C o m e A n d J o i n M e =)

Wednesday, March 30, 2011

Rania Kini

Lama betul tak update blog. Sibuk uruskan anak, masak2, basuh2, hehe..mak2 betul sekarang ni. Rania sekarang da pandai merengek di siang hari seolah2 taknak bagi mak dia ni gi keje. Kalo tido nak sentiasa berpangku dan berdodoi. Kalau tak die meraung sekuat hati. Aku kadang2 saja je bagi dia meraung sebab suara dia comel sangat. Nangis macam masa dia baru lahir dulu. Bila dia meraung slalunya aku gomol2 dia, cium banyak2. Hahaha.

Rania malam2 sekarang tido kat katil dia sendiri. Bangun malam pun cuma 2 3 kali je sebab nak mintak salin lampin or susu. Aku rasa masa dalam hari tu bila dia tengok orang tak brape nak layan dia, dia da tau da dia kena tido malam2. Bila bangun pagi dia sangat gembira n akan ketawa bila kena agah. Suka aku bila tengok dia macam tu. Rania tak bole kena air cond. Kena air cond die pun tido je. Lena sungguh. Tak bagi susu pun dia ok, berak pun ok. Punyalah dia suka kat air cond.

Rania tido dalam katil sinri waktu malam

Rania dalam carseat bole tido sebab aircond

Tapi kalo kat rumah, pagi2 tu sempatlah aku siapkan banyak house chores sementara dia tak meragam. Slalunya aku letak dia atas kerusi jungkang jungkit dia depan tv, senyaplah jap dia tengok tv tu. Sempatlah basuh baju, lipat baju, kemas2 rumah sket. Pastu bila dia da ngengek, aku tidokanlah dia. Rania suka mandi, kalau kena air dia senyap je tapi bila kuar air dia mesti nangis sebab sejuk. Kena pakaikan dia baju pantas2.

Rania tengok TV di samping baju2 yang berjaya ibu lipat :)

Makin hari tengok dia membesar rasa seronok sangat. Tak sabar nak tengok dia mula berjalan n bercakap. Perasaan jadi ibu ni susah nak cakap. Yang jadi ibu je paham macam mana rasa sayang n seronoknya tengok dia membesar :)

4 comments:

cik tim said...

tak sabar nak jumpe rania, kiss banyak2 for her taw :)

nurarinab said...

Kitorg pn x sabar nk jmpa ct :)

Mrs. Eeza Herman said...

rania suka aircon.;.hazeq xsuka..punyer la menggigil..hehehe..
suka kan bila dgr dia nanges ngada...iza siap biarkan sampai dia nanges pjg baru iza panggil..sebab da tau lakonan semata-mata...nak minta diangkat..hihi
terasa semakin sayu lak bila fikir nak start keje da..

nurarinab said...

tau xpe iza..nak naek keje ni rs sedey je nk tgglkn die kt bs.. :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails