Skip to main content

Aku tak solat tapi aku berjaya

Selalu kalau ada kawan2 ditimpa musibah aku cakap, "Sabarlah, ujian itu tanda Allah sayangkan kita". Bila aku cakap macam tu memang aku maksudkan benda tu. Ujian tanda Allah masih sayangkan kita. Masih ingat pada kita sebab slalunya bila ditimpa musibah, kita lebih dekat pada Allah dari masa kita dapat kesenangan, betul tak? Bawah ni ada satu peringatan yang pada aku bagus untuk kita renung2kan. Aku kongsi sama2 dengan korang untuk peringatan kita semua ya.

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Comments

fizanur said…
betul tu. istighfar pagi dan petang. Selawat agar kita dapat Syafaat Nabi saw.

Menarik sepanjang March

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…