C o m e A n d J o i n M e =)

Sunday, January 30, 2011

Im still here :)


Selepas entri menggemparkan pagi tadi, aku pun pi hospital sebab kawan2 semua suro pegi. Maklum anak 1st. Takut jugak kalau ada yang tak kena. Pegi hospital tengahari. Perut tak sakit pun. Macam cek saja2 plakkan.

So sampai hospital, dia suro buka seluar salin kain sarung. Menunggu lah kejap sementara tunggu doktor cek. Kiri kanan semua ada orang tengah tunggu untuk dicek gak. Aku gi kat wad kecemasan untuk bersalin. So sume dalam tu yang nak bersalin. Suami tak bole teman pun. Kena tunggu luar sampai betul2 da nak masuk bilik operation tu.

Doktor pun tanyelah pape yang patut. Lepas dia tanya, mulalah operasi seluk menyeluk untuk tengok bukaan. Dari cerita ramai orang, seluk menyeluk adalah proses menyakitkan. Dari 10 orang yang bercerita, 1 je yang cakap biasa. Rela tak rela, aku biar je. Memang sakit yer kawan2. Dari tak sakit terus rasa sakit. Rasa macam nak terjun katil n balik rumah.

Sekarang seluk2 takde pakai jari da. Dia ada alat dia. Lepas da seluk dia amik bacaan jantung baby. 10 minit tunggu amik bacaan tu yang kuar grafnya pendek je. Tapi graf tu menunjukkan baby sehat dan hepi di dalam. Syukur. Bole dengar jantung baby clear kat situ. Baby pun bila alat tu dok atas perut, dia ingat orang nak main ngan dia, sebok dia pun menendang sana sini. haha..so aku dibenarkan pulang sebab baby ok n bukaan belum lagi. Tengok budak kat sebelah da nangis da sebab kena macam2 test.

Doktor cakap might be tu just leaking aje or keputihan yang banyak tapi aku tak rasa keputihan akan keluar macam air kan. Tapi dia cakap kalau air ketuban pecah biasanya lebih banyak lagi. So tak perlu risau sangat sebab semua pun ok lagi. Kalau da datang sakit contraction tu baru datang sebab biasanya masa tu bukaan da bukak lebih 3cm. Aku pun lepas rasa dok dalam wad tu taknak datang kalau tak sakit. Dok dalam tu buat aku rasa nak terberanak. Tengok orang nak beranak kiri kanan. Operation theatre pun dekat je..dengarlah suara baby2 yang baru dilahirkan seronok tapi still buat aku takut nak masuk wad tu. huhuhu.

Kakak yang sebelah aku pun kena balik awal jugak. Masa tunggu surat doktor, kitorang sempatlah borak2. Kakak tu kata dia da lebih 3 hari dari due die. Dia da 2 kali gi hospital. Yang ni dia da kuar tanda berdarah tu n bukaan da 3cm tapi doktor still suro balik rumah dulu. Kesian dia. Takpelah kak. Nanti sampai masa mesti baby akan kuar jugak.

So kawan2, aku masih di sini. Kalau baby da keluar aku akan inform pada korang semua yer..hehe..

2 comments:

Princess Cindellyna said...

baby dah xsabar nk kuar tu...hehehe =p.

nurarinab said...

pesan ngn bby suro sabar dulu..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails