Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Me and Rania

Keluar dengan Baby Rania berdua. Saja nak test carseat dia n jalan berdua dengan dia. Rania senyap je sepanjang dalam kereta. Kalau terjaga pun dia seronok je tengok benda yang nampak macam bergerak. Merengek pun senyap kalau aku bagi hisap ibu jari aku (bole eh macam tu). Pasni bolelah kuar dengan dia. Tapi susahnya nak beli barang banyak2 sebab nak sorong stroller lagi, nak sorong troli barang lagi. Kalau takat beli benda kecik2 oklah. Kalo tak memang kena ada assistant.

Esok nak hantar Rania gi babysitter tengok dia macam mana. Melalak tak. Risau jugak dia menangis kat sana nanti. Dahlah tamo minum botol lagi. Tah bila dia nak minum dari botol taktaulah. Harapnya dalam masa terdekat ni dia akan try minum dari botol.

Rania Kini

Lama betul tak update blog. Sibuk uruskan anak, masak2, basuh2, hehe..mak2 betul sekarang ni. Rania sekarang da pandai merengek di siang hari seolah2 taknak bagi mak dia ni gi keje. Kalo tido nak sentiasa berpangku dan berdodoi. Kalau tak die meraung sekuat hati. Aku kadang2 saja je bagi dia meraung sebab suara dia comel sangat. Nangis macam masa dia baru lahir dulu. Bila dia meraung slalunya aku gomol2 dia, cium banyak2. Hahaha.

Rania malam2 sekarang tido kat katil dia sendiri. Bangun malam pun cuma 2 3 kali je sebab nak mintak salin lampin or susu. Aku rasa masa dalam hari tu bila dia tengok orang tak brape nak layan dia, dia da tau da dia kena tido malam2. Bila bangun pagi dia sangat gembira n akan ketawa bila kena agah. Suka aku bila tengok dia macam tu. Rania tak bole kena air cond. Kena air cond die pun tido je. Lena sungguh. Tak bagi susu pun dia ok, berak pun ok. Punyalah dia suka kat air cond.

Rania tido dalam katil sinri waktu malam

Rania dalam carseat bole tido sebab aircond

T…

Lie To Me

Korang pernah tak tengok cerita Lie To Me? Aku tahu cerita ni since aku anak dara sebab my hausmate masa tu kak dila slalu cakap cite tu best n suro aku tengok tapi masa tu aku tak sempat pun nak tengok. Pastu bila aku kahwin dengan en suami, dia pun ade set DVD Lie To Me. Dia cakap cerita tu best tapi macam biasalah, mana aku nak tengok. Tak sempat pun.

Masa aku pantang nilah baru berkesempatan tengok cerita tu dekat Astro. Oh memang best cerita tu. Dia pasal seorang laki ni bernama Dr Carl Lightman (lakonan Tim Roth), dia seorang doktor psikologi yang bole membaca gerak tubuh (body language) orang and tentukan orang tu menipu atau tak. Dia slalu tolog polis dan FBI solve kan problem2 diorang dengan detect orang2 yang terlibat tu menipu ataupun tak.

Aku memang suka sangat psikologi especially bab2 baca personaliti n pemikiran orang ni. Dulu aku slalu cuba baca personaliti orang dari tulisan tangan. Slalunya betul tapi sebab da lama tak praktikkan, aku da tak ingat macam mana. So citer …

Amirah Najihah

The gurls! Mira, aku n yayang (love u girls)
Hari ni result SPM keluar. Adik aku yang bongsu mungkin adalah orang yang paling gabra kot. Tapi aku rasa mak aku lebih gabra sebab bila mak aku cakap die neves nak tengok result adik aku, adik aku dengan selamba je cakap, "ibu janganlah risau. benda da lepas. result tu memang macam tu gak". Sangat tak gelabah macam aku dulu2. Tapi aku tau dia sebenarnya cover je tu. Haha.

Amirah Najihah nama adik aku yang bongsu. Dia ni dari kecik aku rasa adik yang paling banyak aku kena jaga. Maklum da jadi kakak2, mak mesti suro tolong punya. Basuh berak ke, buat susu ke, buaikan ke, memang aku merasa buat semua tu untuk dia. Walhal masa tu aku baru darjah 3. Tapi aku tak kisah pun sebab takdelah susah mana pun kan.

Masa ibu dengan ayah berpisah, Mira banyak sangat memberontak. Maklum, dia masa tu dudok sorang2 dekat rumah. Skola dengan ayah. Aku, yayang n Afiq semua da keluar rumah blaja. So bayangkan perasaan budak skola rendah yang keseoranga…

Review on Amway Post Natal Set

Puan Fiona request untuk cerita pasal Amway Post Natal Set. Khas untuk mummy April, saya review untuk kamu yer tentang Amway set ni :)

Jadual guna produk2 dalam set tu semua aku ikut jadual yang dia bagi kecuali air teh herba yang patut minum hari ke5 aku minum hari ke 10 sebab Rania kuning. Air teh herba tu ade kunyit so kena lah avoid kunyit.

1. Air Basuhan Herba
Air Basuhan Herba ni aku pakai since first day untuk cuci vagina. Air tu buat suam2 n guna time mandi or lepas buang air. Tak sakit pun walaupun ada luka jahitan kat bawah tu. Air ni macam buat rasa bawah tu lebih comfortable sebab kalau nak cuci pakai air biasa, sejuk sangat n takut luka terperanjat. Lepas cuci aku lap pakai tisu supaya bawah tu tak lembap n aku sapu ubat kuning yang hospital bagi supaya luka cepat sembuh. Luka aku banyak n dalam so amik masa dalam 10hari jugak nak tunggu dia baik.

2. Air Mandian Herba
Air mandian ni aku guna tiap kali mandi pagi n petang sampai habis sachet yang dia bagi. Aku suka pakai benda …

Hari2 akhir seorang wanita yang berpantang

3 hari lagi aku abes pantang. Excitednya dalam hati ni jangan tanya ok. Walaupun aku tak kisah pantang kena makan ikan kukus setiap hari dan roti kering setiap hari, tapi perasaan nak abes pantang adalah sama macam perasaan bila kau abes SPM. yeepie! Taktaulah cara berpantang aku ni betul ke tak tapi yang penting DA NAK ABES. hehe.

Aku abes pantang hari jumaat. Sabtu aku nak pi wedding kazen aku kat Mersing. Pecaya tak caya, sepanjang aku da berkahwin ni, aku tak pernah balik Mersing lagi walhal itulah kampung mak aku. Tak bole nak buat apa sebab arwah atuk n nenek da takde. Yang tinggal makcik n pakcik aku kat sana n sepanjang setahun ni, aku dan en suami sibuk organize jadual kitorang. Makcik aku pon sampai majuk2 sebab tak sampai2 rumah dia. So, mak andak, I'm coming to your house this weekend..wehoo!

Aku siap suro en suami cuti pada isnin akan datangnya sebab nak ajak dia jenjalan. Dinner anniversary tak sambut lagi, dinner birthday pun tak sambut lagi. Pending activities banyak…

How to do? Help me!

Naklah tanya blogger2 dan non-blogger2 sekalian, macam mana korang train anak korang yang bf minum dari botol. Rania tamo minum dari botol. Kalau aku pam susu masuk dalam botol, dia muntahkan balik susu tu n kadang2 belum kuar lagi susu dari botol. Dia da buat aksi nak termuntah da sebab rasa puting botol da masuk mulut dia. Tinggal brape minggu je lagi before aku kena anta dia kat bs. So risau gak aku kalo dia tak minum kat sana sebab tamo minum dari botol. So macam mana korang train baby korang yer. Mintak tolong kawan2 semua :)


Milk A Deal

Slalu tak nampak iklan nuffnang kat tepi tu pasal 'milkAdeal'. Ok, aku ni macam korang2 jugak. Paling pemalas nak klik iklan kat tepi tu tapi en suami kalo baca blog aku suka klik iklan2 kat tepi tu konon2 nak jana pendapatan kat nuff2 lah.

So back to the story. Bila en suami klik situ kuar lah pasal Milk ADeal ni. Sangat menarik ok. Dia macam menjual kupon tau. Macam2 ada. Location untuk milkADeal ni dekat KL, JB, Pulau Pinang n Singapore. Aku dengan en suami kan ada plan nak pi spa lepas pantang ni. Aku ade buat satu entri pasal getaway ni dalam previous entri yang nama spa ni Rina Balinese Spa. Tengok2 dalam MilkADeal ni ade buat jugak. Masa tu deal dia RM126 untuk 2 orang for 2d1n. Wow murah ok. Haritu aku tengok dia buat promo kat website sinri 400 untuk 2 orang. Ni lagi murah.

Cara MilkADeal ni macam ni, sekarang ni ada deal murah dekat Harmony untuk manicure dia. Slalu berharga RM125 tapi untuk MilkADeal ni tinggal RM35 jerrrrrr. Oi murah amat tu! Biasanya dia bukak dulu …

A Doctor In The House by Tun Dr Mahathir

Aku da lama sangat nantikan buku ni. Slalu aku cakap pada en suami, "Dr M ni taknak tulis buku ke?", "Bila nak keluar autobiografi pasal Dr M ni?" n few weeks ago bila aku nampak iklan pasal buku Dr M, aku cakap dekat en suami, aku mesti beli buku ni bila abes pantang. So malam semalam en suami keluar beli barang Rania n nampak buku ni n belikan aku. Thanx alot b! Aku teramat sangat mengagumi Dr M. Such a brilliant and genius man. Oh yes once upon a time people did say that he was a 'gila kuasa' man because he was the longest prime minister compare to the other 3 but hey, Malaysia banyak membangun selama pemerintahan dia. So we owed him a big gratitude.

Aku tau Dr M genius bila aku dengar cerita dari ayah aku macam mana dia menangani isu kegawatan negara tahun 1997. Dan masa tu aku rasa syukur sebab ada PM yang bijak macam dia. Masa tu banyak negara yang pinjam duit dari tabung dunia n end up negara tergadai n rakyat merana. Dan bila Dr M letak jawatan dari …

Hadiah yang terlewat

Hari semalam sampai hadiah en suami. Yeepie! Hadiah sebenarnya da sampai hari Sabtu tapi dia hantar ke alamat rumah yang satu lagi so kenalah amik hadiah dekat pejabat poslaju. Itu pun mintak ibu aku amikkan. Nak dijadikan cerita semalam en suami keje setengah hari sebab cermin depan kereta dia pecah. Aku beli hadiah en suami dekat dalam internet sebab tak bole nak keluar cari hadiah en suami. Mula2 aku plan nak belikan dia Wallet tapi aku da belikan en suami 2 wallet. So aku rasa macam tak patut bagi wallet lagi walaupun aku da berkenan sangat dengan wallet tu. Then terpikir nak bagi belt walaupun belt en suami ada banyak tapi dia punya belt jalan macam da uzur tapi sayangnya belt yang aku nak beli untuk en suami tu nak kena order dulu plak. 2 - 3 minggu baru dapat. Alahai lambatnya.

Then aku terpikir satu lagi hadiah untuk en suami. Jam tangan. Tapi terpikir plak nak beli jam apa. Las2 aku teringat jam Calvin Klein. Aku dengan en suami slalu gak usha2 jam CK. Jam dia nampak simple ta…

Our own house

Apakah benda yang paling korang rasa penting bila da kawen? Pada aku dan en suami adalah rumah. Bila kitorang kawen, aku sibuk2 nak cari rumah. Untuk aku diami sampai 20 - 30 tahun n kalau bole bukan rumah sewa. Pada aku membazir juga sebenarnya kalau bayar sewa bulan2 ratus2, ribu2 tapi sebenarnya bukan rumah sinri. So, lepas kawen aku cakap dengan en suami jom beli rumah.

Tapi masalah jugak sebab masa awal kawen, aku dan en suami dok jauh. Taktau nak settle down mana. Aku kat KL n dia kat JB. Tapi las2 aku decide untuk balik ke JB. Better aku yang ikut en suami since aku blaja lagi. Lepas blaja bole cari keje kat mana2. Kalau en suami yang nak tukar, leceh. Nak kena cari keje baru n masa tu plak tengah gawat. Ramai orang dibuang keje. So better aku balik JB.

Bila da grad bulan 8, supervisor pun tolong cari tempat kat UTM untuk sambung, aku balik JB. Bulan 9 tu aku da sibok dengan en suami cari rumah sebab tahu akan menetap di JB. Lagi pun aku dan en suami da familiar dengan environmen…

Aku tak solat tapi aku berjaya

Selalu kalau ada kawan2 ditimpa musibah aku cakap, "Sabarlah, ujian itu tanda Allah sayangkan kita". Bila aku cakap macam tu memang aku maksudkan benda tu. Ujian tanda Allah masih sayangkan kita. Masih ingat pada kita sebab slalunya bila ditimpa musibah, kita lebih dekat pada Allah dari masa kita dapat kesenangan, betul tak? Bawah ni ada satu peringatan yang pada aku bagus untuk kita renung2kan. Aku kongsi sama2 dengan korang untuk peringatan kita semua ya.

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )
by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh c…

Dear my sister,

Ini kisah seorang sahabat aku yang paling rapat dengan aku. Paling baik dengan aku. Kawan bertepuk tampar, bertarik rambut, bergigitan yang aku rasa takde orang lain yang aku bole buat macam tu kecuali dengan dia. Tapi selain dari yang macam tu, dia jugak kawan pondok2 aku (buat pondok sinri bawah katil), kawan main nyanyi2 bawah pokok, kawan main basikal sama2, kawan skola tadika aku, kawan skola rendah aku tapi lepas skola menengah da tak sama2 walaupun pergi skola n balik skola naik bas yang sama.

Ni kisah kawan yang paling aku sayang. Kalau Allah hidupkan untuk kali ke2, aku still nak dia jadi kawan aku yang paling rapat. Kawan aku ni adik aku. Adik yang bawah aku. Beza umur cuma setahun 5 bulan. Kalau kecik2 ibu slalu belikan baju yang sama n orang slalu ingat kitorang kembar sebab aku dengan dia sama kecik. Kami dalam family panggil dia yayang.

Aku dan yayang rapat sebab bawah yayang adalah adik lelaki. Jadi aku dan yayang slalu main sama2. Yayang adalah adik yang sangat menurut k…

Happy birthday bunny bunny

Esok besday en suami yang ke 27. Oh b tuanya kamu..haha. Yelah tua beberapa bulan dari aku. Aku ingat tahun lepas aku celebrate besday en suami dekat Phuket. Malam besday dia makan dekat kedai Pak Arab. Makan seafood. And a year before that, we celebrate his besday at Murni. Masa tu tak declare pun lagi but we both knew something will become something sooner.

I think, fate has written that me and him will be together. Masa aku form 4, aku dapat masuk SMKA. Aku masuk skola asrama tu 10 hari je sebab sebok melalak nak balik. En suami sebenarnya skola SMKA jugak. Dari f1 sampai f5. Tapi masuk 10 hari pebenda nak kenalnya kan. Tapi kawan2 yang pernah sekelas dengan aku kat sana, bila tengok aku kawen dengan en suami terkejut beruk. Macam mana aku bole kenal en suami and macam mana en suami bole kenal aku sebab kitorang tak sekelas pun.

Then pas abes skola aku masuk matriks. En suami pun satu matriks dengan aku jugak. Tapi setahun kat sana, aku tak kenal langsung dengan en suami tapi en suam…

Sebulan suda..kejapnya

Harini genap sebulan Rania dilahirkan. Bila genap sebulan kena cek up dekat klinik sebab nak amik jab hepatitis B yang ke2 untuk dia. Pegi klinik pukul 845 pagi. Sampai klinik, aku yang kena cek dulu. cek air kencing n darah, tekanan darah n berat. Semua normal. Berat aku sekarang da 52.5kg. Da sama berat before preggy. Memang senang nak turun sebab Rania pun kuat nyusu.

Bila cek Rania, tengok berat dia naik 1.15kg. Sekarang dia da 4.2kg. Nurse dalam bilik tu siap cakap besarnya anak awak. sebulan ke? Aku cakaplah iyer. Dia tanya Rania masa lahir berat brape. Aku cakap 3.05kg. Dia tanya aku bagi susu apa. Aku cakap susu badan. Lepas tu die kena injet.. Aku tak masuk pun bilik injet tu. Mak mertua aku yang bawak dia.

Ibu cakap dia meraung lah kejap tapi lepas tu steady je dia tido. Tapi balik dari klinik nampak die resah aje. Tido tapi asik terjaga2. Jarang Rania tido siang terjaga2 ni. Slalunya lena macam siang adalah malam. Ingat sebab injet kaki tak selesa (da kena injet kat paha) tap…

Breastpump

Setelah 3 minggu melahirkan, akhirnya baru aku beli breastpump. Padahal dari preggy dulu dok sibok cakap nak beli kan..tapi tak beli pun sebab takut nanti susu taknak kuar sebab mind da sebok nak pump susu. Nurse kata kalau otak da set nak bagi susu badan, Insyallah takde masalah susu tak kuar etc. Susu badan aku memang banyak. Rania pun memang jenis kuat minum. Slalu baby ngamuk sebab susu tak kuar kan, tapi Rania slalu ngamuk sebab susu banyak sangat. Bila da malam dia taknak minum sangat. Dia nak ngolom2 je. So bila susu keluar banyak dia mengamuk marah.

Tapi bila dia nangis ngamuk tu comel je suara dia. Hahaha. Dengan tangan gapai2 tunjuk protes, memang senyum2 jelah aku tengok. So back to the story, setelah mencari2, aku decide untuk cari yang bole guna elektrik n bateri. Malas nak manual2 ni (pemalas betol aku ni). Aku cari2 brand yang ok. Yang ada dalam kepala aku cuma Avent, Medela dengan Spectra. Harga pun aku pertibangkan jugak sebab sebagai student yang tengah tunggu scholar…

My Next Project

span pudding

bread pudding

banana pudding

caramel pudding

strawberry pudding

They look tempting aren't they? This is my next project. Will tell you more after I finish my confinement.

My babies

Rania selalu gelak besar dalam tido

Paling suka lepas mandi sebab badan dia da selesa. Masa ni nanti dia senyap je memerhati orang.

Posisi tido fevret Rania

I love my babies!

Hari ni 25 hari berpantang. 19 days to go..wehooo!! Bila da belas2 rasa macam sekejap je da nak abes. Next week baby ada appointment ngan klinik. Nak kena jab. Slalu dia tak nangis pun kalau kena suntik tapi taktaulah camne sekarang. Hope2 oklah. Start dari semalam aku da mula bertangas sebab luka kat bawah da baik. Syok bertangas. Rasa macam keluar semua peluh2 busuk kat badan ni. Hehehe..

Baby Rania ada macam2 ragam sekarang. Suda pandai bagi respon. Panggil nama dia senyum. Kalau lapar menangis, nak berak menangis, tapi dia nangis takdelah kuat mana pun. Aku rasa as a baby, dia agak jarang menangis. Malam2, kadang2 dia tido lena, kadang2 dia tamo tido. Berjaga dengan mata bulat dia tu. Sekarang tengah ajar dia hisap susu pakai botol tapi baby Rania panjang akal. Kalo dia bole tolak pakai tangan, dia tolak. Kalau ta…