Skip to main content

Budgeting and planning for new home :)

Weekend lepas aku dan en suami pergi ke Home Fair dekat JB ni. Lama kitorang menunggu home fair ni. Since bulan 8 tahun lepas and masa tu punyalah aku takut tak pat nak gi kalau tengah berpantang tapi syukur Rania lahir awal. So dapatlah pergi. Rania kitorang tinggalkan kat rumah lola dia. Bukan ape, karang da sesak2 nak sorong stroller n kena angin tak baik dia nak susu pastu merengek. Oh tak bole. Nanti keje yang patut sekejap jadi lambat plak.

So nak dijadikan cerita, pukul 11 kitorang kuar rumah. Sampai sana kereta da penuh da. Parking kat tepi2 jalan. Memang excitedlah kitorang. Sebelum pi home fair, aku dan en suami da buat budget dulu. List kan apa yang nak dicari n letakkan harga maximum untuk barang yang kitorang nak beli tu. Banyak kira2 yang kitorang buat before kitorang hunting benda ni.Tamolah budget lari n by the time nak masuk rumah, semua benda da setel bayar.

Basically ada 3 benda yang aku n en suami nak cari. Iaitu: (da macam buat karangan sehhh)
1. Hob + Hood estimate budget kitorang dalam RM3,000
2. Fridge estimate budget dalam RM2000 (yang buat aku nak beli fridge baru sebab slalu tak cukup nak sumbat barang basah macam ikan, udang n seangkatan dengannya bila beli barang basah).
3. Washing Machine estimate budget RM1500 (En suami nak yang besar. Yang 11 kilo supaya bole bukak kedai dobi..hahaha..buat lawak je k..karang ada yang caya plak) So semua tu total dia dalam RM5500.

Mula2 kitorang round satu fair tu. Survey harga yang paling ok untuk setiap benda yang kitorang nak beli tu. 3 jam jalan2 kat situ. Lepas da cari harga untuk 3-3 barang tu, kitorang pi dudok dekat KFC (sambil makan) n bincang yang mana sesuai nak diambil. Washing Machine aku n en suami decide untuk amik Toshiba. 11kg untuk harga RM1499. Ngam2 je budget kitorang. Oklah tu kan. Still dalam budget.

Then sampai dekat Hob + Hood. Ni ada few yang menarik hati aku. Majoriti Hob + Hood punya pakej dalam RM2500. Tapi ada certain brand yang tawarkan skali untuk harga RM2500 tu siap ada oven. Aku memang nak sangat2 build in oven. Antara brand yang aku suka Ariston and Fotile. Branding for hob hood yang femes. Design pun cantik. (sebenarnya design dia yang aku suka..haha) Tapi bila aku jalan lagi aku jumpa satu tawaran hebat dari Faber. Aku tak sure korang pernah dengar brand ni tak tapi pada aku, electronic gadget especially cooking ware dia memang ok. (Eric Leong duta Faber ok puan2) Faber buat promotion Hob + Hood + Oven + freezer = RM2999. Mak aih..tawaran terhebat. Tapi design dia so-so jelah.

Aku dan en suami pun kenalah berfikir. Kalau amik pakej Faber ni da tak payah beli Fridge sebab da ada freezer. Dan harga Fridge yang kitorang survey sume atas RM2500. So las2 kitorang amik Faber sebab bila pikir its made in Malaysia n kalau pape jadi, barang spare part dia senang nak cari. Lebih lagi kitorang tak payahlah nak beli fridge sebab da ada freezer. Da jimat RM2,002. Kitorang tak amik barang2 ni. Jus bayar je dulu so by the time rumah siap, barang2 ni masih baru macam pakej skali dengan rumah. hehehe.

Lagi yang menarik minat aku kat home fair ni adalah Floor Depot. Mesti korang pernah dengarkan. Aku nak sangat pakai lantai depoh. Cantik n tak payah susah2 nak pakai karpet. Pakai rag je da cukup sebab lantai tak sejuk. Floor depor buat promo harga lantai dia tu 60%. Dari 8 ringgit lebih tinggal 4 ringgit lebih. Tapi yang aku minat tinggal 5 ringgit lebih. Bila kira2 balik untuk buat satu rumah kena ada dalam 20k untuk buat lantai saja terpaksalah batalkan dulu niat di hati ni kecualilah kalau ada rezeki di kemudian hari nanti.

So korang bolelah start hunting for home fair pasni. Memang harga bombastik. Banyak pakej yang murah n best2. Ni aku bagi korang serba sikit design hob hood yang kitorang beli kat home fair aritu. Ada dalam website dia.

8 function build in oven

hob design sama tapi button yang kitorang dapat tu kat tepi

Freezer 180l (paling best)

cooker hood yang so-so aje

Comments

Mrs.aisheiteru said…
menarik gak!i also planning for our new home. after this we can share citer camni jgak instead of story our cute baby.

ape ek web Home fair ni?
nurarinab said…
yup2..home fair ni xde web lah dear.kalo dkt jb once a year die akn buat.i slalu rjn2 tgk banner yg tmpl tepi jln tu..
FARAH AISHAH said…
hi nurina....nak tanya..dah beli hud hob faber?..camne? ok x?..saya baru tgh survey brg2 dapur ni...harap2 boleh kongsi :)..tq
FARAH AISHAH said…
hi nurina....nak tanya..dah beli hud hob faber?..camne? ok x?..saya baru tgh survey brg2 dapur ni...harap2 boleh kongsi :)..tq
FARAH AISHAH said…
hi nurina....nak tanya..dah beli hud hob faber?..camne? ok x?..saya baru tgh survey brg2 dapur ni...harap2 boleh kongsi :)..tq
nurarinab said…
Hai farah..arina tak pakai lg hub hood tu.tunggu msk rmh br nx yr :) farah punye budget bape?kalo budget lbh cr lah brand yg mhl sket dear lbh puas hati..
FARAH AISHAH said…
farah cdg nak beli ygni je....ok je...buatpe nak beli mahal2 kan...bukannya chef hihihi....yg penting pandai jaga....thanx awak...:)...
nurarinab said…
aah..ok jgk rsnye lg pn brg2 die ni sng nk cr spare part. tp make sure ade promo..kalo x promo hrga die dlm 3k jgk utk hob n hood.
mizzura said…
wow...untungla.........hehe..ni tgh cr hob hood n oven..pening mikior..

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…