C o m e A n d J o i n M e =)

Saturday, April 2, 2011

1st day Rania at babysitter

Semalam first time tinggalkan Rania pada babysitter (bs). Saja je aku hantar Rania lambat2 pegi rumah babysitter. Pukul 11 baru sampai rumah bs. Itu pun on the way berenti kejap sebab Rania melalak nak susu masa dalam kereta. So nak taknak aku berenti tepi jalan n susukan dia. Kesian kat anak dara sorang tu. Macam tau2 je mak dia nak tinggalkan dia kat bs. Aku risau sebab dia tak reti lagi nak isap susu pakai botol. Aku takut dia meraung dekat rumah bs sebab nak susu. Macam2lah kepala aku berpikir.

Lepas aku susukan Rania dekat tepi jalan, Rania pun tido sampailah rumah bs. Kat rumah bs dia da bangun. Ada 3 orang budak lagi yang bs tu jaga. Masa tu 2 orang tengah tido n sorang da bangun. 2 dari budak2 tu aku kenal sebab tu anak kak Arina. Sempatlah aku menegur si Adlan yang malu2 bila ditegur *comel*. Masa sampai, Rania tercengang sebab tengok ramai orang.

Aku pun bagi barang Rania dekat Kak Lela n lepas tu terus pegi lab. Sedey tinggalkan anak jangan cakap. Meleleh jugaklah airmata ni. Maklumlah slalu jaga dia siang malam 2 bulan ni. Tapi aku da pesan kak lela, kalau dia melalak teruk, call je aku. Aku dekat bole datang bila2. Sepanjang kat lab memang ingat dia aja. Ibu aku pun asiklah call tanya dia ok tak. Aku cakap kak lela tak call maknanya oklah kot. Aku malas nak call sebab aku takut nanti dengar dia tengah melalak, aku amik dia plak.

Balik aku amik dia, dia da siap mandi da. Muka sedih n layu je. Agaknya dia tau aku takde kat situ. hahaha. saja je aku lebih2. Sebenarnya kalau muka dia sedih layu tu tanda dia mengantuk. Masuk kete dia terus tido. Kena aircond kan. Kak lela kata dia ok. Nangis jugak tapi masuk buai dia tido terus. Oklah tu. Balik tu aku tengok Rania da pandai minum susu dari botol da. Tapi kalo kat rumah taklah aku bagi botol. Sian dia. Jumpa da petang takkan nak bagi botol lagi.

Tapi kak lela tu lemah lembut orangnya. So aku taklah risau sangat. Anak2 yang dia jaga semua manja dengan dia. Masa aku nak balik semua ngikut hantar ke pintu termasuklah si Adlina yang baru merangkak. Siap dia nangis sambil merangkak ke pintu sebab nak ikut hantar jugak. Comel sangat bila tengok budak2 ni semua macam tu.Hope so Rania tak banyak ragam kat sana macam 1st day dia.

3 comments:

Mrs.aisheiteru said...

alahai mama rania. rania mesti good girl. jgn risau ok. kiss utk si motak baby rania!

K.zoe said...

nasib baik rania ok :)

is this ur first child kak?
first time dropping by :)

nurarinab said...

mrs aisheiteru: tq dear :)
k.zoe: hello k.zoe..yup 1st child.nnt i visit u ok ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails