Skip to main content

Review on Amway Post Natal Set

Puan Fiona request untuk cerita pasal Amway Post Natal Set. Khas untuk mummy April, saya review untuk kamu yer tentang Amway set ni :)

Jadual guna produk2 dalam set tu semua aku ikut jadual yang dia bagi kecuali air teh herba yang patut minum hari ke5 aku minum hari ke 10 sebab Rania kuning. Air teh herba tu ade kunyit so kena lah avoid kunyit.

1. Air Basuhan Herba
Air Basuhan Herba ni aku pakai since first day untuk cuci vagina. Air tu buat suam2 n guna time mandi or lepas buang air. Tak sakit pun walaupun ada luka jahitan kat bawah tu. Air ni macam buat rasa bawah tu lebih comfortable sebab kalau nak cuci pakai air biasa, sejuk sangat n takut luka terperanjat. Lepas cuci aku lap pakai tisu supaya bawah tu tak lembap n aku sapu ubat kuning yang hospital bagi supaya luka cepat sembuh. Luka aku banyak n dalam so amik masa dalam 10hari jugak nak tunggu dia baik.

2. Air Mandian Herba
Air mandian ni aku guna tiap kali mandi pagi n petang sampai habis sachet yang dia bagi. Aku suka pakai benda ni sebab rasa badan macam fresh lepas mandi pakai herba dia ni. Herba ni taklah bau macam jamu yang kuat ke apa. Dia bau macam herba yang mild sangat. So untuk yang tak suka bau jamu2 ni, oklah bau dia ni.

3. Param
Param aku pakai waktu pagi lepas mandi. Untuk seminggu pertama aku pakai param pagi petang. Then lepas tu pakai waktu pagi je n petang just sapu minyak panas kat badan. Param dia ni tak pekat macam param yang bidan buat sinri. Bau dia pun banyak bau kayu manis so sangat sedap bau dia. Badan akan rasa berangin lepas pakai param ni tapi taklah sampai tak selesa panas. Selesalah kiranya kalau nak biar satu hari. Param Amway ni macam lulur. So ibu slalunya sapu param kat badan aku siap sental skali. Memang hilang hitam2 daki yang kuar masa pregnan aritu. Badan jadi bersih bila nak abes hari ni n memang akan terasa segar je bila pakai param ni sebab badan hangat. Slalu aku biar param kat badan sampai aku mandi petang.

4. Tapel
Tapel ni aku sapu kat perut then baru pakai bengkung. Tapel dia agak pekat dan berangin. Perut aku sekarang da kempis da macam before pregnant. Tapel ni warna hitam so korang akan nampak perut korang macam hitam sket sepanjang berpantang ni tapi jangan risau, pas abes pantang nanti dia hilang sinri.

5. Pilis
Pilis aku sapu kat dahi. Yang ni antara fevret aku sebab kalau aku tak pakai pilis ni, kepala jadi macam berat n semacam aje (maklum orang2 tua cakap angin jahat masuk through dahi). So bila pakai pilis rasa macam sedap n berangin je. Pilis dia tak pekat macam pilis bidan n agak kasar berbijik2 halus macam kopi. So kena tepek 2 3 kali baru nampak pekat. Kalau tak sejam dua dia hilang.

6. Air Teh Herba
Ni produk paling aku suka tapi sayang minumnya cuma 5 hari je. Rasa dia macam teh halia tanpa gula. Kalau korang kaki teh tanpa gula macam aku memang sukalah produk ni. Buat suam2, minum satu hari pun aku sanggup. Pada yang tak tahan pahit boleh tambah madu. Memang lagi sedap rasanya. Teh ni membantu melancarkan darah nifas yang keluar jugak. Kira dia macam tolong cuci perutlah.

7. Jamu bersalin 1
Jamu ni mula makan hari ke 10 selama 2 minggu. Jamu dia dalam bentuk kapsul. So takpayahlah takut rasa pahit ke apa sebab macam makan ubat je. Jamu dia bagus jugak sebab macam memberi tenaga pada badan n badan pun rasa kuat je bile makan jamu ni.

8. Jamu bersalin 2
Jamu ni macam takde beza je dengan yang 1 sebab dia pun dalam bentuk kapsul cuma maybe ingredient dia lain sket. Sama fungsinya macam Jamu 1, benda ni pun untuk menyihatkan badan kita n buat badan rasa lebih bertenaga. Ni makan hari 25 sampai abes pantang kalau tak silap aku.

9. Minyak Urut
Minyak urut dia macam minyak urut kat kedai jugak. Rasa panas bila dipakai tapi taklah sepanas minyak urut yang berangin tu (pada aku macam tak cukup panas). dan bau dia pun lebih wangi sket dari minyak urut biasa tu. Kalau pakai memang sedaplah tapi aku pakai gak minyak panas yang lain sebab aku suka panas2 ni. Kalau tak aku pandai bisa kaki.

10. Bengkung
Aku tak pakai bengkung Amway sebab bengkungnya panjang sangat ke bawah n bidan aku ada bagi bengkung dia untuk dipakai. Tapi rasanya bengkung dia agak mudah untuk dipakai sebab kalau sorang2 pun bole pakai sinri.

So,overall aku rasa produk dia ok. Nampak serasi. Takde efek tak baik pada aku or baby pun. kalau pasni bersalin aku akan pakai lagi produk Amway ni sebab set dia ni tak pakai bahan pengawet. Memang semua bahan2 asli yang diproses ke bentuk serbuk or kapsul. Even sarung kapsul tu pun dia pakai bahan yang asli. So mummy April, bolelah try ok ;)

Comments

FionaHafiz said…
thnks mummy rania...
sgt sgt helpful lah this entry. tapi kan saya ada problem x-pndi-telan-ubat-pil. rasanya kalau skip part makan dua ubat pil tu bole x? teehee.

lagi satu. param tu apa? macam bedak sejuk sapu satu badan eh?
nurarinab said…
Jangan tak makan ubat dear.pompuan lps brsalin lain sgt dalaman kite ni. kalo nak husband syg slalu kena mkn ubt.kalau x bole mkn kapsul tu, bole kuarkan die dr kapsul n campurlah dengan air sesudu,gaul sebati then mkn.pastu minum air.jgn tak makan ubat tau.penting sgt utk kite wanita2 ni kalo nak cntk sentiasa ;)kalau misal kate x berani gak nk mkn,beli ubat periuk tu,buat air n minum.pun sama je fungsinye..

Param tu die macam lulur.warna die kuning n kdg2 ade yg warna coklat2 hitam.bedak sejuk campur air then tepek2 je kat muka kan?param ni kita campur air then sental badan dengan dia tapi lepas sental tu jangan cuci.biarlah 2 3 jam n kalau tahan sampai petang.ni utk hilangkan kulit2 mati kat badan.nanti bole rasa pas seminggu,kulit halus je bersih :)
FionaHafiz said…
heh.

ingatkan boleh escape dari makan ubat pil tu. hehe. baiklah mummy rania. insyaAllah kalau di takdirkan dapat normal delivery boleh lah try amway set ni. thanks arina!

baru perasan nama you and nama rania. arina = rania. hehe.
nurarinab said…
hehe.bole je kalo nk escape.yup2..br perasan jgk lps bg nama ni kat die yg hurufnye sume sama ;) x sbr nk tunggu baby kamu..mest sgt comel macam mummy die :)
Mrs.Qarlista said…
arina..set amway ni berape ye harga die?
nurarinab said…
arina beli dr MIL arina sbb die membe so dpt dlm 249.kalo hrga normal 290 dear.nk try eh.
Mrs.Qarlista said…
nak try..tapi tengok arina kate rm249 eh? nad tanye kawan die kate rm280..huhu..
nurarinab said…
aah..arina beli hrga membe.kalo nak arina belikn bole je..nad kt mn?

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…