata dalam 2.7kg. Doktor cakap baby nampak ok. Alhamdulillah.

Aku da tak sabar nak tunggu hari2 melahirkan. Lebih kurang sebulan lagi. Huh, cuak memang cuak tapi excited jugak nak tengok si kecik ni. Berat aku sekarang da 63.5kg. Suda besar n serius selera makan memang bertambah. Ngidam2 ni takde pun. Tapi aku suka kalau dapat makan buah tembikai pas makan nasi. Kalau tak tekak ni macam semacam. Aritu en suami beli tembikai sebijik, kitorang belasah dalam masa 2 hari je. Yang makan banyak mestilah aku kan. Hehehe..Da tu bila makan tembikai banyak mulalah nak ke toilet aje.

Kaki tak bengkak sangat tapi aku slalu sangat rasa macam kebas kat bahagian pelvis. Especially bila aku buat satu move ke move yang lain dengan pantas. Contohnya macam tengah dudok then bangun n jalan. Kebas lah pelvis aku tu nanti atau kalau naik tangga or turun tangga. Aku rasa normal n ada aku baca kalau kerap sangat bole jadi tanda2 nak beranak awal. Mintak2 baby bole bertahan sampai masa dia.

Pinggang memang adalah kesakitan yang ditanggung semua wanita mengandung. Slalu aku suro en suami sapu minyak yuyee. Alhamdulillah biasanya dalam masa setengah jam macam tu memang hilang. Kalau badan sakit slalunya aku suro dia tolong picitkan sket n Insyallah hilang jugak. Berkat airtangan suami aku rasa.

Tido macam biasa. Masih perlu tido awal n kalau dapat tido sekejap masa tengahari tu aku akan rasa segar sket. Kalau tak memang mengantuk je mata ni. Macam letih sangat je. Kalau nak kasi energetic sket minum RedBull. Memang pantas je aku gerak. Tapi tak bagus minum banyak2 tau sebab minuman tu high in sugar. so kalau minum banyak2 nanti jadi macam dak kecik yang makan banyak gula. Hyper active semacam je.

Sekarang aku da start minum air selusuh. Air selusuh tu aku amik air zamzam masa mak aku balik umrah aritu n bila nak minum tu doa mintak Allah mudahkan kelahiran. Aku minum air kelapa muda jugak. Orang kata supaya baby bersih n licin bila keluar nanti. Ada orang cakap suro minum air rambut masa mandi n doa mintak mudah beranak macam air tu mengalir dari rambut masa minum air rambut tu. Macam2 petua dapat. Ni aku tengah pikir pe lagi barang2 nak isi dalam beg untuk dibawa ke hospital. Korang bawak apa eh gi hospital?

Comments

bersalin mana nanti?

nih list dapat from my friend untuk ke hospital..=)

Mummy:
-buku merah if govt hospital/any monthly checkup doc from private.
-GL letter/Insurance card
-IC...kad kahwin..
-handphone & charger!
-blouse button depan (easier to breastfeed baby)..kain batik ye..seluar jeans x dibenarkan..huhu
-maternity pad..
-underwear..beli disposable panties je..s
-nursing bra wajib..
-toiletries..sikat rambut
-sweater..stokin..
-camera!

baby:
-diapers of course..
-baju & seluar comel..hihi (bawak yg button depan, sng nk pakai kt bby) 3 pasang cukup je kalau semalaman di hospital.
-minyak telon..or minyak bayini mestika..
-wet tissue 1 pack
-nappy cream utk sapu kt montot baby..hihi..
-towel..mittens & booties
-towel kecik/sapu tangan..
-barut perut baby
-selimut/kain bedung
-mandian baby...

hope that helps!=D

P/S:dah bleh start packing barang dah mommy!=)
nurarinab said…
eii tq..tq..sgt2 brguna..jasamu ku kenang..tq sgt2 :)
dilaOHdila said…
dah lama kak dod tak singgah sini
bila nab nak bersalin?
selemat menempuh pantang larang nab (hehehe)
nurarinab said…
kak dod!!lm sggh x nmpk kak dod kt cni..nx mnth kak dod.tq kak nab :)

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…