Skip to main content

pengalaman melahirkan

Hari ni nak cerita pengalaman pertama bersalin. Pengalaman yang tak mungkin aku lupa sampai bila2. 2 kali aku ke hospital tapi yang pertama kali pergi tu doktor suro balik walaupun da keluar tanda2 seperti lendir berdarah, keluar cecair macam air ketuban dan sakit yang datang seperti sakit contraction.

Doktor kata jalan tak bukak lagi. Oklah baliklah ke rumah. Esoknya, pagi2 aku ada cek up kat klinik macam biasa. Bila aku citer dengan nurse tanda2 tu semua, dia da risau. dia kata lain kali pegi je HSA tak payah pegi HSI. So petang tu rasa sakit lebih kuat dari yang semalam. Dan aku risau sebab cecair putih tu da stop kuar. Aku takut air ketuban da abes. So aku cakap kat en suami, meh lar ke hospital. Kalo doktor suro balik, kite gi HSA je.

So pegilah hospital. Nasib doktor baik. Dia kata better da bukak sebab da 3 kali aku ke hospital. Aku ingat masa tu da pukul 630 petang. Tunggu nak cek bukaan je da 2 jam. Cek punya cek da bukak 3cm. Doktor kata da bole masuk labor room tapi dia suro makan dulu. Bila macam tu mana de selera sangat. Aku makan roti n air milo. Nasib before tu kat rumah da minum air madu. Takut bersalin nanti takde energy.

Pukul 10 dia suro masuk balik wad. Aku salam en suami sambil mintak ampun. Maklum dosa banyak time ngandung2 ni. Hehe. Kat wad menunggu husband tak bole masuk. Aku salin baju hospital n sambil tumggu nak masuk bilik labor tu da pukul 1030 malam. Masuk labor, aku ingat tu bilik menunggu gak. Biliknya sebuah2. Rupanya itulah tempat aku bersalin nanti. Da masuk labor room jangan harap nak bangun dari katil. Kalo nak berak pun dia suro berak atas katil je. Nak dudok pon jangan haraplah. Dia suro baring je. Masa tu kena seluk memang tak selesa. Dengan darah mula keluar banyak..adoi sangatlah tak selesa.

Masa tu sakit contraction sket2 je. Bila pukul 1130 macam tu aku da start sakit kuat. Mula2 tahan lagi. Makin lama makin kuat sampai rasa macam nak menerajang je sume benda yang ada. Sampai satu tahap aku nangis esak2 sebab tak tahan sakit. Mulut ni berzikir tak berenti. Airmata mengalir tahan sakit. Nurse panggil en suami tapi masa tu dia takde plak. Nurse kata gaknya en suami da lari sebab takut darah tak. Nak buat lawak plak nurse ni time2 gini (ke die serius masa tu eh). Aku gitau en suami gi toilet gaknya.

Masa tu doktor injet dengan ubat tahan sakit. Ubat tu ngantuk. Bila sakit contraction tak datang, aku akan tido tapi bila dia mai, memang kejap tiang katil tu aku pegang. Sampai satu tahap aku merintih kat nurse. Dia pun suro selawat banyak2. Masa tu tak lama kemudian en suami masuk. Nampaklah dia macam mana aku sakit contraction. Bila sakit datang, aku pegang tangan en suami n cakap 'sakit b'. En suami pun tenangkan aku n suro sabar.

Pukul 1240 aku rasa macam nak terberak. Masa tu plak en suami gi toilet n nurse takde kat bilik. Aku menjerit panggil nurse cakap nak terberak. Nurse cek bukaan aku da 9cm terus die suro teran. Aku teran macam nak berak tapi meneran bukan keje mudah yer kawan2. En suami masuk bilik terkejut tengok aku tengah teran. Dia jadi pendukung aku kat sebelah. Dengan terpaksa menahan mata dari tertutup akibat ubat tahan sakit, waktu tak sakit aku akan hampir tertido. Takde kudrat nak meneran tapi dalam hati cakap kalau aku tak teran nanti baby kena forcep. So aku akan cuba lagi.

Setengah jam meneran akhirnya berjaya keluarkan Rania. Rasa syukur sangat. Akhirnya keluar juga anak aku. Nurse tunjuk baby untuk make sure dia nye gender. Aku cakap girl. Masa tu dia nangis kuat dan bewarna biru. Seronoknya tengok anak sinri. Lepas dari tu adalah adegan menjahit. 2jam dijahit sampai bius abes tapi aku tido sambil dijahit sebab letih. Luka aku dalam so nurse amik masa lama untuk jahit. Walau da abes bius, aku masih rasa sakit bersalin paling sakit so sakit dijahit macam sikit nak banding dengan sakit contraction.

Sebab lama sangat dijahit, nurse bawak baby datang masuk untuk disusukan sambil dijahit. Terharu pegang anak sinri untuk kali pertama. Dia nangis tapi sampai kat dalam pelukan aku dia senyap. Nurse ajar susukan dia. Baby pun blaja hisap susu tapi aku tengok dalam 3jam dia da pandai menyusu. Fast learner betul. Kul 430 pagi baru masuk wad. Malam tu tido dengan baby kat wad. Since dia taknak tido dalam katil baby, aku peluk dia n tido sama2. Aku rasa maybe dia rasa secure bila kena peluk. Tengok muka dia aku taktau perasaan orang buang anak sebab aku rasa kesian bila tengok baby baru lahir nangis. Rasa sayang sangat bila tengok dia. Macam dia mintak dipeluk.

So tulah pengalaman bersalin aku. Tak mungkin aku lupa. Precious moment yang datang skali seumur hidup. Sekarang aku tak sabar nak abes pantang nak balik rumah. Aku rindu sangat kat rumah aku. Aku memang type2 homesick ni. Takpe, lagi 24hari je lagi. Lepas tu da bole balik. Aku teringin nak minum jus limau nipis yang dingin (bukan berais yer). Alamak sedapnya. Gulp..gulp..(telan air liur) ok kawan2. Jumpa lagi.

P/s: tak online pakai komputer lagi :( jenuh taip keypad kecil molek ni..

Comments

cik tim said…
ct sedeh baca pengalaman ni :( ct doakan sumenye baik2 for arina n baby rania :) InsyaAllah
Mrs.Qarlista said…
aahla.rase tersentuh bile bace entry ni..syukurlah dah selamat melahirkan..deliver kat HSI ye. nad ingat nak deliver kat HSA..kalau tak sempat gi sane, gi hosp kulai jelaa.. :)


btw, take care and kirim hugs untuk rania
nurarinab said…
tq ct

arina brsalin kt HSI sbb dkt ngn rmh n nak suro hubby sk..diorg kate HSA cpt n pnts khidmat die..so oklah tu ;) good luck eh..

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Set Bersalin untuk kali ke2

Assalamualaikum wbt,
Ceh sejak2 da bole update blog guna fon ni rajin plak nak update kan. hihi. So just nak share set bersalin yang aku pilih untuk anak kedua ni. Aku nak cari set yang takde bengkung sebab da ada bengkung. Amway plak takde jual set tanpa bengkung sebab kalo tak for sure aku akan beli set Amway lagi. So adalah a few yang aku consider untuk dicuba. Antaranya set Anugerah sebab set Anugerah siap ada bacaan ayat2 quran. So quite menarik jugakkan. Pastu set dia pon ade banyak. Ada untuk ibu bersalin normal n ibu bersalin secara caesarian.
Aku ni citer yer2 macam aku beli kan. Tapi akhirnya aku tak beli pon sebab lepas consider set Anugerah, aku tertarik gak dengan mustika ratu. Set dia yang tanpa bengkung dalam rm120 je kot. Aku tak ingat exact harga dia. Tapi set dia tanpa ada pencuci untuk bawah n herba mandian. Herba mandian aku beli brand TYT memang khas untuk berpantang dalam rm8 ada 2 sachet. Yang untuk bawah tu aku guna air garam suam je nanti sebab nenek aku caka…