C o m e A n d J o i n M e =)

Saturday, March 12, 2011

Our own house

Apakah benda yang paling korang rasa penting bila da kawen? Pada aku dan en suami adalah rumah. Bila kitorang kawen, aku sibuk2 nak cari rumah. Untuk aku diami sampai 20 - 30 tahun n kalau bole bukan rumah sewa. Pada aku membazir juga sebenarnya kalau bayar sewa bulan2 ratus2, ribu2 tapi sebenarnya bukan rumah sinri. So, lepas kawen aku cakap dengan en suami jom beli rumah.

Tapi masalah jugak sebab masa awal kawen, aku dan en suami dok jauh. Taktau nak settle down mana. Aku kat KL n dia kat JB. Tapi las2 aku decide untuk balik ke JB. Better aku yang ikut en suami since aku blaja lagi. Lepas blaja bole cari keje kat mana2. Kalau en suami yang nak tukar, leceh. Nak kena cari keje baru n masa tu plak tengah gawat. Ramai orang dibuang keje. So better aku balik JB.

Bila da grad bulan 8, supervisor pun tolong cari tempat kat UTM untuk sambung, aku balik JB. Bulan 9 tu aku da sibok dengan en suami cari rumah sebab tahu akan menetap di JB. Lagi pun aku dan en suami da familiar dengan environment JB. Aku dok JB lama n en suami pun membesar kat sini. So kitorang rasa oklah kalau membesarkan anak2 kat sini je.

Nak cari rumah pun nak kena ada fulus. Uhhh..aku dengan status student n en suami plak da ada loan untuk rumah2 dia yang lain, so agak susah jugak untuk dapatkan 10% deposit rumah. Kalau bole aku taknaklah rumah yang tangkap muat aje. Nak dudok 20 30 tahun. So kalau bole biarlah yang selesa untuk dudok selama masa tu. Aku kalau bole nak rumah double storey sebab rumahnya besar sket n lebih privacy untuk famili.

Tapi standard rumah double storey kat JB sekarang dalam 250,000 ke atas. n aku cari area tengah2 antara tempat blaja aku dengan tempat keje en suami, so end up ada beberapa kawasan perumahan baru yang sedang dibina kat situ. Diorang ni bersainglah kiranya untuk menaikkan kawasan perumahan kat situ. Kebetulan masa tu adik aku punya tunang baru beli rumah dekat Setia Eco Garden. Dia kata dia beli rumah tanpa deposit n bila dapat kunci rumah, diorang akan dapat duit saguhati lagi sebanyak 12,000.

Aku dengar macam teruja n kebetulan kawasan yang aku cari rumah tu pun ada developer yang sama. SP Setia. So nama kawasan perumahan yang diorang nak buat kat tempat aku nak ni, Setia Indah. So aku dengan en suami tengok2 rumah dekat Setia Indah, Adda Height n Bandar Dato' Onn. Semua perlukan deposit 10% (masa tu kerajaan tak umumkan lagi yang orang2 muda yang nak beli rumah bole dapat loan 100%) kecuali Setia Indah. Semua rumah yang kitorang tengok masa tu da atas 300,000. Kadang2 rasa macam da bole dapat rumah banglo. Mahal betul rumah sekarang.

Bentuk rumah dekat setia Indah ni rumah kubik. Kalau korang taktau pe rumah kubik, rumah kubik adalah rumah yang takde bumbung. Dia berbentuk kotak. So kalo deposit 10% mesti nak ada 30,000. Mana nak cekau duit banyak tu. So las2 aku dan en suami decide untuk amik rumah kat Setia Indah tu. Bayar cuma 500 untuk booking n tak kena bayar pape sampai rumah siap n bila dapat kunci dia bagi 9,000. Menarikkan? Rumah tu dijangka siap Jan 2012.

Banyak benda kitorang plan untuk rumah tu. Kitorang nak cat rumah tu sket. Nak buat kabinet dekat dapur n master bedroom (master bedroom tak dapat pun takpe dulu). Nak tukar lantai ke depot. Bila2 kira2 balik mesti nak ada at least 20,000 jugakkan. So aku tengah plan macam mana nak simpan duit secara efektif dan mendapatkan side income secara efektif jugak. Kitorang sangat teruja untuk masuk rumah baru. Progress rumah tu pun macam da 60% siap. Kalau korang ada kawan2 yang bole buat kabinet n lantai bolelah inform2 kat aku yer sebab kitorang tengah cari2 jugak ni.

ni ilusi gambar rumah kitorang kalo da siap..nilah rumah kubik

progress terbaru kawasan rumah kitorang tapi rumah kitorang bukan corner..hehe (kat sini tak bole nak tengok2 rumah tu kalau dalam progress lagi. da siap baru bole tengok tapi dia sentiasa update progress rumah through website)

p/s: Tak sabar nak gi homefair bulan 4 ni ;)

6 comments:

ELLY said...

wahhh best nyer dah ada rumah...congrats2 ;) kitorg ni pon tgh pening nak beli rumah ni...huhu...susah sgt bila pikir deposit tu...xtau la cmner...hrp2 x give up...rumah skrg semua dah mahal...rse nak nangis jer bila tgk harga...huhu

nurarinab said...

skrg rmh bwh 300,000 da bole dpt 100% loan kn?area2 bangi bole dpt kot rmh yg cntk n affordable :)

ELLY said...

skrg dah susah nak cari below 300k...kat bangi semua dah naik 400k...yg 300k cuma ada kat salak tinggi & kajang...jauh la plak ngan tpt keje...huhu...

nurarinab said...

takpe kena rjn mncari..slow2 tgk.mn tau ade yg hrga ok n bole beli.nnt mkn lm mkn tinggi hrga rmh.ni dgr cite nk naek lg kan hrga rmh..

ELLY said...

a'ah bln jun ni naik lg 20%-50%... hrp2 dpt la beli =)

miza said...

Arina..miza tgh survey kelengkapan rmh..tetiba terjumpa blog arina...rindunya zaman upm dlu..rupanya arina da lama beli rmh sendiri..congrates..murah rezeki..miza br nk ada rmh sendiri..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails