Skip to main content

Breastpump

Setelah 3 minggu melahirkan, akhirnya baru aku beli breastpump. Padahal dari preggy dulu dok sibok cakap nak beli kan..tapi tak beli pun sebab takut nanti susu taknak kuar sebab mind da sebok nak pump susu. Nurse kata kalau otak da set nak bagi susu badan, Insyallah takde masalah susu tak kuar etc. Susu badan aku memang banyak. Rania pun memang jenis kuat minum. Slalu baby ngamuk sebab susu tak kuar kan, tapi Rania slalu ngamuk sebab susu banyak sangat. Bila da malam dia taknak minum sangat. Dia nak ngolom2 je. So bila susu keluar banyak dia mengamuk marah.

Tapi bila dia nangis ngamuk tu comel je suara dia. Hahaha. Dengan tangan gapai2 tunjuk protes, memang senyum2 jelah aku tengok. So back to the story, setelah mencari2, aku decide untuk cari yang bole guna elektrik n bateri. Malas nak manual2 ni (pemalas betol aku ni). Aku cari2 brand yang ok. Yang ada dalam kepala aku cuma Avent, Medela dengan Spectra. Harga pun aku pertibangkan jugak sebab sebagai student yang tengah tunggu scholar approve ke tak, budget jadi main concern aku.

Aku punya budget tak lebih RM400. Aku kalo bole nak cari yang murah. Brand Anakku murah untuk electric breastpump dia, tapi ada membe yang pernah pakai cakap tak bagus so las2 dia beli yang lain. Tu da 2 kali kuar duit plakkan. Then aku nyesal tak beli Avent electric breastpump yang pernah aku jumpa dulu. Tinggal RM 356 je. Tapi aku tak beli..huuu nyesal sangat. Sekarang cek harga semua da atas 600. Mak aih..tak mampu lah chek..

Then tengok Spectra. Kawan aku kata bagus jugak tapi aku tengok dia tak bape nak portable (untuk yang harganya dalam budget aku). Besar mesin dia. Susahlah kalo aku nak bawak dia ke mana2 kan. So last2 aku tertengok cap Medela mini electric brestpump. Bole pakai bateri dan elektrik. Menang banyak award untuk breastpump. So pada aku kalau da menang banyak international award, mesti baguskan..

Harga dia dalam RM600 tapi ada stokis yang menjual dalam RM400 dan ke bawah. Yang paling murah aku jumpa RM380. Lepas aku da bayar kat orang ni, baru en suami jumpa lagi murah orang jual RM320. cittt..Tadi aku jumpa ada lagi murah orang jual RM300. Huh, menyampah betul. Tak kisahlah bukan rezki aku.

First time aku pakai breastpump ni, susu tak kuar. Aku da pelik. Nape susu tak keluar. Aku simpan balik pump tu. Dalam hati menyesal beli. Esoknya try lagi. Barulah bole function. Rupanya aku tutup tak ketat. Hahaha. Suction power dia agak kuat untuk pump yang kecil molek motornya. dan sebab penghasilan susu aku banyak, aku bole dapat 5oz susu dalam masa 10minit. Hebatkan? Satu je aku tak suka adalah bunyi motor yang kuat. Alamak buzzing macam nak kasi tau sume orang aku tengah pam susu. Kalau pam kat lab memang kantoi ar. Nasib kat lab sume pompuan. So memang muka tebal lah aku pam nanti. Hahahaha.


Tapi overall aku puas hatilah dengan pump ni. Set dia ni dapat skali botol + teat + cap. Tapi yang tak bestnya, bila aku da pam, las2 Rania tamo minum dari botol. Dia nak yang bergantung kat mak dia jugak. Alahai Rania, macam mana lah ibu nak gi blaja ni nak...

Comments

Ibu Ilyanie(s) said…
banyaknya production milk... bertuah bb rania!! sy baru je sebulan mula pump.. dpt la takat 2 ,3 ke 4 oz sekali pump 2 belah.. tp guna manual pump je la...
nurarinab said…
takpe..asal ade keinginan nak bf.setiap org lain2..oklah tu dpt 2-3 oz..byk jgk tu
Aiza Hamdan said…
This comment has been removed by the author.
Aiza Hamdan said…
ermms..kat mana awk jumpa yg rm300 tuh ye?sy tgh mencari nih..sblm nih pki bateri jerk..(yg awk bli nih letrik ngn bateri skali kan?)
nurarinab said…
kt dlm intrnet tp x ingt link..kn rjn search lah.diorg kdg2 bt promo..
Aiza Hamdan said…
aiza ader jumpa paling murah rm366..yg nih dr uk..tuh lah..tgh mencari lah nih mana yg murah
hazlien said…
betoi ke ade semurah itu nurarinab?????? Aiza Hamdan jupe kt link mane??? nk tau gak.... enail la linknyer kt saya.... hazlien@gmail.com
hazlien said…
murahnyer.............. sy pun tgh cari ni.... share la ngn saya linknyer........... hazlien@gmail.com

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…