C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, January 18, 2011

Receptionist hampeh

Aku kadang2 tengok pekerja2 yang keje dekat reception ni kurang kesantunan. Dah slalu dah dapat pekerja yang kurang di ajar ni. Kita ni bertanya penuh hemah tapi dia punya menjawab macam lah dia bos kat situ. Kadang2 aku rasa nak panggil bos dia komplen depan2 tu jugak suro tengok pekerja dia melayan tetamu macam mana. Kalo da namanya dudok kat kaunter tu, tolonglah maniskan muka walaupun hari ko tak brape nak baik aritu dan tolonglah jangan nak membabi buta je marah.

Kalau kena angin aku masa tu tak baik jugak, aku memang akan fire balik. Aku paling tak suka bila orang aku tanya baik2, dia nak marah2 plak. Semalam aku pergi satu kedai komputer dekat Taman U. Nama dia E-cytech. Orang kata kedai tu bagus. Aku tengok pelanggan pun macam ramai. Agaknya oklah. So aku anta laptop untuk diformat. Alang2 nak start blaja balik ni, bek aku format skali laptop aku tu.

Bila aku amik laptop dari kedai dia, aku bawak balik lab untuk cek. Aku tengok macam ada problem dengan kabel power die. Tapi aku macam ignore kan benda tu sebab aku rasa macam masalah kecik je. Tapi benda ni terjadi everytime laptop di on lama sket n nanti tiba2 terus padam n tak bole nak on balik. Pe masalah dia aku pun tak tau. Ingat ming lepas nak pegi tapi minggu lepas aku cuti banyak n bila kat lab pun aku kena setelkan banyak benda. So tak sempat2lah aku nak ke kedai tu.

Jumaat lepas laptop terus tak bole bukak n dia da corruptkan windows terus. So nak taknak semalam hantar balik ke kedai. Aku pun dengan muka manis cakap dekat minah kat kaunter tu yang laptop aku tak bole nak on. So dia cakap dia nak on untuk tengok apa problem. Bila on dia cakap program da corrupt n dia cakap mesti sebab laptop aku slalu off sinri. Aku iya kan cakap dia. Then aku cakap problem tu occur lepas aku hantar format kat situ. Memang dari aku amik tu power jadi macam tak stabil. So bole tak dia cek balik untuk tengok kenapa jadi macam tu.

Aku cakap punya lemah lembut, dia tiba2 nak marah aku n macam taknak bertanggungjawab. Dia kata kalau kabel problem, bukan salah kedai. So dia cakap jangan nak tuduh2 kedai tu yang buat kabel tu rosak. Aku pun tak tau bahagian mana yang dia tak faham. Lama aku argue dengan dia pasal benda ni. Sekarang ni aku rasa, as a customer, aku hantar laptop aku yang takde problem hanya untuk diformat tapi bila aku amik power supply jadi bermasalah, so sape yang patut aku salahkan?

And as a customer yang ade knowledge sket je pasal komputer tak bole ke dia panggil orang yang format laptop aku untuk cek dulu problem laptop aku tu. Kalau misal kata memang kabel aku da rosak n aku patut beli kabel baru, tahulah aku beli kabel baru. tak payahlah ko nak marah2 macam hape je. Yang aku geram lagi, bukan dia pun yang format laptop aku tu so tak payahlah nak marah macam dia yang buat keje tu.

So aku cakap kat balik kat amoi tu, "i taktau pasal komputer n dats why i hantar laptop i kat u untuk di cek. Sekarang i punya laptop problem lepas hantar kat sini. Tak bole ke u panggil orang cek tengok sebab ape. kenapa u nak kena marah i cakap i tuduh padahal i bagitau u benda yang jadi lepas i hantar laptop ni. U ke yang format laptop i? bukan kan..so tak payahlah nak marah2. cara u ni memang rude".

Then dia senyap. Aku amik resit n balik. Ikut hati nak je aku panggil bos dia. Masa aku call pagi tadi untuk tanya da siap ke belom, dia angkat call. n bile die tau aku caller nye, suara mula nak tinggi balik. Aku cakap aku akan datang esok. Esok kalau perangai macam tu lagi, aku make sure aku panggil bos dia n buat komplen pasal dia. Kalau tak bole nak cakap elok2, tak payah bagi task layan customer kat dia. Orang yang datang kedai komputer takkan datang kedai komputer kalau dia tau betulkan komputer sendiri. So tak payah nak marah2 macam gitu. Lagi pun dalam resit dia tulis aku ada 2 bulan servis warranty dari kedai dia. So tak salah lah kan aku pegi tanya kenapa dan kenapa..

3 comments:

Anonymous said...

lain kali,jangan pakai windows...dunia Linux besar beyond tetingkap sial tu

Anonymous said...

as IT technical support, sy sarankan supaya jika laptop mgalami msalah dan perlu utk dservis ke mane2 kdai computer. sila hantar laptop SAHAJA, tidak perlu bawak charger skali, JIKA laptop tu mgalami mslh windows sahaja. Jika mgalami mslh hardware, barulah bleh bagi skali charger and other hardware or accs part for diagnos if needed... Lgi 1, jgn pelik jika laptop yg kita hntr mase tu hnya problem windows, then tetibe mase amek ade problem laen such as hrdware, sbb laptop ni ade had mase/umur and based on luck jgk. mgkn mmg dh nasib laptop tu dh nak problem, so kne terima lar.. laenlh klau mse hntr tu screen xpecah/xretak, tetibe mase amek tgk dh pecah. barulh bleh salahkn kedai sbb kcuaian kedai.. Lagi 1, laptop zaman skrg ni tempoh mase mmg xlame, limit 2-3 tahun, ade yg 1 tahun je dh rosak. itu sbb quality vendor tu..
Sekian TQ, skadar bkongsi pgalaman as IT Technician...

Hatta said...

sy setuju dgn Anonymous said.......1 lg....klu nk hntr servis....hantar pi kedai2 kecik.....depa bole layan customer.....sbb depa lebih kepada servis......barang jualan tk banyak......klu kedai besar2....depa lebih tumpu pada jual barang.....jd pekerja smua kerja dlm keadaan strees sbb nk kejar sales.....customer yg banyak songel mmg depa tk layan (bkn sbb racist).....bangsa dia pon dia layan mcm tu jgk.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails