Skip to main content

Dear my sister,


Ini kisah seorang sahabat aku yang paling rapat dengan aku. Paling baik dengan aku. Kawan bertepuk tampar, bertarik rambut, bergigitan yang aku rasa takde orang lain yang aku bole buat macam tu kecuali dengan dia. Tapi selain dari yang macam tu, dia jugak kawan pondok2 aku (buat pondok sinri bawah katil), kawan main nyanyi2 bawah pokok, kawan main basikal sama2, kawan skola tadika aku, kawan skola rendah aku tapi lepas skola menengah da tak sama2 walaupun pergi skola n balik skola naik bas yang sama.

Ni kisah kawan yang paling aku sayang. Kalau Allah hidupkan untuk kali ke2, aku still nak dia jadi kawan aku yang paling rapat. Kawan aku ni adik aku. Adik yang bawah aku. Beza umur cuma setahun 5 bulan. Kalau kecik2 ibu slalu belikan baju yang sama n orang slalu ingat kitorang kembar sebab aku dengan dia sama kecik. Kami dalam family panggil dia yayang.

Aku dan yayang rapat sebab bawah yayang adalah adik lelaki. Jadi aku dan yayang slalu main sama2. Yayang adalah adik yang sangat menurut kata sebab nak jaga hati kakaknya yang satu ni. Kalau main mesti bersama sebab kitorang susah jugak nak buat kawan sebab ayah slalu pindah randah. So slalunya kawan aku adalah kawan yayang n kawan yayang adalah kawan aku. Bila slalu pindah, kawan jadi tak tetap. So las2 main 2 beradik je. Ada satu tempat tu, kitorang takde jiran sebaya pun sebab tempat tu sangat ke hulu kampungnya. Kalau tunggu bas pun dalam semak, main kutip2 bunga lalang. (Ko ingat tak yang kat Kampung Paya Dalam tu?) sampai las2 ayah buatkan kita bangku untuk tunggu bas. Kat situ jugak aku dengan yayang hampir membakar stor rumah sebab nak bakar semut yang hurung mainan kitorang.

Yayang slalu nak jaga hati aku sebab dia slalu jadi mangsa merasa resepi2 ciptaan baru aku kononnya. Aku suka cuba membuat resepi baru menggunakan tepung gandum. Contoh aku campurkan tepung + milo + telur + gula. Gaulkan, masuk dalam peti ais then aku suro yayang rasa. Kalau dia taknak aku majuk. So nak jaga hati dia cuba jugak n korang bole bayangkan rasanya (padahal aku sinri tak lalu nak rasa) n dia akan cakap sedap bila aku tanya sedap tak.

Yayang jugak adik yang mendengar cakap. Aku slalu masukkan biji asam dalam lobang hidung n then kuarkan balik. Aku taktau kenapa aku jadi pengotor macam tu (hahaha) n bila yayang tanya aku suro dia buat jugak tapi bijik asam dia tak bole kuar. Aku tak bagi dia bagitau ibu n yayang dengar. Sampai ibu pelik kenapa hidung dia kuar air merah rupanya ada bijik asam kecut. Ibu bawak gi klinik n doktor kena keluarkan. Berdarah hidung yayang. Sejak tu aku tak masuk bijik asam dalam lobang hidung lagi. Aku terus buang je.

Yayang dan aku banyak simpan rahsia sama2. Lagi2 pasal admire2 orang ni. Kadang2 kalau aku suka kat sorang mamat ni then dia ade adik, nanti aku suro die minat adik orang tu jugak walaupun adik dia muda setahun. Yayang dengar kata n minat adik mamat tu jugak. Yayang pun jadi kawan pertama aku dekat tadika sebab aku slalu melalak bila masuk skola baru (sampai ke matriks aku macam ni k). So ibu suro yayang teman. Aku umur 6 tahun n yayang umur 4 tahun tapi dia kena teman aku kat skola. Masa tu skola belakang masjid. Kena pakai tudung. Tudung pinjam tudung ibu corak2. Aku ingat aku punya warna merah n yayang warna hijau. Yayang temankan dalam sebulan macam tu. Bila aku da buat kawan, aku buli yayang dengan menarik tudung dia kat skola tapi yayang tak nangis pun. cikgu marah aku (jahatnya kakak ni).

Tapi aku dengan yayang slalu bersatu hati bila membuat sesuatu. Kalau bela ikan n ikan mati, kitorang akan tanam ikan tu n nangis sama2. Kalau main roller blade, kitorang buat turn supaya dapat main sama2. Kalau nak tolong kucing terbiar kat luar rumah, kitorang sama2 cari n beri makan. Kalau pegi kedai, kitorang gi sama2 n berenti main kat taman permainan sama2 sekejap sebelum gi kedai n beli barang yang ibu mintak. Oh banyak sungguh kenangan aku dengan yayang. Ni buat aku rasa nak cari balik gambar2 kita masa kecik2 kan? I miss those days so much!

Yayang da nak kawen bulan 5 ni. Aku tengah berpantang so tak banyak yang bole aku tolong. But I have a big present for your dear sister. I'll give it to you when your wedding is closer to the date okeh. And I will make a girl day out for you, me, mira n ibu before you get married. We have fun ok! You are my best friend sister! I love you so much! Nanti pasni da kawen, da ada rumah sinri, bole slalu kunjung mengunjung. Sape tahu next year aku dapat anak buah lagi :) Ko da banyak sangat tolong aku n aku taktau macam mana nak repay benda tu but I think that is what sisters are for. You can always count on me. Aku akan tolong ko semampu yang bole k. n bagitau Qayyum, kalau dia tak jaga ko betul2, aku sigu2 (sigong + luku) kepala dia nanti. Can't wait to see you on your big day!!

muahxxx~
your sister, Kak In.


Comments

yayang said…
kak in!
sedih la baca ni..menitis2 air mata aku..
skjp je kan semua dh besar, dh ada hidup masing2..tp ak mmg tkkn lupa kenangan kita kecik2, ak sentiasa rindu zaman kita kecik2..klu blh putarkn masa, ak pn nk ulang balik semua ni..
i love u too kak in! u r always d best sister n best fren n best idol. dat's why i always follow u!!
nurarinab said…
aku pn slalu nk blk zmn kite kecik2..ko ingt x kite slalu main 4 brdk kt blkg rmh kt bkt hampar tu..sronokkan.huuu..aku syg korg sume :)
yayang said…
igt sgt2..kdg2 siap bw buku buat homework kt situ.mmg igt sgt..kejapnye smua tu..pastu blk sklh star,beli asam mkn dgn limau..auww sedapnye..
yayang said…
igt sgt2..kdg2 siap bw buku buat homework kt situ.mmg igt sgt..kejapnye smua tu..pastu blk sklh star,beli asam mkn dgn limau..auww sedapnye..
nurarinab said…
aah..asam mkn dgn limau.hari2 mkn.merah2 mulut.haha..pastu buat prtndgn menyanyi ats batu yg bsr2 tu

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…