C o m e A n d J o i n M e =)

Wednesday, March 23, 2011

Amirah Najihah

The gurls! Mira, aku n yayang (love u girls)

Hari ni result SPM keluar. Adik aku yang bongsu mungkin adalah orang yang paling gabra kot. Tapi aku rasa mak aku lebih gabra sebab bila mak aku cakap die neves nak tengok result adik aku, adik aku dengan selamba je cakap, "ibu janganlah risau. benda da lepas. result tu memang macam tu gak". Sangat tak gelabah macam aku dulu2. Tapi aku tau dia sebenarnya cover je tu. Haha.

Amirah Najihah nama adik aku yang bongsu. Dia ni dari kecik aku rasa adik yang paling banyak aku kena jaga. Maklum da jadi kakak2, mak mesti suro tolong punya. Basuh berak ke, buat susu ke, buaikan ke, memang aku merasa buat semua tu untuk dia. Walhal masa tu aku baru darjah 3. Tapi aku tak kisah pun sebab takdelah susah mana pun kan.

Masa ibu dengan ayah berpisah, Mira banyak sangat memberontak. Maklum, dia masa tu dudok sorang2 dekat rumah. Skola dengan ayah. Aku, yayang n Afiq semua da keluar rumah blaja. So bayangkan perasaan budak skola rendah yang keseorangan terpinggir. Kesian dia. Mira slalu lawan cakap cikgu, belajar malas, ponteng skola, semua dia buat n reasonnya aku tau sebab dia nak attention kitorang. Sampai ada satu masa, dia lari dari rumah dudok rumah kawan dia sebab dapat result exam teruk. Takut ayah marah dia.

Masa darjah 6, Mira masuk kelas paling corot. Cikgu cakap Mira kuat melawan tapi aku tahu nape dia melawan, sebab cikgu tu suka merendah2kan dia. benda ni aku da slalu tengok, pengalaman aku mengajar kat skola dulu, budak kelas corot slalu rasa terhina sebab cikgu terang2 cakap diorang malas. Taknak belajar. Walaupun cikgu slalu nampak diorang macam kurang ajar, tapi pecaya tak diorang sebenarnya rasa rendah diri sangat2 dan malu. Untuk cover benda2 tu, diorang melawan cakap cikgu sebab diorang nak back up diri sendiri. Ini pengakuan yang aku dapat dari student2 ni.

Masa tu aku slalu nangis kenangkan adik aku yang satu ni. Setiap minggu aku balik kampung sebab nak teman dia n aku paling happy kalau cuti semester 3 bulan. Aku dapat dudok rumah temankan dia. So masa dia darjah 6, aku risau dia nak exam UPSR. Aku adalah seorang kakak yang garang. Adik2 aku paling tak suka bila ibu or ayah suro blaja dengan aku sebab aku garang. Tapi aku risaukan Mira. Keputusan trial dia teruk. Matematik fail. Subjek lain pun C D je grednya. Aku tau aku kena tolong dia. Kalau tak mesti dia akan rasa rendah diri dengan kakak2 n abang dia.

Masa tu lagi 2 bulan nak exam. Bila aku suro dia buat latihan, aku tengok dia bole jawab soalan tapi kenapa markah exam teruk. Rupanya Mira da siap2 hafal jawapan sebelum aku ajar. Memang teruk aku marah Mira. So sejak tu, semua jawapan kat buku soalan aku amik dan simpan. Aku ajar dia dari basic. Aku nak dia faham betul2 apa yang dia blaja. Aku siap panggil kawan2 Mira yang baik dengan dia datang blaja ngan aku. Ada 2 orang. 2-2 pun dari broken family n susah. Nak tuisyen mak takde duit nak bayar. Aku ajar dengan rela hati sebab kesian dekat budak2 ni.

Bila dekat tarikh nak exam aku takde. Aku dapat ajar Mira sebulan aje. Risau jugak aku sebab dalam masa sebulan apa aja yang dapat aku ajar. Tapi aku hari2 pesan dengan Mira belajar sendiri. Kalau tak faham nanti tanyalah aku. Syukur Mira jenis yang cepat ingat dan faham. Walaupun kena marah sebab 2 3 kali terang tak faham2, Mira diam aje bila kena marah. Aku kesian dekat dia bila aku marah dia tapi nak taknak aku terpaksa juga bergarang dengan dia sebab kalau tak Mira banyak main2 dan aku terangkan jugak pada dia yang aku garang sebab aku nak dia pandai n Mira faham.

Alhamdulillah Mira dapat 3A 2B untuk UPSR dia. Result yang aku tak sangka dia bole achieve. Masa SPM ni pun sama. Mira masih macam dulu relax2 bila nak exam tapi kali ni aku tahu dia da pandai blaja sendiri. Aku da tak ajar Mira macam dulu sebab aku pun da kawen, so agak susah nak datang n ajar dia macam dulu2. Ibu risau juga tengok Mira sebab dia macam tak blaja tapi Mira macam biasa suro ibu relax aje. So hari ni Mira amik result SPM.

Result dia memang di luar jangkaan kami sebab Mira bukan kaki study n kalau aku datang rumah ibu biasanya Mira kuar jenjalan dengan kawan or tengah tengok tv. So congratulation Mira on your result. Kak in akan bagi kamu hadiah yang kak in janjikan sebab berjaya score 5A n all credits. Kami semua sangat happy dengan result kamu tu :) n I'm sure banyaklah yang hulur $kaching$ kat kamu. so bolelah belanja Kak in dan abang long dan Rania. hehehe. We love you Mira! Kak In sentiasa doakan kejayaan adik2 kak in n kalau ade problem bagitau je kak in. tak payah nak segan2. We are sisters :) heart u!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails