C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, January 3, 2011

New Year Resolution

Hari ni bangun awal macam biasa. Siapkan sarapan en suami then surf internet sekejap before aku plak bersiap. Tahun baru kali ni aku takde azam baru. Sebab slalu je lupa pebenda yang da aku azamkan. Slalunya bila tibe2 ada azam baru, terus je teringat2 benda tu. Tak kisahlah masa tu tahun baru ke tak.

Tapi aku ada few benda yang aku harap tahun ni aku dapat achieve. Since last year lagi aku berharap dapat buat benda2 ni tapi memandangkan condition perut ni tak mengizinkan, aku tunggu si tecik ni kuar dulu. Bole achieve sama2 ngan baby :)

1. Aku harap tahun ni aku dapat pegi 'huneymoon' lagi dengan en suami. Ada few places yang aku da list kan untuk pegi n tengah kira budget n bulan baper yang sesuai untuk pegi bawak si tecik ni skali nanti :)
2. Aku nak struggle giler2 untuk projek aku pas aku beranak ni. Sekarang banyak sangat obstacle nya tapi takpe ni ujian Allah untuk aku. Kalau dapat come out dengan 1 paper pun jadilah. Bole pegi travel jauh2 sket ngan team research Dr H..ngeee :)
3. Aku nak blaja menjahit. Kawan aku Ct da blaja n aku rasa benda ni tak amik masa yang lama untuk blaja. So aku harap dalam pertengahan tahun depan termakbul lah harapan aku ni. Ingat nak blaja masa pregnant ni tapi ada orang cakap tak baik menjahit masa pregnant (iye ke?).

Ini adalah benda pertama yang aku buat pada tahun baru kali ni. Aku suka dengan benda bling-bling ni. Macam nampak meriah n glamer gitu. Dulu takde guna batu2 lip-lap ni, so aku buat skin phone aje. Warna hijaulah, warna-warni lah..sekarang aku suka bling2 so aku buat lah benda bling-bling ni plak. Da macam2 corak da. Kali ni aku pilih biru plak. Benda ni bukan je memeriahkan fon tapi sebenarnya melindungi fon dari bercalar jygak :) (alasan nak baik..haha)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails