C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, January 17, 2011

Pengalamn ditipu di internet

Naklah mak cite pengalaman mak kat sini. Pengalaman di scam oleh pengguna di internet. Nasib en suami dan ct membantu mengenalpasti si scammer(sukahati hee pakai ayat sinri) ni. Kalau korang perasan aku ada letak gambar kucing bengal 2 ekoq kat post before ni. Jangan taktau ada orang nak jual kucing ni kat internet dengan harga yang murah RM180 sekoq. Taklah murah mana tapi kalau nak ikut harga kedai kucing ni orang jual ribu riban.

Ceh dengan super konfiden, aku pun mengemel semula mamat ni tanya pasai meow ni. Maklumlah Super comel pastu murah, memang mak tamo lepaskan peluang noq. Emel dengan mamat ni memang macam mengkofidenkan. Dia dok tanya macam2 konon macam sayang sangat meow ni. Pastu last2 dia cakap dia nak bagi free aje kucing ni. WOW! Seronok..orang nak bagi kucing comel tu for free.

Dia cakap dia dok Thailand. Dia nak pindah Spain. So nak bagi kucing tu dekat orang yang bole menjaga meow tu. So dia akan courier meow tu. Aku just bayar fee untuk transportion dia saja. Brape banyak, RM350. Banyak gak tu. Selepas berbincang dengan en suami, dia kata sukati akulah nak ke taknak sebab bayar sinri pakai duit aku. Ok, kena pikir dengan gigih. Akhirnya nak jugak. So dia kata dia akan suro orang courier contact aku.

2 hari sebelum aku bagi confirmation emel pada dia, ada satu nombor oversea contact aku tapi nombor tu tak cakap apa. Just call saja n bila diangkat dia letak. So aku pun ignore aje. Tanya en suami dia kata mungkin no dari Spore. So bila aku da confirm, aku dapat satu call dari nombor yang sama call aku 2 hari lepas. Dia cakap dia dari syarikat courier. Aku pun ok kan aje. Dia tanya bila nak masukkan duit supaya dia bole pos meow tu. Aku cakap bank belum bukak lagi. Nanti da bukak aku masukkan. Tapi tak logik sebab no company da masuk before confirmation. Aku ada bagi nombor aku pada si penjual kucing saja. Maksudnya orang hantar kucing dan courier company adalah sama. Dan bila en suami cek no tu adalah kod untuk negara Cameroon.

Tapi aku musykil. Aku mintak en suami tolong sahkan emel tu valid ke tak. En suami kata tak valid. Dia bukak website orang tu tapi website tu sangat pelik. Bukan website courier2 ni. Nasib baik laki mak keje menguruskan benda2 yang dipos dari oversea tu. So taulah dia benda tu valid ke tak. And yang buat aku musykil sebenarnya adalah, dia kata meow tu dekat Thailand tapi suro aku bank in pada orang yang ada dekat Cameroon. Apakah kejadahnya?!! Masa tu aku call jugak kawan aku yang slalu buat urusan western union ni, logik tak kalau barang nak dipos dari Thailand tapi bagi alamat dekat Cameroon. Dia kata tak logik. Ni untuk pengetahuan kawan2 yang tak pernah buat urusan guna western union, western union ni satu urusan mengtransfer duit ke oversea tapi dia bukan based on no akaun bank tapi menggunakan alamat yang diberi. Kalau alamat yang kita beri tak telly dengan alamat yang dia bagi dekat bank nanti, duit tu tak bole dikeluarkan.

So aku pun peliklah nape barang nak dipos dari Thailand kena masukkan duit kat Afrika sana. Lepas tu orang tu asik call aku tapi memang aku tak layan. Aku block nombor dia dari menembusi fon aku sampailah tuan punya badan emel aku. So aku YM dengan dia. Aku cakap aku musykil dan aku tau dia tipu. Dia cakap dia tak tipu n dia akan emel aku pasport wife dia. n dia akan minta orang courier tu YM dengan aku jugak supaya dia bole terangkan apa yang tak clear.

Memang macam sangat meng'convince'kan jawapan2 dia. Pandai lagi nak klentong tu. Dia bagi satu website lain lagi untuk aku tengok yang diorang ni kononnya memang pet delivery tapi kalau korang nak tahu, delivery tu based dia kat US. And company tu takde branch kat tempat lain. Ini dia cakap branch dia ade kat banyak tempat n salah satunya kat Cameroon. Diorang kena guna yang Cameroon nya akaun sebab yang lain nya branch tu tengah down for maintenance. Perghhh..menipu melamapau macam aku ni tak gi skola.

Logiknya lahkan, kalau akaun down for maintenance, akan keluar satu alert notification dalam website tu sinri. Dan yang buat aku tak pecaya adalah, mamat courier ni emel dia adalah airanimal18@deliveryman.com. Macam yang korang semua tau, kalau kita ada emel sipolan@yahoo.com, mestilah yahoo.com adalah based website kita kan. Tapi mamat ni kata based website dia adalah airanimal.com. Itulah yang menunjukkan dia tipu. Tapi takpe aku layankan juga. Aku cakap aku akan masukkan duit hari Isnin ni sebab masa tu ari Jumaat da petang. Bank da tutup. Aku tanya brape lama kucing bole sampai, dia kata 5 6 jam. Masyallah. Penipu sungguh. Kat Malaysia kalau pakai pos ekspress pun sampai esok, dia bole sampai on that day jugak.

So, en suami kata mintak resit dari company tu sebab emel yang dia hantar tu tak valid. So aku cakap kat dia, scan resit dari pihak dia supaya aku bole betul2 yakin. So ni aku attach korang emel yang dia hantar, resit yang dia hantar and pasport bini dia. Then aku akan bagitau apa yang buatkan benda ni tak valid.
emel ni yang buat aku musykil nape kena masukkan duit ke cameroon (klik untuk lebih besar)
Resit ni tak valid sebab terlalu colourful dan banyak sangat gambar2 kartun. Resit yang official biasanya bertulis tangan ataupun di type menggunakan typewriter.

Pasport ni paling gempak. Bahagian Nama, nationality, Residence, height and paling obvious gambar semuanya telah di paste. Mana ada gambar pasport yang ada latar belakang. Gambar pasport cuma boleh berlatar belakang biru atau merah sahaja yer kawan2. And tolonglah, pompuan tu posing macam model ok.

Dan lagi kawan2, Kalau ada courier apa2 barang dari mana negara sekalipun, takde courier company yang akan gelabah call sampai 10 kali. Biasanya kalau kita kena tanggung pun kos penghantaran tu, dia akan call bila barang da sampai atau da bergerak supaya kita tahu kat mana barang tu. Biasanya ada track code. Kalau barang tak dituntut pun, dia akan pulang bali barang tu pada alamat asal dalam masa yang ditetapkan.

So kalau beli barang dari internet ni, kena make sure betul2 kalau rasa ragu2. Tanya sebrapa banyak soalan yang bole. Kalau korang beli dari official website then bole kurangkan sket rasa ragu2 tu tapi kalau beli dari orang persendirian ni memang kena confirm kan betul2.

15 comments:

cik fara @ fanadz said...

huish..ngeri gak tu b. nasib baik ko dapat kesan awal2 kan.

nurarinab said...

tau takpe..ngeri btol..

MyNameIsdD said...

peh besusah payah hanya utk 350 ituh aje. despret tahap gaban ke ape mamat tuh huh. thnx for sharing this article arina.. sgt bagus spy org lebih alert.

nurarinab said...

biasalah org afrika dd..350 pn bsr utk die..brhati2lah bile shopg nline ni k..

nurarinab said...

biasalah org afrika dd..350 pn bsr utk die..brhati2lah bile shopg nline ni k..

nurarinab said...
This comment has been removed by the author.
nurarinab said...
This comment has been removed by the author.
nurarinab said...
This comment has been removed by the author.
nurarinab said...
This comment has been removed by the author.
Mrs.Qarlista said...

mmm..disebabkan kucing bengal orang yang buat scam ni macam tak perasan pulak yang die dah tunjuk aksi bengap. ape, die ingat sumer orang bengap macam die. hehe. anyway. nice and wise reading. buat peringatan for future.. :)

adik paksu said...

saya baru tadi mendapat pengalaman yg sama ....dia suruh bayar atas nama cameroon...mmg penipu ....nasib bain saya checking betul betul....hc

adik paksu said...

saya baru tadi mendapat pengalaman yg sama ....dia suruh bayar atas nama cameroon...mmg penipu ....nasib bain saya checking betul betul....hc

Anna Lee said...

Assalam sis.. Boleh mntak email you tak sis.. Sya ada somethng nk ajukan dkt you sis... Sya was2 nk beli email import mcm ni.. Sya ni baru2 nk jinak dekat kucing exotic...hihi, email sya digialwayswithme@gmail.com

Anna Lee said...

Payment Address

First Name : NGOLLE
Last Name : JEAN CLAUDE NDIKUM
State : CAMEROON
Postal Code : 00237
City : BUEA
Street Address : UB JUNCTION MOLYKO
Test Question : IN GOD WE TRUST ?
Test Answer : AMEN
Amount : MYR 700.00

ini satu pernipuan atau bukan...saya tak nak nanti bila nasi dh jadi bubur... Baru rasa nk menyesal...saya nk tanya pendapat kakak2 dan abang2 di sini... ���� sebelum saya membuat satu kesilapan besar... Org yg jual tu dduk dkt singapore...tp sy mintak number dia.. Dia bglah number dia.. Tp sya check number tu code cameroon...pihak agency pulak call pagi tadi..tapi number agency tu code dari thailand ( +66 ) tadi sy cuba call pihak agency tu tapi number takde dalam perkhidmatan... :'(

Edita Ezy said...

Sis, boleh bg email sis? Sy nak tnya something and ni email sy ezrin7@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails