C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, March 15, 2011

Hadiah yang terlewat

Hari semalam sampai hadiah en suami. Yeepie! Hadiah sebenarnya da sampai hari Sabtu tapi dia hantar ke alamat rumah yang satu lagi so kenalah amik hadiah dekat pejabat poslaju. Itu pun mintak ibu aku amikkan. Nak dijadikan cerita semalam en suami keje setengah hari sebab cermin depan kereta dia pecah. Aku beli hadiah en suami dekat dalam internet sebab tak bole nak keluar cari hadiah en suami. Mula2 aku plan nak belikan dia Wallet tapi aku da belikan en suami 2 wallet. So aku rasa macam tak patut bagi wallet lagi walaupun aku da berkenan sangat dengan wallet tu. Then terpikir nak bagi belt walaupun belt en suami ada banyak tapi dia punya belt jalan macam da uzur tapi sayangnya belt yang aku nak beli untuk en suami tu nak kena order dulu plak. 2 - 3 minggu baru dapat. Alahai lambatnya.

Then aku terpikir satu lagi hadiah untuk en suami. Jam tangan. Tapi terpikir plak nak beli jam apa. Las2 aku teringat jam Calvin Klein. Aku dengan en suami slalu gak usha2 jam CK. Jam dia nampak simple tapi smart. Tapi aku plak da tak ingat en suami nak pattern yang mana satu sebab semua macam lebih kurang aje. Aku pilih satu pattern ni dengan harapan betul lah.

Bila sampai je bungkusan tu, aku tengok jam tu bukan yang en suami suka. Dalam hati da sedih da. Silap pilih plak. Tapi mana bole pulang balikkan. Nak taknak kena bagi juga kat en suami. En suami terkejut dapat jam sebab dia ingat dapat kasut. hehehe. Dia cakap dia tak kisah pun design jam yang aku bagi tu walaupun tu bukan design yang dia minat. Dia cakap yang penting kasih sayang aku. Aceceh..menyampah i bila u buat ayat jiwang macam tu :P Takpelah b, ade rezki saya belikan awak jam yang awak minat eh. Love u so much b!


Nilah dia jam en suami :) (gambar ikhsan google)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails